Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mahu jaguh remaja dunia dua kali, Goh Jin Wei lebih yakin dengan kemampuan diri untuk tampil lebih kompetitif di kejohanan peringkat senior tahun depan.
Chong Wei turut mengingatkan Jin Wei bahawa perjalanan pemain berusia 18 tahun masih jauh dan beliau mahu melihat prestasi Jin Wei semakin meningkat dan matang dalam kejohanan yang lebih tinggi akan datang.
Pemain senior itu turut memuji prestasi Jin Wei yang konsisten selepas memenangi pingat emas Sukan Olimpik Remaja 2018 di Buenos Aires, Argentina, bulan lepas.
"Memenangi pingat itu (juara dunia) adalah satu suntikan semangat untuk Jin Wei meraih lebih banyak kejayaan selepas ini. Kemenangan itu dapat menambahkan keyakinan dia di gelanggang.
"Jin Wei juga perlu banyak lagi menimba pengalaman. Jurulatih Seu Bock (Datuk Tey Seu Bock) telah membimbingnya dengan cemerlang dan sebagai pemain beliau tidak boleh sia-siakan pengalaman itu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Jin Wei mengharumkan nama Malaysia apabila meraih Kejuaraan Remaja Dunia BWF di Markham, Kanada.
Pemain pilihan ketiga itu menampilkan aksi bertenaga dengan menewaskan pilihan ke-13, Line Christophersen dari Denmark menerusi kemenangan 21-13 dan 21-11.
Anak jati Pulau Pinang itu pernah menjuarai kejohanan sama pada 2015 setelah menewaskan rakan senegara, Lee Ying Ying pada aksi final di Peru.
Chong Wei berkata Jin Wei perlu sedar walaupun sudah meraih gelaran juara remaja dunia, perlawanan sebenar yang akan menguji kemampuan pemain itu adalah di peringkat senior kerana menanti beliau di gelanggang adalah pemain terkemuka dunia.
Jelasnya, acara perseorangan wanita lebih mencabar kerana saingan tidak tertumpu pada satu negara sahaja tetapi ramai seperti Tai Tzu Ying (Taiwan), Ratchanok Intanon (Thailand), dua pemain Jepun, Akane Yamaguchi dan Nozomi Okuhara, Carolina Marin (Sepanyol) dan pemain India, Pusarla V. Sindhu.
Chong Wei berkata gelaran juara remaja dunia adalah permulaan baik dalam kerjayanya pemain itu dan percaya jika terus konsisten, peluang untuk beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020 adalah cerah.
Justeru, beliau menyifatkan Jin Wei sebagai pemain harapan negara dan tidak mustahil untuk beliau mencapai kejayaan besar pada Sukan Olimpik Paris 2024.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 19 2018
Jin Wei mengharumkan nama Malaysia apabila meraih Kejuaraan Remaja Dunia BWF di Markham, Kanada. - Gambar fail
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Kem badminton perlu main peranan masing-masing untuk julang Piala Thomas
Semangat kerjasama ditunjukkan kem badminton ketika itu merupakan kunci kejayaan utama Malaysia berhasil menjulang piala itu, 32 tahun lepas.
Piala Thomas: Ganjaran BAM bakar semangat pemain - Wooi Yik
Wooi Yik berkata kejayaan itu hanya mampu dicapai sekiranya mereka sepakat untuk mempamerkan 'magis' bersama rakan-rakan lain dalam kejohanan berpasukan.
Badminton Masters Malaysia: Lee Zii Jia pilihan ke-8 kejohanan
Lee Zii Jia bakal menjadi pemain pilihan kelapan kejohanan Badminton Masters Malaysia dalam kategori perseorangan lelaki.
Lima pasukan jadi pilihan julang Piala Uber 2024
Koea Selatan boleh menjangkakan saingan sengit daripada kuasa besar seperti China, Jepun serta pasukan baru dalam saingan Piala Uber.
Bekas pemain nombor satu dunia, Kento Momota umum bersara
Juara dunia dua kali Kento Momota berkata dia akan bersara daripada badminton antarabangsa ketika usianya kini 29 tahun.
Rashid tak pernah terbayang Malaysia lalui kemarau panjang menang Piala Thomas
Tidak pernah terdetik dalam hati Datuk Rashid Sidek bahawa Malaysia akan melalui kemarau panjang untuk memenangi semula Piala Thomas.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Pearly-Thinaah cari formula terbaik harungi Sukan Olimpik 2024
Pearly Tan-M Thinaah fokus mencari formula terbaik dalam usaha menampilkan persembahan luar biasa pada Olimpik Paris 2024.
Piala Uber: Tiada istilah mengalah buat Mei Xing
Pemain itu bagaimanapun mengakui sedikit terbeban dengan ketiadaan pasangan utama negara Pearly Tan-M Thinaah dalam kejohanan berkenaan.
Zii Jia bakal terima bayaran 'hak imej' untuk Piala Thomas
Team LZJ dalam satu kenyataan mengesahkan perkara itu dengan menyatakan hak imej adalah aspek penting bagi seorang atlet profesional.