Pemain muda wanita negara, Goh Jin Wei mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa apabila meraih Kejuaraan Badminton Remaja Dunia BWF di Markham, Kanada pada Ahad (Isnin di Malaysia).
Pemain pilihan ketiga itu menampilkan aksi bertenaga dengan menewaskan pilihan ke-13, Line Christophersen dari Denmark menerusi kemenangan 21-13 dan 21-11 pada aksi final di Markham Pan Am Centre, demikian menurut laman sesawang Persekutuan Badminton Dunia (BWF); www.bwfbadminton.com.
Kejuaraan tersebut adalah yang kedua diraih anak jati Pulau Pinang itu yang pernah menjuarai kejohanan sama pada 2015 setelah menewaskan rakan senegara, Lee Ying Ying pada aksi final.
Jin Wei sebelum ini turut mengharumkan nama negara apabila mencipta sejarah menjadi atlet pertama Malaysia memenangi pingat emas pada edisi ketiga Sukan Olimpik Remaja di Buenos Aires, Argentina, bulan lepas.
Dalam pada itu, pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan Koong Le-Toh Ee Wei yang merupakan pilihan ketiga, gagal mengulangi kecemerlangan dilakar Jin Wei setelah kalah 16-21 dan 16-21 kepada pilihan utama, Liu Xuanxuan-Xia Yuting dari China.
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria yang dihubungi Bernama, mengakui badan induk itu amat berbangga dengan kejayaan cemerlang Jin Wei dan juga pasangan muda negara itu yang tidak diletakkan sebarang harapan.
Beliau menjelaskan satu ganjaran khas bakal menanti kedua-dua pemain berkenaan yang akan dibincangkan pada mesyuarat pengurusan BAM pada minggu ini.
"Kejayaan ini merupakan satu petanda baik kerana di peringkat BAM, kita lihat mereka inilah yang akan menjadi pelapis kepada pemain sedia ada," jelas Mohamad Norza.
Mengulas lanjut, beliau menegaskan kejayaan cemerlang dilakar barisan pemain muda negara pada kejohanan ini adalah hasil daripada pendekatan berterusan badan induk itu yang memberi tumpuan dalam melahirkan pemain berusia bawah 21 tahun termasuk pasangan muda negara, Aaron Chia Teng Fong-Soh Wooi Yik selain pemain muda lelaki negara seperti Leong Jun Hao dan Lee Zii Jia.
"Rangka kerja kita adalah untuk terus membina ramai pemain pelapis kerana selama ini kita terlalu bergantung kepada pemain senior kita dan sudah tiba masanya kita membuat pelaburan yang lebih giat lagi kepada pemain muda kita," tegas Mohamad Norza.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 19 2018
Jin Wei menampilkan aksi bertenaga dengan menewaskan pilihan ke-13, Line Christophersen dari Denmark. - Gambar fail/BERNAMA
Pintas Utama serah zakat perniagaan RM3 juta kepada Lembaga Zakat Selangor
Sultan Selangor berkenan mewakili Lembaga Zakat Selangor menerima serahan zakat perniagaan berjumlah RM3 juta.
Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV
Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Mohd Isa dan bekas Mohd Emir membayar lebih RM3.31 juta kepada syarikat itu berhubung pembelian dua unit kondominium mewah di ibu negara.
AWANI Ringkas: Kandungan mudarat di media sosial meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Xiaomi lancar kereta elektrik Xiaomi SU7, harga bermula RM141,500
Xiaomi semalam secara rasminya telah melancarkan kereta elektrik mereka yang pertama dinamakan Xiaomi SU7 untuk pasaran China.
X akan tawar ciri premium percuma jika ada lebih 2,500 pengikut disahkan
ELON Musk memaklumkan perubahan pada penawaran ciri-ciri X kepada semua akaun.
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Piala Thomas: Rexy tidak mahu insiden di BATC 2024 berulang di Chengdu
Pada saingan BATC, skuad lelaki mengalami detik mencemaskan selepas Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong terpaksa direhatkan bagi beberapa perlawanan.
Terbuka Switzerland: Soon Huat-Shevon raih gelaran selepas tiga kali mencuba
Selepas tiga kali mencuba akhirnya pasangan beregu campuran negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie, berjaya mengungguli kejohanan Terbuka Switzerland.
Soon Huat-Shevon raih gelaran Terbuka Switzerland 2024
Soon Huat-Shevon mempamerkan kekuatan sebenar apabila menewaskan rakan senegara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.
Tang Jie-Ee Wei, Soon Huat-Shevon Lai tentukan juara di Switzerland
Tang Jie-Ee Wei pilihan ketiga mengesahkan slot ke perlawanan akhir selepas menewaskan pilihan keenam Ye Hong-wei-Lee Chia-hsin dari Taiwan.
Malaysia perlu waspada dalam saingan Piala Thomas 2024
Menerusi undian secara maya yang dijalankan di China itu, Malaysia diletakkan dalam Kumpulan D bersama Hong Kong (pilihan ke-12) dan Algeria.
Wooi Yik akui Fajar-Rian beraksi lebih baik
Biarpun beberapa kali menukar taktikal permainan, namun Wooi Yik mengakui, pukulan balas berkualiti lawan menyukarkan mereka.
Hon Jian-Haikal ungguli Orleans Masters 2024
Hon Jian-Haikal menewaskan Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani 21-15, 18-21, 21-14 dalam aksi final selama 54 minit.
All England: Harapan musnah, Lee Zii Jia disingkir Lakshya Sen
Hanya pasangan Aaron-Woo Yik bergaya ke separuh akhir Kejohanan All England.
All England Live: Enam wakil negara buru slot suku akhir
Zii Jia akan meneruskan perjuangannya dalam Kejohanan All England petang ini, bagi mengulangi rentak cemerlangnya di Birmingham.