Pertarungan Muay Thai ONE Super Series yang berlangsung di acara ONE: Masters of Destiny di Axiata Arena menyaksikan dua petarung negara berdepan sesama sendiri.

Petarung muda yang berpotensi besar, Mohammed 'Jordan Boy' Mahmoud dipilih untuk berdepan petarung berpengalaman Saiful 'The Vampire' Merican.

Ketiga-tiga pusingan menyaksikan banyak aksi lincah yang dipamerkan kedua-kedua petarung.

Kedua-kedua petarung beberapa kali dilihat berjaya menjatuhkan lawan masing-masing dalam pertarungan ini.

Namun selepas tiga pusingan berlalu, keputusan terpaksa ditentukan oleh keputusan juri. Kesemua juri telah memilih Jordan Boy sebagai pemenang melalui keputusan sebulat suara.

Tahniah buat Jordan Boy atas kemenangan ini. Bagi Saiful pula, jutaan terima kasih harus diberikan.

Walaupun tewas, dia telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan pertarung bermati-matian dari awal hingga pusingan terakhir.