Kejohanan Badminton Dunia di Glasgow, Scotland pada 21 hingga 27 Ogos ini, mungkin menjadi penentu karier jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dalam arena badminton.
Jurulatih perseorangan negara, Hendrawan berpendapat berdasarkan perbincangan antara beliau dan Chong Wei, keputusan di kejohanan dunia itu nanti akan menentukan masa depan dan arah tuju anak buahnya itu.
Hendrawan bagaimanapun berkata keputusan untuk bersara atau tidak ia bergantung kepada keinginan Chong Wei sendiri.
"Ya, beliau pernah menyatakan hasratnya untuk bersara tetapi perbincangan itu selepas Sukan Olimpik, selepas beliau 'berhabis-habisan' di Brazil. Saya bertanyakan kepadanya sama ada masih ada kemahuan lagi atau tidak, jika tidak ia sukar.
Jika masih ada sasaran dan kemahuan, masih boleh. Saya ingat lagi Chong Wei pernah berkata sasarannya adalah Kejohanan Dunia iaitu pada tahun ini.
Waktu itu saya kata ia tidak mustahil kerana masih ada satu tahun persediaan. Tidak perlu fikir sampai Sukan Olimpik Tokyo 2020. Jika berjaya di Scotland, saya rasa orang ramai tidak perlu tanya lagi dan dia juga tidak akan ragu-ragu lagi," katanya di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara di sini.
Hendrawan berpendapat sekiranya Chong Wei masih mempunyai keinginan tinggi dan sasaran ia membuktikan pemain itu masih mempunyai impian untuk meneruskan kariernya dalam badminton.
Seperti Sukan Olimpik, Chong Wei juga masih memburu gelaran juara dunia setelah tiga kali meraih pingat perak di London (2011), Guangzhou (2013) dan Jakarta (2015) serta pingat gangsa di Anaheim, Amerika Syarikat (2005).
Katanya ketika Chong Wei menyatakan hasratnya untuk bersara itu adalah kerana beliau terlalu penat dan keadaan kini berbeza kerana Chong Wei semakin segar dan tidak tertekan.
"Jujur, dia pernah tanya kepada saya kenapa saya berhenti dalam badminton, saya jawab kerana kecederaan, kedua saya berhenti kerana saya tidak ada kemahuan lagi untuk beraksi lagi dalam Piala Thomas dan Kejohanan Dunia.
Kita bincang soal ini (bersara), selagi kamu ada kesungguhan, mempunyai impian, kita teruskan, kecuali kamu tidak ada kemahuan dan tiada sasaran, itu suatu yang sukar," kata bekas pemain Indonesia yang pernah meraih pingat emas di Kejohanan Dunia Seville, Sepanyol pada 2001.
Hendrawan berkata selain Kejohanan Dunia, sasaran Chong Wei adalah Kejohanan Badminton Seluruh England pada 7 hingga 12 Mac, Terbuka India (28 Mac-2 April) Terbuka Malaysia (4-9 April) dan Terbuka Indonesia (13-18 Jun). -- Bernama
Bernama
Wed Jan 11 2017
Hendrawan bagaimanapun berkata keputusan untuk bersara atau tidak ia bergantung kepada keinginan Chong Wei sendiri. - Gambar fail
AWANI Pagi: Harapan Palestin & pupuk sifat sukarelawan anak muda
Ikuti temuramah wartawan Afiezy Azaman dengan Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di Kaherah, Mesir berkaitan isu Palestin.
#AWANInews #AWANIpagi
#AWANInews #AWANIpagi
'Henti serang Rafah atau tiada gencatan senjata' - Hamas
Osama Hamdan tegaskan pilihan kini berada di tangan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Hatrik Muhammad Azrai Aizad bantu Speedy Tigers kejutkan New Zealand 6-4
Sarjit menuntut anak buahnya untuk sekali lagi menampilkan aksi terpuji apabila menentang Jepun Rabu ini.
Hidup bersama secara aman antara 10 resolusi Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama
Resolusi itu dibacakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff.
Lintasan Karem Shalom dibuka semula
Susulan tindak kejam israel menutup lintasan Rafah, satu-satunya laluan bantuan kemanusiaan memasuki Gaza.
Amerika Syarikat berkata, mereka dimaklumkan bahawa lintasan Karem Shalom, yang sebelum ini ditutup Israel akan dibuka semula pada Rabu.
Amerika Syarikat berkata, mereka dimaklumkan bahawa lintasan Karem Shalom, yang sebelum ini ditutup Israel akan dibuka semula pada Rabu.
Operasi Israel di Rafah berbentuk terhad
Penasihat keselamatan White House, John Kirby mengesahkan operasi Israel di Rafah bertujuan mengekang penyeludupan senjata dan dana kepada Hamas.
Henti serang Rafah, atau tiada gencatan senjata – Hamas
Kumpulan pejuang Hamas, memberi kata putus kepada Israel untuk menghentikan serangan ke atas Rafah, atau ia menarik diri daripada perjanjian gencatan senjata.
Isu teknikal: Lapangan Terbang Antarabangsa UK alami masalah sistem e-gate
Sistem laluan automatik (e-gate) di beberapa lapangan terbang antarabangsa United Kingdom mengalami masalah teknikal pada malam Selasa menyebabkan orang ramai terpaksa beratur panjang dan menunggu lebih lama.
TikTok saman kerajaan Amerika Syarikat
TikTok dan syarikat induknya di China, ByteDance memfailkan saman ke atas kerajaan Amerika Syarikat susulan tindakan pengharaman aplikasi itu.
Dasar Pengurusan Bencana Negara akan disemak semula - Ahmad Zahid
Dasar Pengurusan Bencana Negara akan disemak semula bagi meningkatkan daya tahan serta mengukuhkan kesiapsiagaan dan keupayaan negara dalam menguruskan bencana dengan lebih baik.
Kejohanan Dunia Glasgow mungkin penentu karier Chong Wei
Kejohanan Badminton Dunia di Glasgow, Scotland pada 21 hingga 27 Ogos ini, mungkin menjadi penentu karier jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dalam arena badminton.