BENDERA Malaysia akan berkibar di Singapura Khamis ini apabila petinju wanita terbaharu tanah air, Edilah Johany beraksi di kejohanan ONE Warrior Series 4 nanti.
Atlet kelahiran Kuala Lumpur itu bakal berdepan dengan petinju Singapura, Tan Shi Yin dalam aksi kategori atomweight.
Ini merupakan penampilan keempatnya dalam sukan seni bela diri campuran (MMA). Namun, siapakah petinju muda berusia 26 tahun ini?
Mari kita kenali secara ringkas gadis petinju ayu bernama Edilah Johany ini.
#1 Nama penuhnya ialah Edilah Nadrah Johany. Ibu bapanya berasal dari Ranau, Sabah.
#2 Edilah sangat gigih dalam latihannya, dan berlatih hingga lima jam sehari.
#3 Idolanya tidak lain tidak bukan, ialah ratu MMA negara Ann Osman.
#4 Selain berlatih dengan Ann, Edilah turut berlatih dengan jaguh-jaguh lain dari ONE Championship seperti AJ Lias Mansor, Hisyam Samsudin, Kelvin Ong dan Audreylaura Boniface.
#5 Gim pertamanya ialah Borneo Tribal Squad di Kota Kinabalu, namun dia sekarang berlatih di Ewako MMA iaitu gim kepunyaan Hisyam.
#6 Berkelulusan universiti, Edilah mempunyai ijazah dalam Biologi Pemuliharaan dari Universiti Malaysia Sabah (UMS).
#7 Edilah aktif bersukan sejak kecil dan pernah berkecimpung dalam sukan hoki, bola jaring, bola keranjang, memanah dan taekwondo.
#8 Bertanding dalam ONE Championship sememangnya impian Edilah dan dia berharap dapat memenangi kontrak untuk bertarung dalam promosi itu.
#9 Pertarungan profesional pertamanya merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kerana tidak menyangka akan pergi sejauh ini dalam dunia seni bela diri.
#10 Setahun kemudian, Edilah mempamerkan persembahan cemerlang apabila menundukkan lawannya, Neha Kashyap dari India, dengan hanya 103 saat.
Astro Awani
Thu Feb 28 2019
Edilah aktif bersukan sejak kecil dan pernah berkecimpung dalam sukan hoki, bola jaring, bola keranjang, memanah dan taekwondo. - Foto Instagram @ewakomma @edilahjohany
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Kenali si gadis ayu MMA, Edilah Johany
Mari kita kenali secara ringkas gadis petinju ayu bernama Edilah Johany.
MMA: AJ sudah bersedia untuk beraksi di Jakarta
AJ Lias Mansor kini bersedia untuk memberikan persembahan yang hebat pada acara ONE Championship di Jakarta, Indonesia, 19 Januari ini.
Tip elak berat badan 'plus-plus' ketika musim perayaan - Pesanan ratu MMA
Tip dari ratu MMA negara dari ONE Championship, Ann Osman tentang bagaimana hendak elakkan dari berat badan naik ketika musim perayaan.
Kisah mulanya karier Jordan Boy dalam sukan seni bela diri
Mohammed Mahmoud yang diberi jolokkan nama 'Jordan Boy', telah petinju sensasi terbaharu negara dalam arena seni mempertahkan diri.
Rashid Salleh dilantik Presiden Persatuan MMA Malaysia
Pelakon dan personaliti TV, Rashid Salleh telah dilantik sebagai Presiden Persatuan Seni Mempertahankan Diri Campuran Malaysia (MASMMAA).
MMA: ONE Championship holds open workout ahead of KL fight night
ONE Championship, recently held a Media Open Workout for ONE Championship athletes competing at ONE: PURSUIT OF POWER, set for 13 July at the Axiata Arena in Kuala Lumpur.
Ratu MMA negara Ann Osman umum bersara dari gelanggang
Ratu MMA negara, Ann 'Athena' Osman telah mengumumkan persaraannya selepas lebih empat tahun bergiat dalam sukan itu.
MMA: Saiful Merican kembali beraksi di pentas ONE Championship
Selepas setahun berehat, atlet MMA negara, Saiful Merican kini kembali semula ke pentas ONE Championship bagi menghadapi lawannya dari Filipina, Burn Soriano.
MMA: Ann Osman menang mudah di China
Ann Osman memperoleh kemenangan mudah di kejohanan ONE Championship di China apabila menewaskan lawannya dalam hanya satu pusingan.
MMA bakal warnai Hari Sukan Negara
Keterujaan ini dikongsi para atlet MMA profesional yang memberi sokongon kepada atlet amatur yang bakal beraksi pada 10 Oktober nanti.