Pendahulu, Johor Darul Ta'zim (JDT) mengukuhkan kedudukannya di persada Liga Super dalam misi mempertahankan kejuaraan buat kali keenam berturut-turut selepas menewaskan pencabar terdekat, Pahang 2-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.
Kejayaan mengekalkan aksi tanpa kalah dengan rekod 10 kemenangan daripada 13 perlawanan itu menyaksikan skuad 'Harimau Selatan' mengumpul 33 mata untuk selesa menerajui takhta liga dengan kelebihan lapan mata, meninggalkan Pahang di kedudukan kedua.
Pada aksi penuh dramatik itu, keputusan Ketua Jurulatih Benjamin Mora membawa masuk pemain muda sensasi kebangsaan Muhammad Akhyar Abdul Rashid pada babak kedua membuahkan hasil apabila beliau muncul sebagai arkitek kejayaan JDT menerusi satu jaringan dan perancang kepada gol pertama tuan rumah.
Kapten pasukan, Harris Harun meledak gol pembukaan pada minit ke-69 selepas menerima lorongan cantik Muhammad Akhyar yang tidak dikawal hasil serangan balas menarik yang berjaya memerangkap barisan pertahanan Pahang.
Bekas penyerang Kedah itu kemudian menceriakan ribuan penyokong tuan rumah menerusi gol pada masa kecederaan babak kedua sekali gus menghadiahkan tiga mata penuh buat JDT.
Pada masa sama, PJ City FC mencatat kemenangan dramatik apabila bangkit daripada ketinggalan 0-3 sebelum menundukkan Terengganu FC 5-3 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Lima gol PJ City FC dihasilkan pada babak kedua perlawanan, masing-masing dijaringkan Elizeu Aralijo pada minit ke-49, Pedro Henrique (ke-57 dan 80'), Washington Brandao (ke-57) dan Mohamad Zamri Ramli pada minit ke-77.
Terdahulu, tiga gol pasukan tuan rumah pada babak pertama terhasil menerusi Kipre Tchetche seawal minit ke-10 diikuti Mohamad Nabil Ahmad Latpi (ke-17) dan Mohamad Ashari Samsudin, selang dua minit kemudian.
Sementara itu, Perak yang masih segar dengan kejayaan mara ke separuh akhir Piala FA tidak berdepan masalah menundukkan pasukan 'adik' PKNP FC 3-1 di Stadium Perak, Ipoh.
Dua pemain import baharu dari Brazil, Raianderson da Costa Moraes dan Ronaldo Henrique Silva masing-masing membuktikan kemampuan apabila meletakkan Perak mendahului 2-0 pada 30 minit pertama perlawanan menerusi jaringan seawal minit keenam dan ke-30.
PKNP FC, bagaimanapun berjaya merapatkan kedudukan menerusi jaringan pemain import Yashir Pinto pada minit ke-37, namun Nazirul Naim Che Hashim menidakkan peluang PKNP mencuri satu mata apabila meledak gol ketiga pada minit ke-70 untuk mengesahkan kemenangan Perak.
Di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, pula menyaksikan Kuala Lumpur mencatat kemenangan ketiga musim ini selepas mengatasi PKNS FC 2-1.
Dua jaringan, masing-masing menerusi Kapten Indra Putra Mahayuddin dan Mohamad Azmi Muslim pada minit ke-27 dan ke-56 berjaya menafikan gol pembukaan pasukan pelawat yang dijaringkan pemain import Romel Morales seawal minit keempat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 14 2019
Pemain Pahang, Norshahrul Idlan Talaha (kanan) merampas bola dari pemain JDT, Muhammad Safawi Rasid pada perlawanan Liga Super Malaysia di Stadium Tan Sri Hassan Yunus Larkin, malam tadi. -- fotoBERNAMA
Umat Islam perlu celik digital untuk tunai umrah
Forum Umrah dan Ziarah 2024, kali ini diadakan di Madinah menjadi platform penting bagi mengumpulkan semua pemain industri perkhidmatan
AWANI Tonight: Bridging gaps in AUKU for better student empowerment
Amendments to the Universities and University Colleges Act give students more autonomy in managing their associations’ finances. Rasydan Mohd Hassan, formerly of the National Student Consultative Council, explains what this means for student empowerment.
