PENGARAH Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost, berasakan tumpuan perlu diberikan kepada Tan Wee Kiong-Goh V Shem dan juga wakil utama beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, dalam Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland.
Frost menjangkakan persaingan terbuka dalam aksi beregu lelaki, dengan peluang terbaik buat V Shem-Wee Kiong menebus maruah susulan kehilangan status sebagai beregu nombor satu dunia, tahun ini.
"Peluang pemain beregu lelaki negara adalah terbuka, sesiapapun boleh menang bergantung kepada prestasi hari itu.
"Sudah tentu, saya percaya mereka mampu melakukannya," ujarnya.
Frost juga berasakan Kian Meng-Pei Jing berupaya menjadi pakej kejutan meskipun berada sekelompok dengan jaguh Indonesia, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir, serta veteran Denmark, Joachim Fischer Nielsen-Christina Pedersen.
"Saya harap mereka boleh menang.
"Andai mereka melepasi peringkat suku akhir, mereka perlu menumpukan kepada satu demi satu perlawanan.
"Bagaimanapun, saya fikir Kian Meng masih lagi terlalu mentah untuk mengharunginya.
"Begitupun, saya tetap mengharapkan mereka mampu menjelmakan (kejayaan)."
Astro Arena
Wed Aug 09 2017
Frost berasakan tumpuan perlu diberi kepada Tan Wee Kiong-Goh V Shem selain gandingan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing. - Gambar fail
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Kejohanan Dunia: Frost yakin beregu lelaki, campuran mampu bawa kejayaan
Frost menjangkakan persaingan terbuka dalam aksi beregu lelaki, dengan peluang terbaik buat V Shem-Wee Kiong menebus maruah.