ROGER Federer tersingkir daripada saingan Masters Cincinnati ATP selepas pemain nombor tiga dunia itu dikejutkan dengan kekalahan 3-6, 4-6 di tangan pemain daripada pusingan kelayakan, Andrey Rublev.
Tewas di final dalam saingan di Cincinnati tahun lalu, Federer melepasi halangan Juan Ignacio Londero dalam pusingan sebelum itu tetapi pemain berusia 38 tahun itu beraksi di bawah tahap sebenar, semalam.
Rublev yang menyingkirkan Stan Wawrinka sebelum ini tampil cemerlang apabila dua kali mendahului juara tujuh kali Cincinnati itu dalam set pertama sehingga memastikan pemenang 20 grand slam itu gagal mendapatkan rentak permainan.
Federer bangkit dalam set kedua tetapi Rublev yang menyinar dengan pendahuluan 4-3 terus mengutip mata sebelum mengesahkan kemenangan.
"Terdahulu, saya bergelut dengan servis saya. Break pada servis pertama dan seterusnya itulah yang terjadi. Perkara itu seakan mempengaruhi sedikit permainan selepas itu," kata Federer.
"Tetapi keseluruhannya adalah sukar, dia bermain sangat baik. Saya pula mungkin bergelut terutama sekali ketika serangan. Saya tak rasa saya bermain teruk tetapi kadang kala kita tak boleh mengharapkan servis itu dapat melakukan segala-galanya."
Federer bermula buruk apabila terlepas servis permulaan dan apabila dia menyempurnakan mata break ketiga untuk menyamakan kedudukan, Rublev mengulangi teknik untuk mendahului 3-1.
Federer cuba bertahan dengan servis tetapi tidak mampu menyaingi kekuatan Rublev dan pemain dari Russia itu menamatkan set pertama dalam tempoh 29 minit.
Sedar dia perlu kembali ke tahap sebenar, Federer tampak lebih tajam ketika servis di permulaan set kedua walaupun dia gagal menggunakan kesempatan ke atas lawannya.
Pemain nombor 70 dunia, Rublev, menggunakan peluang itu sepenuhnya untuk kembali meletakkan diri di depan menerusi mata 4-3.
Federer cuba mengheret lawannya ke set seterusnya tetapi Rublev tidak memberikan ruang untuk membolehkan lawannya meraih sebarang peluang apabila mengesahkan kemenangan 6-3, 6-4 sebelum menitiskan air mata kegembiraan di atas gelanggang.
Ia adalah perasaan yang mengagumkan apabila bermain dengan seorang legenda seperti Federer. Sekurang-kurangnya 99 peratus penonton menyokongnya.
"Hari ini saya cuma lakukan yang terbaik. Saya beritahu diri sendiri saya perlu bermain setiap mata hingga ke akhirnya. Biar apa pun keadaan, saya terus berjuang," ujar Rublev.
Astro Arena
Fri Aug 16 2019
Andrey Rublev ketika beraksi menentang Roger Federer pada perlawanan di Mason, Ohio, 15 Ogos, 2019. (Foto AP)
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Nadal buka langkah kanan, mara ke separuh akhir
Dalam aksi yang berlangsung di stadium tertutup O2 Arena, London, Nadal berjaya mengalahkan pemain Rusia, Andrey Rublev 6-3 6-4.
Terbuka AS: Kekalahan di Cincinnati bagai 'rahmat' buat Federer
Federer percaya penyingkiran awal itu sebelum Grand Slam terakhir tahun ini mungkin memberikannya tuah ketika dia menyasarkan kejuaraan pertama di Flushing Meadows sejak 11 tahun lalu.
Federer disingkirkan Rublev di Cincinnati
Rublev tampil cemerlang apabila dua kali mendahului juara tujuh kali Cincinnati itu dalam set pertama sehingga memastikan pemenang 20 grand slam itu gagal mendapatkan rentak permainan.