DENGAN tema memperkasakan wanita, skuad Piala Dunia wanita Jerman melancarkan sebuah video yang menarik perhatian ramai.

Dengan kenyataan seperti “Kami mewakili negara yang tidak mengetahui nama kami dan juga “kami menang gelaran dunia pertama kami dan mendapat sebuah set minum teh.”

Dan mungkin yang paling penting sekali, “Kami tidak mempunyai ‘bola’ tetapi kami tahu bagaimana untuk menggunakannya.”


Jerman mengesahkan 23 pemain yang akan beraksi untuk Piala Dunia Wanita 2019 yang akan diadakan di Perancis dari 7 Jun hingga 7 Julai.

Video yang dilancarkan ditaja oleh Commerzbank dan diposkan oleh syarikat penyiaran DW Sports.

Skuad bola sepak wanita Jerman merupakan juara dunia sebanyak dua kali dan lapan kali muncul juara Eropah.