Selepas mengesahkan slot ke Piala Thomas, skuad badminton lelaki negara terus beraksi cemerlang apabila berjaya mara ke final Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2020 selepas menang bergaya dengan menewaskan Jepun 3-0 pada aksi separuh akhir, pada Sabtu.
Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menghadiahkan mata pertama negara dengan kemenangan 21-11, 8-21, 21-11 ke atas pemain di ranking ke-10 dunia Kanta Tsuneyama dalam aksi yang berlangsung hampir satu jam di Rizal Memoriul Coliseum, Manila, menurut https://bwf.tournamentsoftware.com.
Kecemerlangan skuad negara diteruskan dengan gandingan di ranking kelapan dunia Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang hanya memerlukan 35 minit untuk menjinakkan Takuro Hoki-Yugo Kobayashi 21-18, 21-15.
Mata kemenangan Malaysia dihadiahkan pemain muda perseorangan Cheam June Wei yang mencipta kejutan menumbangkan pemain ke-13 dunia, Kento Nishimoto 21-19, 3-21, 21-12 dalam perlawanan selama 54 minit.
Menanti Malaysia di final hari ini adalah juara bertahan, Indonesia selepas mengatasi India 2-1 dalam satu lagi aksi separuh akhir.
Terdahulu, perjalanan skuad wanita negara yang turut layak secara merit ke Piala Uber 2020 terhenti di separuh akhir selepas tewas 0-3 kepada Jepun dalam aksi saingan wanita.
Perseorangan wanita negara, Soniia Cheah tewas 17-21, 18-21 kepada Akane Yamaguchi, diikuti kekalahan 11-21, 4-21 Lee Meng Yean-Yap Cheng Wen di tangan gandingan Jepun Yuki Fukushima-Sayaka Hirota sebelum Kisona Selvaduray kecundang 13-21, 13-21 kepada Sayaka Takahashi.
Pada kejohanan edisi 2018 yang berlangsung di Alor Setar, Kedah, skuad badminton lelaki negara berkongsi kedudukan ketiga bersama Korea Selatan sementara skuad wanita kandas di peringkat separuh akhir.
Piala Thomas dan Piala Uber 2020 dijadual berlangsung di Aarhus, Denmark, Mei depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 15 2020
Piala Thomas dan Piala Uber 2020 dijadual berlangsung di Aarhus, Denmark, Mei depan.
Zidane berminat jadi jurulatih Manchester United
Legenda bola sepak Perancis itu dikatakan memantau dengan teliti situasi Erik ten Hag di United walaupun telah mencapai persetujuan dengan Bayern.
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Hussein menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Izzuddin-Sze Fei cipta kejutan ke final BAC
Beregu di ranking ke-19 dunia itu menewaskan Aaron-Wooi Yik, 21-14 dan 21-18 dalam pertarungan selama 40 minit.
Piala Thomas: Beregu perlu curi mata menentang Denmark - Rexy
Katanya, Malaysia berpotensi mendapat mata dari kem beregu memandangkan barisan perseorangan lelaki dijangka berdepan laluan mencabar.
Tahniah Malaysia! Aaron-Wooi Yik mara ke final All England
Aaron Chia-Soh Wooi Yik hanya selangkah lagi untuk menamatkan penantian 17 tahun kejuaraan bagi kategori beregu lelaki di Kejohanan Badminton All England 2024.
All England: Kempen Lee Zii Jia bermula petang ini
Perjuangan empat lagi wakil negara dalam misi menembusi pusingan 32 Kejohanan Badminton Seluruh England 2024 bermula hari ini.
Aaron-Soh Wooi teruskan kemaraan Malaysia di Paris
Aaron-Wooi Yik lulus ujian kedua selepas mengatasi gandingan nombor 25 dari Taiwan, Lee Fang-chih-Lee Fang-jen dalam masa 39 minit.
Aaron-Wooi Yik terkandas di separuh akhir Terbuka India
Beregu nombor empat dunia itu tewas kepada wakil tuan rumah Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty 18-21, 14-21.
Rexy kecewa Aaron-Wooi Yik, Tang Jie-Ee Wei tidak manfaat perlawanan pertama
Rexy kecewa apabila kedua-dua wakil negara tidak memanfaatkan peluang untuk menang perlawanan pertama peringkat kumpulan pada aksi Jelajah Dunia Akhir BWF 2023.
Muncul juara Terbuka Denmark, Aaron-Wooi Yik raih gelaran Jelajah Dunia sulung
Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik akhirnya meraih gelaran Jelajah Dunia pertama mereka apabila menjuarai Terbuka Denmark 2023 malam ini di Jyske Bank Arena, Odense.
Sukan Asia: Aaron-Wooi Yik mara ke separuh akhir
Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjadi wakil tunggal mara ke separuh akhir acara badminton di Sukan Asia Hangzhou 2022.
Masa kami untuk muncul juara belum tiba - Aaron
Aaron optimis masa akan tiba untuk bangkit meraih gelaran sambil mengakui kekalahan tersebut menjadi pengajaran berguna buat mereka.