Pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah berharap sekatan kemasukan pelancong dikenakan Kesatuan Eropah tidak menjadi penghalang buat beliau menyertai Kejohanan Grand Prix Motosikal Dunia yang akan bersambung di Litar Jerez, Sepanyol pada 19 Julai ini.
Hafizh Syahrin berkata beliau kini menunggu kebenaran untuk berlepas ke Sepanyol selepas menyerahkan beberapa butiran diperlukan pasukannya, Angel Nieto untuk diserahkan kepada Dorna Sports selaku pemegang hak eksklusif komersial dan televisyen kejohanan itu.
"Saya harap sesuatu yang baik dari Eropah supaya kami boleh terbang ke Sepanyol untuk meneruskan kejuaraan. Kalau kami (pelumba negara) tidak dapat terbang dan kejuaraan berjalan seperti biasa, kami pasti agak terkilan," kata bekas pelumba Kelas Perdana MotoGP selama dua musim itu.
Kejohanan motosikal itu ditangguhkan sejak Mac lepas, selepas perlumbaan di Qatar akibat penularan wabak COVID-19.
Semalam, pelumba Moto3 negara Khairul Idham Pawi gagal berlepas ke Sepanyol susulan sekatan itu yang menyaksikan Kesatuan Eropah hanya membenarkan pelancong dari 15 buah negara memasuki Eropah, dan Malaysia tidak tersenarai.
Mengulas lanjut, Hafizh Syahrin yang ditemui pada sesi lawatan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) semalam, berkata beliau tidak dimaklumkan mengenai sekatan tersebut.
"Agak terkejut dengar KIP (Khairul Idham) tidak dapat berlepas ke Eropah sebab pengumuman dibuat Kesatuan Eropah itu. Mungkin kami tidak menerima berita, perlu sediakan surat kebenaran daripada pihak terlibat (Kerajaan Sepanyol) untuk ke sana. Kami hanya lengkapkan apa diperlukan di sini," katanya.
Sementara itu, pelumba berusia 26 tahun berasal dari Ampang itu teruja untuk melihat acara sukan permotoran kembali dianjurkan di negara ini selepas ia ditangguhkan hampir empat bulan susulan pandemik COVID-19.
Beliau optimis acara sukan permotoran memiliki peluang cerah untuk dianjurkan semula berdasarkan kesungguhan SIC dan Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) dalam menyediakan prosedur operasi standard (SOP) mengikut tatacara ditetapkan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara.
"Kita pun tahu perlumbaan antarabangsa akan dijalankan tanpa penonton jadi kita di sini pun harap sesuatu yang sama. Kita atlet permotoran gian nak 'pulas' (pendikit) motor itu," kata pelumba dikenali sebagai El Pescao itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 04 2020
Hafizh Syahrin berkata beliau kini menunggu kebenaran untuk berlepas ke Sepanyol selepas menyerahkan beberapa butiran diperlukan pasukannya, Angel Nieto untuk diserahkan kepada Dorna Sports. -Foto Bernama
PN masih menunggu butiran memorandum mengenai peruntukan
Perikatan Nasional masih menunggu butiran memorandum persefahaman yang akan dikemukakan oleh Kerajaan Perpaduan selepas pertemuan antara kerajaan dan wakil Ahli Parlimen pembangkang baru baru ini.
Tun Hanif selamat dikebumi Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Jenazah Allahyarham Tun Hanif Omar selamat dikebumikan jam 3.17 petang pada Sabtu.
Kekejaman Zionis: Rakyat Palestin terkorban melepasi 34,000 nyawa
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel kini melepasi 34,000 nyawa setakat Jumaat.
AWANI Ringkas: Keputusan kolektif MCA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes tembak KLIA: Suspek buat pemeriksaan kesihatan mahu kerja di Arab Saudi
Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan polis mendapati suspek sudah membuat pemeriksaan kesihatan di hospital berkenaan seminggu sebelum kejadian tembakan itu berlaku.
Gaza Freedom Flotilla: Latihan antikekerasan prosedur wajib sebelum misi pelayaran bermula
Freedom Flotilla to Gaza: Latihan anti keganasan prosedur wajib sebelum misi pelayaran bermula
Majoriti Ketua Bahagian UMNO sokong afidavit Ahmad Zahid - Ahmad Maslan
Majoriti daripada 191 Ketua Bahagian UMNO menyokong usaha Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memfailkan afidavit tambahan menyokong petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tun Hanif selamat dikebumi di sebelah pusara anak
Jenazah Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, jam 3.17 petang Sabtu.
JKM tunggu siasatan lengkap polis sebelum ambil tindakan lanjut
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri bmengesahkan pihak JKM sudah menemui mangsa buli berusia lapan tahun dan kesemua yang terlibat untuk dirakam percakapan
Kerajaan komited noktahkan kemiskinan tegar di Sabah - PM Anwar
Perdana Menteri percaya hubungan erat kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sabah yanmampu memainkan peranan penting dalam merealisasi hasrat tersebut.
Pengundi muda di AS keliru pilihan Presiden 2024
Landskap politik AS kini berubah menyebabkan sesetengah belia yang sebelum ini setia kepada parti Demokrat tidak lagi pasti tentang pilihan mereka.
Senator wakili belia bakal dilantik di Dewan Negara - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan seorang senator dalam kalangan be;ia bakal dilantik di Dewan Negara bagi mewakili suara golongan itu.
PRN Johor: Peratusan keluar undi golongan belia dijangka kurang
Menurut data Indeks Belia Malaysia, sosilisasi politik dalam kalangan belia memang rendah malah menurun setiap tahun.
Keluarga muda Malaysia, mutu sukan dan isu belia fokus saya - Ahmad Faizal
Isu pengangguran, graduan kehilangan pekerja, meningkatkan kemahiran belia dan pembangunan sukan antara yang akan diberikan perhatian oleh Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Ahmad Faizal Azumu.
'Kami yakin belia mampu bantu kerajaan sebaiknya' - MPPK
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan menyambut baik komitmen kerajaan dalam mendengar dan memberi tumpuan suara anak muda dalam memulihkan negara.
PRU15: Pastikan kes rendah, kadar vaksinasi tinggi sebelum laksana
Kes harian COVID-19 perlu berada pada angka yang rendah, jika mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.
Harapan Hari Belia Antarabangsa 2021, generasi muda mahu...
KETIKA 'perang' menentang pandemik COVID-19 masih berterusan, kestabilan politik perlu terus diberi perhatian bagi memastikan kejayaan langkah-langkah yang sedang dilaksanakan.
Kenyataan Syed Saddiq tuduhan liar, tidak matang dan ada agenda tersendiri - Pemuda PN
Kenyataan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai tuduhan tidak berasas.
Beban liabiliti antara punca golongan muda sukar menyimpan
Pendapatan yang tidak mencukupi disebabkan terpaksa menanggung liabiliti dan hutang mempengaruhi trend perbelanjaan golongan muda sehingga mendorong mereka menggunakan kad kredit.
Mohammad Natsir tokoh pemikir Islam disegani - Anwar Ibrahim
Ketokohan Perdana Menteri kelima Indonesia, Dr Mohammad Natsir dalam penulisannya mengenai Islam dan modernisasi memberi kesan yang mendalam.