AWANI Tonight: UN Human Rights calls for independent investigation on Gaza mass graves
The UN Human Rights calls for an independent and transparent investigation into the mass graves found in and around hospitals in Gaza, including the Nasser Hospital.
AWANI Tonight: The US Senate approves bill to ban TikTok
The US Senate has approved a controversial landmark bill that could see TikTok banned in America, with President Joe Biden saying he would sign it into law as soon as it reaches his desk.
Capital A zahirkan minat beli lapangan terbang di ASEAN
Aviation Services iaitu perkhidmatan penerbangan di bawah Capital A Bhd menzahirkan minat memiliki lapangan terbang di seluruh ASEAN.
Nahas helikopter Lumut: Jenazah Komander Muhammad Firdaus selamat dikebumi di kampung halaman
Jenazah Allahyarham Muhammad Firdaus disemadi dengan penuh istiadat pengebumian ketenteraan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Nibong Besar.
AWANI Tonight: 24 April 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. MACC detains MB's son, five others
2. TikTok faces US ban
#AWANIEnglish #AWANINews
1. MACC detains MB's son, five others
2. TikTok faces US ban
#AWANIEnglish #AWANINews
Astro AWANI dinobat adaptasi AI dalam pemberitaan terbaik di pentas Asia
Astro AWANI dinobat sebagai pemenang Anugerah Digital Media Awards 2024 bagi kategori adaptasi Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pemberitaan terbaik di rantau Asia.
Mahkamah tolak permohonan 1MDB untuk pindahkan kes Riza Shahriz di hadapan hakim lain
Pesuruhjaya Kehakiman turut arahkan 1MDB supaya membayar kos RM5,000 kepada Riza Shahriz serta dua syarikatnya, Red Granite Pictures Incorporated dan Red Granite Capital Limited.
Pemilik akaun X hina anggota TLDM yang terkorban, pengamal media buat laporan polis
Tindakan itu dianggap melampau dan tidak menghormati sensitiviti keluarga yang masih berada dalam keadaan sedih akibat kehilangan ahli keluarga akibat tragedi tersebut.
Hector Bidoglio ketua jurulatih JDT baharu
Bekas pemain Venezuela, Hector Bidoglio dilantik sebagai ketua jurulatih baharu berkuat kuasa serta merta.
JDT tetap garang tanpa Mora, NS rampas kedudukan ketiga
Biarpun beraksi tanpa ketua jurulatih, motivasi pendahulu Johor Darul Ta'zim (JDT) tetap berada pada tahap tertinggi selepas menewaskan Sarawak United FC 4-0 pada aksi Liga Super.
Mora sah tinggalkan JDT
Ketua Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT) Benjamin Mora sah meninggalkan skuad Harimau Selatan untuk pulang ke Mexico bagi menyelesaikan urusan peribadinya.
Mora bangga dengan kejayaan JDT
Ketua Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT) Benjamin Mora amat berbangga dengan pemainnya selepas kelab itu mencipta sejaranya tersendiri dengan layak ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara AFC (ACL).
JDT sedia kejutkan Kawasaki Frontale esok
Mora, yang meramalkan cabaran getir untuk perlawanan esok, percaya anak buahnya akan melakukan yang terbaik untuk menang ke atas Kawasaki Frontale, terutama selepas seri 0-0 Khamis lepas.
JDT menang bergaya, benam Guangzhou FC 5-0
JDT membelasah juara lapan kali Liga Super China Guangzhou FC 5-0 pada aksi Kumpulan I di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.
ACL: Mora tidak mahu terburu-buru kecederaan Farizal
Ketua pasukan Harimau Selatan itu dijangka terlepas aksi awal kempen Liga Juara-Juara Asia 2022.
Siapa mampu tamatkan dominasi JDT?
Pasukan dari selatan tanah air ini mendominasi Liga Super dengan rekod kejuaraan lapan kali berturut-turut sejak 2014.
Mora bersedia hadapi akibat, susulan kekalahan JDT di final Piala Malaysia
Mora berkata keputusan mengenai masa depannya bersama skuad Harimau Selatan itu adalah di luar kawalan beliau.
Kami akan 'telan' lawan kami - Mora
Johor Darul Ta'zim berazam melakukan apa saja demi memastikan mereka membawa pulang trofi Piala Malaysia pada aksi final menentang Kuala Lumpur City FC di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.