Hasrat Selangor untuk meraih kemenangan pertama dalam kempen Liga Super musim ini tidak kesampaian sebaik ditewaskan PKNS FC 0-4 di Stadium Shah Alam pada Ahad.
Jaringan daripada Nicholas Swirad, Kpah Sherman, Chan Vathanaka dan Romel Morales sudah cukup untuk PKNS FC mengaibkan skuad Gergasi Merah itu di laman mereka sendiri.
Kekalahan itu juga sudah pasti menambahkan tekanan buat ketua jurulatih Selangor, B. Sathianathan, yang sebelum ini dikritik hebat peminat ekoran dua keputusan seri dengan Felda United dan Petaling Jaya City FC.
PKNS FC bermula garang dalam aksi awal di Stadium Shah Alam, namun mereka kerap dihampakan ketangkasan penjaga gol Selangor, Khairul Azhan Khalid.
Antonio German berpeluang membuka jaringan buat tuan rumah, namun percubaannya dari jarak 35 meter tersasar di bahagian kiri gawang lawan.
Faiz Nasir sepatutnya menjaringkan gol pertama Selangor, namun dia gagal menanduk masuk bola hantaran lintang Syazwan Zainon pada minit ke-21.
PKNS FC kemudian membuka jaringan pada minit ke-27 selepas sepakan sudut Vathanaka disudahkan Swirad untuk skuad The Red Ants itu mengemudi perlawanan sepanjang separuh masa pertama.
PKNS FC menggandakan kelebihan mereka pada minit ke-49 menerusi Sherman yang bijak memanfaatkan peluang di depan gol.
Selangor cuba melakar kebangkitan menerusi beberapa percubaan, namun PKNS FC terus melebarkan kelebihan mereka menerusi jaringan Vatanhaka pada minit ke-79 sebelum Morales melengkapkan keputusan perlawanan dalam waktu kecederaan.
Astro Arena
Sun Feb 17 2019
Pemain pasukan PKNS FC, Rodney Celvin Akwensivie (atas) cuba mengawal bola daripada pemain pasukan Selangor, Antonio Timothy German pada perlawanan Liga Super 2019 antara pasukan Selangor bertemu pasukan PKNS FC. - Foto BERNAMA
Pintas Utama serah zakat perniagaan RM3 juta kepada Lembaga Zakat Selangor
Sultan Selangor berkenan mewakili Lembaga Zakat Selangor menerima serahan zakat perniagaan berjumlah RM3 juta.
Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV
Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Mohd Isa dan bekas Mohd Emir membayar lebih RM3.31 juta kepada syarikat itu berhubung pembelian dua unit kondominium mewah di ibu negara.
AWANI Ringkas: Kandungan mudarat di media sosial meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Xiaomi lancar kereta elektrik Xiaomi SU7, harga bermula RM141,500
Xiaomi semalam secara rasminya telah melancarkan kereta elektrik mereka yang pertama dinamakan Xiaomi SU7 untuk pasaran China.
X akan tawar ciri premium percuma jika ada lebih 2,500 pengikut disahkan
ELON Musk memaklumkan perubahan pada penawaran ciri-ciri X kepada semua akaun.
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
COVID-19: Perlawanan sosial remehkan SOP boleh pengaruhi Liga-M
Dijalankan mengikut norma baru, segelintir peserta bagaimanapun dikatakan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
[INFOGRAFIK] Rekod karier Aaron Ramsey di Arsenal
Pemain tengah Arsenal, Aaron Ramsey sudah lama berkhidmat sejak dari 2008 lagi dan di penghujung musim EPL ini beliau akan menyertai pasukan Juventus. Ini adalah rekod karier beliau.
Debar sepak mula makin terasa, semangat #webelangtogether kian membara
Penyokong Malaysia dan Thailand mula membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan pertemuan separuh akhir pertama Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2018 malam ini.
Ronaldo signs for Juventus from Real Madrid
Five-times world player of the year Cristiano Ronaldo has signed for Italian champions Juventus from Real Madrid.
Kenali Alireza Beiranvand, bekas gelandangan jadi wira gagalkan penalti Ronaldo
Beiranvand pernah melarikan diri dari rumah semasa kanak-kanak kerana impiannya menjadi pemain bola sepak dihalang oleh keluarga.
Former England captain Wilkins dies aged 61
Former England captain Ray Wilkins died on Wednesday in a London hospital at the age of 61 following a heart attack.
Virgil van Dijk sertai Liverpool dengan nilai 75 juta pound sterling
Pemain Southampton Virgil van Dijk sah menyertai kelab Liverpool dengan nilai 75 juta pound sterling, rekod tertinggi pernah dicatat untuk pemain pertahanan.
M'sia gagal ke pusingan akhir kejohanan AFC B-23 2016
Hasrat Malaysia meraih slot ke pusingan akhir Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 23 2016 tidak kesampaian selepas mengalami kekalahan kedua malam tadi.
FAM ambil tindakan tegas terhadap pihak cetus kekecohan
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak dan individu yang mencetuskan kekecohan pada perlawanan bola sepak di negara ini.
Gerrard dinamakan Pemain Terbaik England 2012
Steven Gerrard dinamakan Pemain Terbaik England tahun 2012 selepas memenangi lebih 40 peratus undi peminat, mengikut Kesatuan Bola Sepak England.