Peminat sukan badminton khususnya pemain perseorangan utama negara diminta tidak membuat spekulasi mengenai persaraan Datuk Lee Chong Wei berikutan kekalahan mengejut di Kejohanan Dunia semalam.
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata buat masa ini, peminat perlu memberi peluang kepada Chong Wei untuk bertenang kerana pemain berusia 34 tahun itu sendiri berada dalam keadaan tertekan serta masih bersedih.
"Kita semua tahu Datuk Wira Lee Chong Wei ialah seorang legenda dan telah banyak menyumbang kepada negara. Kita menyeru kepada semua supaya tidak buat spekulasi.
"Kita biarkan dia bertenang, balik dan kita akan berbincang apakah perancangan seterusnya. Jangan beri tekanan kepada beliau," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Malaysia layak ke perlawanan akhir badminton berpasukan wanita Sukan SEA Ke-29 di Arena Axiata di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Mohamad Norza berkata BAM menghormati apa juga keputusan yang akan diambil oleh pemenang tiga kali pingat perak Sukan Olimpik itu.
Katanya, beliau banyak menerima mesej daripada ramai kenalan dan peminat sukan badminton yang menyatakan sokongan terhadap Chong Wei yang telah banyak mengharumkan nama negara.
"Saya semalam dah bercakap sendiri dengan Chong Wei dan kita di BAM dan peminat tentu saja berdukacita tapi beliau lebih berdukacita dan beliau sendiri berasa amat sedih.
"Namun saya tenangkan beliau dan katakan bahawa itu merupakan adat permainan dan beliau telah cuba melakukan yang terbaik," katanya.
Chong Wei mengalami kekalahan mengejut di tangan pemain Perancis, Brice Leverdez di pusingan pertama Kejohanan Badminton Dunia yang berlangsung di Emirates Arena, Glasgow, Scotland.
Jaguh badminton negara itu kalah selepas bertarung dalam rubber set dengan 19-21, 24-22, 17-21 dalam perlawanan selama 75 minit.
Kekalahan itu jelas tamparan buat Chong Wei yang dalam misi memburu gelaran juara dunia buat kali pertama, selepas sekadar tiga kali bergelar naib juara iaitu pada 2011, 2013 dan 2015.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 23 2017
Lee Chong Wei (gambar) kalah di tangan pemain Perancis, Brice Leverdez, selepas bertarung dalam rubber set dengan 19-21, 24-22, 17-21 dalam perlawanan selama 75 minit. - Gambar fail
Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella tangguh 2 Mei
Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down atau Bella.
Nahas helikopter Lumut: Penghormatan terakhir buat kru TLDM terkorban
Semua jenazah akan dibawa sebaik proses bedah siasat dijalankan selesai di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
EPL: Kai Havertz pastikan Arsenal menang bergaya tewaskan Chelsea
Kemenangan itu meletakkan Arsenal tiga mata di hadapan Liverpool yang kini berada di tangga kedua dengan bermain lebih satu perlawanan.
Tesla mula jual robot Optimus menjelang akhir tahun depan - Elon Musk
Beberapa syarikat telah mempertaruhkan robot humanoid untuk penuhi potensi kekurangan tenaga kerja dan melaksanakan tugas berulang.
Cedera terkena letupan, padah tendang bendera Palestin
Letupan kuat dan asap tebal memenuhi lokasi tersebut sejurus dia menendang bendera Palestin yang dipasang di tengah kawasan padang rumput.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 April 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry;
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Ia adalah salah satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh negara jiran selama berdekad-dekad konflik etnik sesama mereka.
Fahami pasaran sebelum perjalanan pemula niaga adalah penting - Pengasas
Peralihan daripada usahawan solo kepada ketua yang boleh membina dan meneraju pasukan juga penting.
AWANI Ringkas: Bedah siasat 10 mangsa dijangka selesai hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Laporan kubur besar Gaza membimbangkan' - Jurucakap AS
Pekerja kesihatan Gaza menemui sekurang-kurangnya 283 mayat dalam satu kubur besar di Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis.
Kem badminton perlu main peranan masing-masing untuk julang Piala Thomas
Semangat kerjasama ditunjukkan kem badminton ketika itu merupakan kunci kejayaan utama Malaysia berhasil menjulang piala itu, 32 tahun lepas.
Piala Thomas: Ganjaran BAM bakar semangat pemain - Wooi Yik
Wooi Yik berkata kejayaan itu hanya mampu dicapai sekiranya mereka sepakat untuk mempamerkan 'magis' bersama rakan-rakan lain dalam kejohanan berpasukan.
Badminton Masters Malaysia: Lee Zii Jia pilihan ke-8 kejohanan
Lee Zii Jia bakal menjadi pemain pilihan kelapan kejohanan Badminton Masters Malaysia dalam kategori perseorangan lelaki.
Lima pasukan jadi pilihan julang Piala Uber 2024
Koea Selatan boleh menjangkakan saingan sengit daripada kuasa besar seperti China, Jepun serta pasukan baru dalam saingan Piala Uber.
Bekas pemain nombor satu dunia, Kento Momota umum bersara
Juara dunia dua kali Kento Momota berkata dia akan bersara daripada badminton antarabangsa ketika usianya kini 29 tahun.
Rashid tak pernah terbayang Malaysia lalui kemarau panjang menang Piala Thomas
Tidak pernah terdetik dalam hati Datuk Rashid Sidek bahawa Malaysia akan melalui kemarau panjang untuk memenangi semula Piala Thomas.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Pearly-Thinaah cari formula terbaik harungi Sukan Olimpik 2024
Pearly Tan-M Thinaah fokus mencari formula terbaik dalam usaha menampilkan persembahan luar biasa pada Olimpik Paris 2024.
Piala Uber: Tiada istilah mengalah buat Mei Xing
Pemain itu bagaimanapun mengakui sedikit terbeban dengan ketiadaan pasangan utama negara Pearly Tan-M Thinaah dalam kejohanan berkenaan.
Zii Jia bakal terima bayaran 'hak imej' untuk Piala Thomas
Team LZJ dalam satu kenyataan mengesahkan perkara itu dengan menyatakan hak imej adalah aspek penting bagi seorang atlet profesional.