“SAYA meminta maaf kepada semua, pasukan, seluruh kelab dan peminat kerana kesilapan yang membawa padah ini."
Demikian luahan hati penjaga gol Liverpool, Loris Karius yang mengakui kesilapannya menghadiahkan jaringan buat lawan menyaksikan pasukan itu tewas 1-3 kepada Real Madrid pada final Liga Juara-Juara awal pagi tadi.
Penjaga gol kelahiran Jerman itu memberikan Real gol pertama mereka pada minit ke-51 di mana ketika dia terburu-buru memulakan serangan, dia membaling bola di depan Karim Benzema yang pantas merebut peluang untuk meledak jaringan.
Pemain berusia 24 tahun itu turut melakukan kesilapan untuk gol ketiga Real apabila Gareth Bale mencuba jaringan jarak jauh yang melepasi jangkauan penjaga gol Liverpool itu.
“Perasaan saya kosong ketika ini. Hari ini saya penyebab kekalahan pasukan.
"Jika boleh saya undurkan masa, saya akan lakukan. Saya minta maaf kepada pasukan. Saya tahu saya kecewakan mereka hari ini.
“Gol itu menyebabkan kami hilang gelaran. Situasi memang sukar sekarang tetapi itulah kehidupan seorang penjaga gol. Anda perlu bangkit semula.” katanya.
Sementara itu, Jurgen Klopp yang akur dengan kesilapan itu bersimpati terhadap penjaga gol yang dibawa daripada kelab lamanya Mainz.
“Apa yang boleh saya katakan. Loris pun tahu, semua orang tahu. Ia sesuatu yang memalukan dalam perlawanan seperti ini dan musim seperti ini.
"Saya benar-benar simpati dengannya, dia pemain yang hebat,” kata pengendali Liverpool itu.
Sinar Harian
Sun May 27 2018
KARIUS: Jika boleh saya undurkan masa, saya akan lakukan. Saya minta maaf kepada pasukan. Saya tahu saya kecewakan mereka hari ini. - Foto Sinar Harian
Nestle nafi tambah gula dalam produk makanan bayi di negara pendapatan rendah
Pengeluar makanan Switzerland, Nestle pada Khamis menolak tuduhan sebuah NGO bahawa ia menambah gula kepada produk di negara membangun dan tanpa gula di pasaran Eropah.
MUDA dan PSM umum tidak bertanding
Parti Muda dan PSM umum tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei depan.
18 negara tuntut pembebasan warga ditahan Hamas
Pemimpin 18 negara menuntut agar Hamas membebaskan tahanan yang berada dalam jagaan mereka yang kini telah melepasi 200 hari.
Rampasan dadah bernilai RM10.1 juta dari Januari hingga Mac
Polis Kuala Lumpur rampas pelbagai jenis dadah bernilai RM10.1 juta sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.
SPR lakukan persiapan akhir
SPR giat melakukan persiapan akhir bagi memastikan proses penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu esok berjalan lancar.
Jemaah haji dilengkapi IPS, mudahkan pemberian rawatan
Jemaah haji tahun ini akan dilengkapi dengan International Patient Summary (IPS) melalui aplikasi MySejahtera.
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
Gareth Bale bakal bertanding dalam pertandingan golf di California
Bekas pemain Tottenham, Real Madrid dan Wales itu meninggalkan bola sepak awal bulan ini.
Legenda Wales Gareth Bale bersara pada usia 33 tahun
Bale mengesahkan keputusannya dalam satu kenyataan di Instagram semalam.
MLS bukan tempat untuk bersara - Bale
Bales berharap perpindahannya ke Los Angeles FC akan membolehkan dia kekal dalam persaingan untuk Wales.
Bale sah sertai Los Angeles daripada Real Madrid
Bale sebelum ini dikaitkan untuk menyertai kelab di negara kelahirannya, Cardiff City.
Gareth Bale ucap selamat tinggal kepada Real Madrid
Bale merupakan pemain termahal dunia sewaktu menyertai Madrid daripada Tottenham pada 2013.
Ancelotti label kapten Real Madrid Karim Benzema pemain sempurna
Benzema mencetak dua gol menerusi voli dalam setiap babak sementara Nacho, disusuli tandukan Vincius Junior, melengkapkan kemenangan gergasi dari ibu kota Sepanyol itu
Euro 2020: Bale tinggalkan sesi temubual selepas Wales tersingkir
Ia merupakan pertama kali Wales mengalami kekalahan berturut-turut dalam kejohanan utama - selepas tewas kepada Itali dalam peringkat kumpulan.
Euro 2020: Bale tebus kesilapan, bantu Wales benam Turki
Bale, yang menghulurkan umpanan gemilang untuk disudahkan Aaron Ramsey pada mini ke-42, gagal menyempurnakan sepakan penalti selepas sejam permainan.
EPL: Spurs menang selesa ke atas Sheffield United
Kelab tersebut menang ke atas Sheffield United 4 - 0.
Bale rancang pulang ke Real Madrid
Pemain berusia 31 tahun itu bergabung kembali dengan Tottenham dengan pinjaman sepanjang musim dari Madrid September lalu setelah diketepikan di Santiago Bernabeu di bawah kendalian Zinedine Zidane.