Pelumba Mercedes Lewis Hamilton memenangi perlumbaan Grand Prix Singapura malam tadi.

Ia sekali gus mengukuhkan kedudukannya untuk menang gelaran dunia sekali lagi.

Hamilton memulakan perlumbaan dengan kelebihan di petak hadapan.

Dia mendahului pelumba Red Bull Max Verstappen dan Sebastian Vettel dari Ferrari.

Hamilton berjaya menjarakkan kedudukan dengan 40 mata berbanding Vettel yang kini di tangga kedua.

Keputusan di Singapura adalah kemenangan keempat Hamilton daripada lima perlumbaan.