Tindakan Vietnam tidak menyenaraikan sukan elektronik (e-sukan) dalam Sukan SEA ke-31 di Hanoi tahun depan, dianggap sebagai langkah ke belakang.
Ia berikutan edisi 2019 di Filipina menjadi temasya pertama di dunia untuk menganjurkan e-sukan sebagai acara berpingat, setahun selepas ia dianjurkan sebagai sukan demontrasi di Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018.
Pemenang pingat emas e-sukan pertama Malaysia, Dr Yew Weng Kean, yang memasang impian untuk mempertahankan pingat itu, berkata Asia Tenggara telah menjadi contoh kepada dunia dalam arena e-sukan dengan menjadikan acara sukan itu sebagai salah satu acara dalam temasya sukan.
"Saya rasa Jawatankuasa Penganjuran Sukan SEA Vietnam membuat kesilapan besar dengan tidak menyenaraikan e-sukan. Kita tidak perlulah melangkah ke belakang, kita perlu meneruskan trend yang telah kita buat. Lebih-lebih lagi apabila jumlah penonton (termasuk televisyen dan penstriman langsung) mencecah lebih 20 juta di Manila.
"Asia Tenggara adalah contoh kejayaan kepada dunia, di mana e-sukan sedang dipertimbangkan untuk dipertandingkan pada Sukan Asia 2022 di China dan Olimpik 2026 di Paris," katanya ketika ditemui Bernama, hari ini.
Yew, penolong professor kejuruteraan elektrikal di Universiti Heriot-Watt Malaysia, berjaya menempah nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai pemenang pingat emas pertama Malaysia dalam acara e-sukan Sukan SEA selepas meraih emas dalam acara permainan Hearthstone.
Dikenali dengan nama wkyew90 dalam kalangan pengemar e-sukan, Yew berkata Vietnam mempunyai pilihan untuk menyenaraikan permainan video yang popular dan mempunyai kelebihan kepada tuan rumah, walaupun Heartstone tidak disenaraikan.
"Saya berharap e-sukan akan dipertandingkan di Vietnam tahun depan untuk meneruskan legasi sukan ini," katanya.
Vietnam dijangka mengumumkan keputusan mengenai rayuan 10 negara bertanding di Sukan SEA untuk menambahkan acara yang dipertandingkan, selepas penganjur hanya menyenaraikan 36 jenis sukan sebelum ini.
E-sukan, hoki dalam dewan, bola jaring, pelayaran, tenpin boling, skuasy, boling padang, kriket, ragbi 7s, papan selaju, floorball, triathlon, taekwondo ITF, lumba bot tradisional, jujitsu, arnis, dan teqball adalah antara 22 jenis sukan yang membuat rayuan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 03 2020
Dr Yew Weng Kean, yang memasang impian untuk mempertahankan pingat itu, berkata Asia Tenggara telah menjadi contoh kepada dunia dalam arena e-sukan. - Gambar fail
Batik Air gantung operasi ke Istanbul bermula 1 Mei
Syarikat penerbangan itu berkata keputusan itu dibuat sebagai respons terhadap situasi di Timur Tengah yang memberi kesan kepada laluan penerbangan Batik Air.
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Dekan Institut Pengajian Siswazah Universiti Islam Melaka, Prof Dr Kamaruzaman Yusoff memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
'OIC, UNSC dah tak berguna!' - Pakar tidak tolak kemungkinan Israel serang negara sekutu Iran
Salawati berpandangan tidak mustahil untuk Israel menyerang negara berjiran Iran dengan tanggapan mereka sekutu yang bersekongkol dengan negara itu.
Kampit beras dibuang: SWCorp tutup sementara tapak pelupusan sampah
Penutupan itu dilakukan bagi membolehkan pihaknya melakukan siasatan terhadap pihak terlibat termasuk penyedia tapak pelupusan dan pihak yang membuang sampah di lokasi tersebut.
Negara Islam tiada kuasa campur tangan dari aspek perundangan
Sebaliknya, satu bentuk pakatan seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam membawa perubahan dan mengecam apa dilakukan rejim Zionis.
Pemandu lori tolak kekasih dari tingkat 23 diperintah periksa mental
Majistret, Mohamed Redza Azhar Reza memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan daripada peguam, R Sivananthan yang mewakili tertuduh, V Nathan, 37.
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
KazanForum 2024: Era sukan 'phygital' kini bermula di Rusia
Sukan phygital merujuk kepada konsep penggunaan teknologi untuk menghubungkan dunia digital dengan dunia fizikal.
ePiala Asia: Indonesia juara, tewaskan Jepun!
Pemain Indonesia yang dibarisi Elga Cahya Putra dan Akbar Paudie meneruskan aksi yang konsisten tanpa gentar walaupun diasak.
MAG Rebels juara Dota 2 MEC23/24
MAG Rebels bermula dengan baik apabila memenangi perlawanan pertama untuk mendahului 1-0.
Cabang kerjaya e-sukan dijangka terus meningkat
Penganjuran kejohanan e-sukan buka peluang kepada profesion lain seperti jurulatih, ahli psikologi, pakar nutrisi, marsyal serta pereka grafik.
Pendaftaran bagi Malaysia Esports Championship dibuka hingga 5 Jan
Pendaftaran bagi Malaysia Esports Championship 2023/2024 (MEC23/24) yang menawarkan hadiah terkumpul RM250,000 kini dibuka hingga 5 Jan depan.
Malaysia jadi tuan rumah Kejohanan Dunia MLBB M6 tahun depan
Malaysia akan menjadi tumpuan penggemar e-sukan sejagat tahun depan dengan menjadi tuan rumah Kejohanan Dunia Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6.
KBS mahu lebih banyak e-sukan bertaraf dunia dianjur di Malaysia
Kementerian Belia dan Sukan mahu lebih banyak lagi acara e-sukan bertaraf dunia seperti ESL One dianjurkan di Malaysia pada masa akan datang.
Hapus stigma berkuda, memanah sukan kayangan
Kewujudan sukan berkuda dan memanah di tengah-tengah kawasan perumahan memberi banyak manfaat kepada orang ramai untuk mendekatinya.
Sukan Asia: Dota 2 sumbang pingat gangsa
Pasukan e-sukan negara menambah koleksi pingat apabila berjaya menyumbang gangsa dalam acara Dota 2 di Sukan Asia Hangzhou sebentar tadi.
E-sukan bakal sumbang pingat pertama Sukan Asia
MALAYSIA mengesahkan pingat pertama dalam Sukan Asia Hangzhou menerusi acara e-sukan selepas layak ke pusingan akhir.