JURULATIH Jerman, Joachim Low memuji persembahan pasukannya ketika menewaskan Republik Czech 3-0 dalam aksi Kelayakan Piala Dunia di Hamburg, awal pagi tadi.

Juara dunia itu mempamerkan aksi lima bintang ketika menewaskan skuad kendalian Pavel Vrba hasil dua jaringan gol daripada Thomas Muller dan satu daripada pemain tengah Real Madrid, Toni Kroos, tetapi jurang kemenangan mampu menjadi lebih besar berdasarkan peluang yang telah dicipta oleh Die Mannschaft.

Walau bagaimanapun, Low berpuas hati dengan pertahanan pasukan yang memastikan mereka memungut tiga mata penuh dalam Aksi Kelayakan Piala Dunia.

"Kami bermain dengan baik dari setiap sudut, kami berjaya menembusi pasukan lawan secara konsisten, tetapi pertahanan kami turut harus diberikan pujian," jelas Low.

"Jika anda perhatikan, selepas minit ke-60, pasukan lawan kehabisan tenaga dan gagal mencipta sebarang peluang.

Selain itu, Low turut gembira menyaksikan persembahan pemain Borussia Dortmund, Mario Gotze walaupun gagal mencipta sebarang jaringan gol.

"Dia telah bekerja keras dan telah mencipta banyak peluang di separuh masa pertama, saya dapat melihat gaya permainannya semakin meningkatkan."