"Stamina fit, terbakar lit, Aaron Ramsey, Aaron Ramsey, Mr.Midfield"

Begitulah antara bait-bait lirik nyanyian Zizi Kirana di dalam lagu 'Terbaik Bossku' dari W.A.R.I.S ft Zizi Kirana dan Sophia Liana. Begitu fanatiknya peminat Aaron Ramsey dan juga Arsenal sehingga memasukkan nama pemain bola bernombor jersi 8 itu didalam sebuah lagu.

Hal ini mungkin juga kerana Aaron Ramsey adalah pemain tengah yang berpengaruh di dalam pasukan Arsenal dan mempunyai ramai peminat diseluruh dunia. Tetapi setelah mencurahkan bakti sejak tahun 2008, mungkin sudah tiba masanya pemain yang juga dikenali sebagai 'Rambo' ini berhijrah ke pasukan lain.



Bagi peminat bola sepak English Premier League (EPL) terutamanya pasukan Arsenal pasti sudah tahu akan berita tentang Aaron Ramsey akan berhijrah ke pasukan di Liga Itali iaitu, Juventus pada akhir musim 2018/19. Dikatakan nilai perpindahan Aaron Ramsey ke Juventus adalah percuma kerana kontrak beliau akan tamat pada akhir musim ini.

Selain daripada itu, media-media Eropah mengatakan gaji Aaron Ramsey di kelab yang berpangkalan di Turin itu sangatlah tinggi dan menjadikan beliau pemain bola sepak British dengan gaji termahal sepanjang zaman. Gelaran itu sebelum ini dipegang oleh Wayne Rooney. Aaron Ramsey mengikat kontrak bersama Juventus selama 4 tahun.

Mari kita lihat infografik mengenai statistik karier Aaron Ramsey di Arsenal. Selamat maju jaya 'Rambo'!

Infografik karier Aaron Ramsey di Arsenal sejak 2008. Infografik ini dibuat berdasarkan data sehingga 16 Februari 2019