Manchester United kembali menduduki tempat kedua dalam Liga Perdana Inggeris selepas mengenepikan Chelsea 2 -1 di Old Trafford.

The Red Devils bermula perlahan selepas Willian memberikan Chelsea kelebihan satu goal pada minit ke-32 perlawanan.

Namun, tujuh minit kemudian, United menyamakan kedudukan melalui Romelu Lukaku yang menyudahkan hantaran Anthony Martial,

Babak kedua bersambung dengan tempo yang lebih tinggi dari kedua-dua pasukan yang memburu gol kemenangan.

Tuah menyebelahi United selepas Lukaku membuat hantaran kemas yang ditanduk Lingard masuk ke gawang Chelsea untuk memberi pasukannya kelebihan satu gol dengan 15 minit baki perlawanan.

Kekalahan ini menyebabkan Chelsea berada di tempat kelima selepas Tottenham Hotspurs mengalahkan Crystal Palace 1-0 pada Ahad hasil gol pada minit ke-88 oleh penyerang mereka, Harry Kane.

Sementara itu, bagi United, kemenangan ini meletakkan mereka di tempat kedua, dua mata di hadapan Liverpool dengan baki 10 perlawanan dalam Liga Perdana Inggeris.