Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengemukakan aduan rasmi kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) susulan insiden kekecohan ketika aksi Malaysia berdepan Indonesia di Jakarta, malam tadi.
Setiausaha Agung FAM Stuart Ramalingam berkata FAM sedang mengumpul bukti kukuh berhubung insiden berkenaan sebelum melaporkan kejadian tersebut kepada kedua-dua badan induk tersebut.
Beliau menegaskan hooliganisme dan gangsterisme tidak patut wujud dalam bola sepak dan FAM mengakui amat kecewa dengan gangguan penyokong Indonesia pada aksi Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Gelora Bung Karno itu.
Katanya FAM menganggap Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) melalui pihak berkuasa tempatan gagal menjangkakan insiden yang berlaku, justeru gagal mengotakan janji serta persefahaman yang dicapai sebelum ini.
"Apa telah berlaku itu menyebabkan tuan rumah gagal mengotakan janji yang diberi secara umum untuk perlawanan ini dan juga gagal mengawal sikap penyokong sebelum perlawanan bermula, begitu juga selepas perlawanan berlangsung sehingga mencemarkan imej bola sepak Indonesia.
"Bagaimanapun, 'fairplay' dan profesionalisme telah dipamerkan oleh pemain dan pegawai kedua-dua negara, tetapi perlawanan dicemari oleh insiden di luar padang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata memandangkan FAM dan PDRM tidak mempunyai bidang kuasa di Indonesia, mereka mengambil inisiatif bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan melalui dua mesyuarat pada 20 Ogos dan 27 Ogos lepas yang turut dihadiri Timbalan Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), ACP Kamarulzaman Maarof sebagai persiapan langkah keselamatan diperlukan untuk perjalanan penyokong negara ke Indonesia.
"Walaupun disediakan polis pengiring dari lapangan terbang ke stadium dan sebaliknya khusus untuk kira-kira 300 penyokong dalam enam bas, keadaan tetap menjadi huru-hara," katanya.
Dalam pada itu, beliau memuji penyokong Malaysia yang dilihat bertindak balas secara positif dan tidak mengikut sebarang provokasi yang dicetuskan penyokong Indonesia.
"Kami nasihatkan anda untuk kekal sabar dan terus menghormati penyokong luar ke negara kita, sama ada peminat Indonesia, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Thailand atau Vietnam yang akan berlangsung di Stadium Nasional nanti," katanya.
Beliau berkata FAM juga berterima kasih atas sokongan padu penyokong Malaysia dan mendoakan keselamatan mereka yang masih berada di Indonesia, dan menggesa penyokong Harimau Malaya untuk mengelak sebarang provokasi yang boleh menyebabkan kemudaratan kepada diri sendiri mahupun rakyat Indonesia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 06 2019
FAM sedang mengumpul bukti kukuh berhubung insiden berkenaan sebelum melaporkan kejadian tersebut kepada FIFA, AFC. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
Malaysia kekal dalam Kumpulan J kelayakan Piala Asia B-23 2022
Undian semula itu bagi mengekalkan keseimbangan bilangan pasukan di semua kumpulan selepas Korea Utara menarik diri daripada pertandingan.
Pengadil kebangsaan dicabar bukti kewibawaan
Subkhiddin Mohd Salleh menggalakkan setiap pengadil kebangsaan membuat persediaan rapi dari segi mental dan fizikal.
FAM setuju lanjut tempoh penswastaan kelab kepada KFA
Ia susulan negeri berkenaan masih terlibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran.
Perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 ditunda
FIFA dan AFC dalam satu kenyataan berkata, penundaan tarikh itu sebagai langkah pencegahan COVID-19 yang menular di seluruh dunia.
Harimau Malaya fokus baki perlawanan kelayakan Piala Dunia
Pembatalan Piala AFF Suzuki pada tahun ini akibat COVID-19, memudahkan Tan Cheng Hoe untuk merangka persiapan terbaik.
Lang Merah layak beraksi dalam saingan Piala AFC
Sebelum ini terdapat spekulasi bahawa pasukan Lang Merah tidak dapat beraksi kerana gagal kemukakan penyata kewangan beraudit kepada FAM.
Stadium moden bakal dibina bersama pejabat FAM di Putrajaya
Presiden FAM berkata ia selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan presint itu sebagai pusat sukan menerusi kewujudan Bandar Bola Sepak.
Piala AFC: Perlawanan Malaysia - Korea Utara ditunda
Penangguhan kali kedua dibuat selepas mempertimbangkan beberapa faktor terutamanya aspek keselamatan.
FAM cadang skuad Harimau Muda C beraksi di Sukan Sea 2017
Acara bola sepak di Sukan Sea 2017 Kuala Lumpur, kini kemungkinan akan dihadkan kepada bawah 21 tahun berbanding bawah 23 tahun dalam edisi temasya dwi tahunan itu sebelum ini.
FAM tunggu jawapan AFC berhubung isu visa pemain import Pahang - Hamidin
FAM masih menunggu keputusan AFC berhubung masalah visa tiga pemain import Pahang yang gagal memasuki Indonesia sebelum menghadapi pusingan kedua Piala AFC menentang Persipura Jayapura.