Pemain boleh keranjang ternama dari Universiti Duke, Zion Williamson cedera pada lutut semasa beraksi selepas kasut jenama Nike yang dipakainya koyak.

Ia menyebabkan bahagian kaki kiri Zion terkeluar daripada kasut berwarna biru putih itu.

Dalam kejadian pada Rabu, pemain berusia 18 tahun itu terjatuh semasa hendak melakukan lontaran bola dalam perlawanan menentang Universiti of North Carolina yang turut disaksikan bekas presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan pengarah filem, Spike Lee.

Bintang itu terpaksa dibawa keluar dari gelanggang dan menamatkan permainan dalam perlawanan yang disiarkan secara langsung di saluran ESPN.

Duke yang mendahului senarai pasukan dalam perlawanan bola keranjang tewas 88-72 kepada North Carolina yang berada di kedudukan kelapan.

Nike dalam satu kenyataan menyatakan bahawa pihak mereka sedang meneliti punca menyebabkan kasut berkenaan koyak.

“Kami mengambil serius apa yang telah berlaku dan kami harap agar Zion segera sembuh. Ini merupakan satu kes terpencil dan kami harap punca kejadian dapat diketahui,” kata Nike dalam satu kenyataan.