Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin mengingatkan barisan pemain Harimau Malaya supaya tidak memberi terlalu banyak tumpuan terhadap media sosial menjelang aksi final pertama Piala AFF Suzuki 2018 menentang Vietnam, Selasa depan.
Hamidin berkata pemain negara seharusnya memberi lebih fokus terhadap pertemuan tersebut memandangkan skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu pernah tewas 0-2 kepada Vietnam dalam saingan peringkat Kumpulan A, sebelum ini.
Beliau berkata nasihat itu juga sebagai peringatan kepada barisan pemain bahawa ini bukan masa untuk meraikan sesuatu pencapaian meskipun masih segar dengan kejayaan menyingkirkan juara bertahan, Thailand, Rabu lepas.
"Saya ingatkan Cheng Hoe dan pemain supaya beri lebih tumpuan pada perlawanan akhir ini sebab ada dua aksi dan kita belum sampai ke penghujungnya lagi. Ini bukan masa untuk meraikan apa-apa. Kita masih ada urusan belum tamat.
"Dalam tempoh seminggu akan datang, kita kena fokus dan perlu kerja lebih kuat sebab dengan Thailand kita tidak menang...kita layak ke final berdasarkan peraturan gol di tempat lawan.
"Soal media sosial pula saya tidak mahu pemain terlampau melayan kerana jika mendapat pujian melampau ia akan memberi masalah. Begitu juga sebaliknya sekiranya terdapat kritikan melampau," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas meninjau sesi latihan skuad kebangsaan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, pada Sabtu.
Sementara itu, mengenai tumpuan luar biasa diterima skuad kebangsaan terutama selepas kejayaan mara ke final, Hamidin berkata ia situasi normal yang berlaku dalam dunia sukan.
"Saya fikir dalam keadaan sekarang, semua pemain begitu matang untuk hadapi situasi ini. Ia situasi normal untuk sekarang, semua pihak mahu berikan sokongan kepada Harimau Malaya, itu jelas," tambahnya.
Perlawanan akhir pertama antara Malaysia dan Vietnam akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil manakala aksi kedua dijadual di Hanoi, pada 15 Dis.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 08 2018
Nasihat itu juga sebagai peringatan kepada barisan pemain bahawa ini bukan masa untuk meraikan sesuatu pencapaian meskipun masih segar dengan kejayaan menyingkirkan juara bertahan, Thailand, Rabu lepas.
Pantau Agenda Reformasi: Penstrukturan akaun & pengenalan akaun 3 KWSP
Ikuti kupasan penganalisis ekonomi Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Prof. Emeritus Barjoyai Bardai mengenai penstrukturan akaun KWSP & pengenalan akaun 3.
Pihak dikaitkan dalam laporan berkaitan lesen kasino perlu ambil tindakan - PM Anwar
Laporan yang memetik satu sumber itu berkata perbincangan mengenai pemberian lesen itu masih di peringkat awal.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Berhadapan tekanan Israel, FCC tiada istilah putus asa'
Pemeriksaan kapal penumpang, Akdeniz (Mediterranean) yang terlibat dalam misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza dilaporkan sedang berjalan.
Niaga AWANI: Airasia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.fernandes, bursa Malaysia.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd, firma swasta dengan 35% pegangan milik
Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) telah melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April 2024.
#NiagaAWANI
Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) telah melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April 2024.
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MOT, KHAZANAH, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB
Jelas Perdana Menteri, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Vincent Tan tak terbabit rundingan lesen kasino Forest City
Berjaya Corp Bhd (BCorp) menafikan laporan yang mengaitkan Pengasasnya, Tan Sri Vincent Tan terbabit dalam rundingan berkaitan lesen kasino di Forest City, Johor.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh susulan operasi BNM
Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh pada Jumaat susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: IHPR meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024 berbanding 0.3 peratus pada Februari 2024, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Tiada kasino akan beroperasi di Johor - Onn Hafiz
Onn Hafiz berkata khabar angin yang tular itu berunsur sabotaj dan berniat jahat untuk mencemar imej Forest City dan Johor secara keseluruhannya.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.
Saya kecewa, pengurusan Selangor tak beri peluang berbincang - Brendan Gan
Brendan akui kecewa dengan sikap pengurusan Selangor yang tidak memberi ruang perbincangan untuk membolehkannya kekal di kelab itu.