TIADA lagi Manchester City di Kejohanan Eropah untuk dua musim akan datang.

Ini berikutan, kelab berkenaan digantung menyertai saingan kerana melanggar peraturan "fair-play" kewangan.

Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) turut mengumumkan City didenda 30 juta euro (RM134 juta).

Badan induk bola sepak Eropah itu turut mendakwa, pasukan Sky Blues itu gagal memberi kerjasama dalam siasatan

Keputusan oleh UEFA itu bagaimanapun masih boleh dirayu oleh City.


BACA: UEFA gantung Guardiola satu perlawanan

BACA: Bernardo Silva digantung satu perlawanan oleh FA

BACA: Manchester City tipu UEFA?

Dalam kenyataannya, kelab itu berkata, mereka akan merayu penggantungan itu di Mahkamah Timbang Tara secepat mungkin.

Pada musim ini, pasukan kendalian Pep Guardiola itu bakal berdepan Real Madrid dalam kelompok 16 terakhir Liga Juara-juara.

Sebagai rekod, ini bukan kali pertama City didakwa melanggar peraturan kewangan bola sepak.

Sebelum ini pada 2014, mereka didenda 60 juta euro (RM269 juta) kerana kesalahan berkenaan.