LAS PALMAS 1 BARCELONA 1
Barcelona gagal memanfaatkan penguasaan bola hampir segenap perlawanan apabila sekadar seri 1-1 ketika bertemu Las Palmas dalam aksi LaLiga di Stadium De Gran Canaria, awal pagi tadi.
Barca yang dikendalikan oleh Ernesto Valverde bertandang ke tempat lawan dengan misi mencapai kemenangan setelah skuad tangga kedua, Atletico Madrid, meneruskan tekanan dengan keputusan 4-0 ke atas Leganes semalam, menyaksikan mereka hanya dipisahkan empat mata.
Mempertaruhkan Lionel Messi dan Luis Suarez di bahagian serangan, Valverde memilih untuk meletakkan Philippe Coutinho dan Ivan Rakitic di bangku simpanan untuk memberikan ruang buat Aleix Vidal serta Andres Iniesta.
Suarez berpeluang membuka tirai jaringan seawal minit ketujuh perlawanan, apabila dia dan Messi hanya berdepan seorang pertahanan lawan tetapi penyudah yang tumpul membuatkan penjaga gol tuan rumah, Leandro Chichizola, menampan bola keluar.
Chichizola sekali lagi bertindak cemerlang tiga minit kemudian apabila melayangkan badan untuk menepis bola sepakan percuma Messi.
Bagaimanapun, kekebalan penjaga gol berusia 27 tahun itu lebur pada minit ke-21.
Kali ini, Messi lebih bijak menghidu peluang untuk melepaskan rembatan padu menerusi sepakan percuma bagi meletakkan pelawat mendahului 1-0.
Selepas kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat babak pertama, tuan rumah dianugerahkan sepakan penalti ketika separuh masa kedua baru bersambung selama tiga minit.
Bola hasil sepakan sudut daripada sebelah kiri gawang Barca terkena tiang dan singgah ke tangan Sergi Roberto, membuatkan pengadil perlawanan, Antonio Mateu, tidak teragak-agak untuk meniup wisel dan penyerang, Jonathan Calleri, tidak melakukan kesilapan untuk mengikat kedudukan 1-1.
Penyudah di depan gawang lawan yang tumpul menyebabkan Barca gagal menambah jaringan walaupun meraih banyak peluang, menyebabkan perlawanan tamat dengan kedudukan 1-1.
Skuad bimbingan Valverde kini meraih 66 mata di puncak liga, diikuti Atletico Madrid dan Real Madrid dengan 61 dan 51 mata.
Astro Arena
Fri Mar 02 2018
Lionel Messi beraksi dengan pemain-pemain Las Palma, Tana, Alejandro Galvez dan Ximo Navarro dalam perlawanan LaLiga di Stadium De Gran Canaria, Las Palmas, Sepanyol, 1 Mac, 2018. REUTERS
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
Penenun dari Sarawak tidak sangka dapat ke Barcelona dengan songket tenunannya
Ramtiniwaiti Ramlee, 38, bangga apabila mendapat jemputan daripada Nadi untuk mewakili negara di ibu kota wilayah Catalonia.
Barcelona jadi tumpuan 100,000 pemain industri teknologi global pada MWC 2024
Barcelona akan menyaksikan ratusan perbincangan, rangkaian, forum dan demonstrasi untuk mereka yang terlibat dalam teknologi mudah alih pada MWC 2024.
Barisan kejurulatihan Harimau Malaya buat lawatan teknikal ke Sepanyol
Kunjungan tersebut memberi peluang buat mereka menyaksikan sesi latihan pasukan utama FC Barcelona dan melawat fasiliti latihan kelab berkenaan.
Shakira 'diserang' babi hutan ketika berjalan bersama anak di Barcelona
Shakira merupakan mangsa terkini tabiat agresif babi hutan yang semakin 'menakluki' bandar raya itu.
UCL: Pemain Barcelona lain akan menyerlah tanpa Messi - Nagelsmann
Nagelsmann tidak percaya perpindahan Messi ke PSG sama sekali akan melemahkan Barca memandangkan masih ramai lagi pemain berkaliber.
Lionel Messi kini ejen bebas
Kontrak pemain itu berakhir semalam, di tengah spekulasi mahu meninggalkan Camp Nou yang dia panggil rumah sejak tahun 2000.
Kumpulan raver Barcelona nikmati muzik acara disko senyap, tetap jaga penjarakan fizikal
Para penggemar muzik itu menyambut hari pertama musim bunga dengan memakai set fon kepala seterusnya memulakan aksi gerak tari masing-masing.
Salah mahu kekal di Liverpool selama mungkin
Penyerang itu masih mempunyai kontrak bersama Liverpool sehingga 2023.
Pelumba pasukan Petronas Yamaha SRT tekad bangkit cemerlang di Catalunya GP
Quartararo yakin untuk sekali lagi mempamerkan persembahan memberangsangkan.
Messi ke Bayern? Kami tak mampu dapatkannya - Rummenigge
Messi, 33, kelihatan akan meninggalkan skuad Blaugrana itu selepas 19 tahun bersama kelab berkenaan.