Tuntutan ganti rugi berjumlah EUR1.4 juta (RM6.73 juta) oleh kelab ViOn a.s terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana melanggar perjanjian dengan kelab yang berpangkalan di Slovakia itu dapat dikurangkan kepada EUR300,000 (RM1.44 juta).
Presiden FAM, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata jumlah ganti rugi itu dapat dikurangkan selepas rundingan oleh badan induk bola sepak negara dengan kelab itu.
"Ini salah satu berita baik. Selepas rundingan, mereka bersetuju untuk mengurangkan saman daripada EUR1.4 juta kepada EUR300,000.
"EUR300,000 itu dibayar secara berperingkat sebanyak tiga kali iaitu EUR100,000 (RM481,000) setiap pembayaran," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM kali keempat bagi penggal 2017-2021, di sini hari ini.
Beliau berkata pengurangan jumlah ganti rugi itu sudah pastinya dapat menjimatkan wang FAM.
Ganti rugi itu dituntut oleh ViOn a.s selepas FAM didakwa melanggar perjanjian berhubung latihan skuad Harimau Muda C di Slovakia pada tahun 2015.
Skuad itu dibimbing oleh Hassan Sazali Waras di mana sepatutnya skuad itu mengadakan latihan selama dua tahun dan dua tahun lagi sebagai pilihan di kelab berkenaan.
Namun, latihan tidak dapat diteruskan selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 24 Nov 2015 memutuskan program Harimau Muda dibubarkan sekali gus menyebabkan kelab itu tidak berpuas hati lalu menuntut ganti rugi.
Sementara itu, Tunku Ismail berkata FAM akan membida untuk menjadi tuan rumah pusingan akhir Kejohanan Bawah 23 Tahun (B-23) Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada Januari 2020.
Menurutnya, permohonan untuk membida itu akan dikemukakan minggu depan memandangkan tarikh tutup permohonan pada Mei ini.
Keputusan untuk membida ini dicapai pada mesyuarat hari ini, kata Tunku Ismail.
Beliau berkata ada beberapa stadium sudah bersedia bagi penganjuran terbabit manakala ada yang masih perlu ditambah baik.
"Bagi saya ini peluang yang baik untuk menambah baik fasiliti bola sepak di negara ini dan berharap mereka akan menjaga kemudahan ini dengan baik," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Fri Mar 09 2018
Tunku Ismail menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM Ke-4 di sebuah hotel di Iskandar Puteri hari ini, 9 Mac, 2018. --fotoBERNAMA
Sistem GPS bawah laut dibangunkan untuk penyelam skuba
Sehingga lima individu boleh menggunakan DNS serentak untuk setiap pelampung.
UPKK 2023: 28,531 calon peroleh keputusan 8A
Sebanyak 88 peratus calon lulus keseluruhan, manakala pencapaian Gred Purata Skor UPKK secara keseluruhan pula ialah 1.89 mata.
WHO perbaharui gesaan untuk lindungi hospital Gaza
Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Ghebreyesus, memperbaharui gesaan agar memberikan perlindungan kepada semua hospital di Semenanjung Gaza.
Penumpang harap banjir cepat pulih, hanya mahu pulang
Penumpang yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, UAE mengharapkan cuaca lebih baik, banjir pulih supaya merekatidak lagi terkandas tetapi dapat menaiki pesawat dan pulang ke kampung halaman.
Ribut kencang, banjir besar badai Asia Barat
Hujan lebat yang melanda Asia Barat sejak dua hari lalu melumpuhkan bandar kewangan Dubai, menyebabkan banjir kilat di Emiriah Arab Bersatu (UAE) serta Bahrain dan mengorbankan lebih 18 nyawa di Oman.
Satu lagi konsert, Harimau Malaya pertimbang tukar venue
FAM tidak menolak akan mengetepikan Rumah Harimau Malaya, Stadium Nasional Bukit Jalil, jika gelanggang itu masih lagi terjejas untuk baki kempen kelayakan Piala Dunia 2026.
Misi Flotila ke Gaza bermula hari ini
Seramai 20 aktivis Malaysia akan menyertai Misi Flotila ke Gaza yang dijangka berlepas pada Ahad ini di mana misi ini akan bermula di Istanbul Turki pada Khamis sebagai persediaan akhir dan dijangka berlepas ke Gaza nanti.
AWANI Ringkas: Susulan letusan Gunung Berapi Ruang di Indonesia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Reformasi ekonomi: Bukan sekadar umum, rakyat perlukan penjelasan - Pakar Ekonomi
Komunikasi yang berkesan dan efektif perlu dilakukan kerajaan seiring reformasi ekonomi yang sedang dilaksanakan ketika ini. Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, pelbagai platform dan kaedah penerangan perlu dilakukan lantaran tahap kefahaman rakyat terhadap sesuatu isu adalah berbeza.
Dana Pembangkang: Kerajaan mula langkah ke arah politik matang - Pakar
Kesediaan Kerajaan Perpaduan untuk membincangkan peruntukkan kepada ahli parlimen pembangkang seharusnya membuka lembaran baharu politik matang dalam negara.
Malaysia kekal dalam Kumpulan J kelayakan Piala Asia B-23 2022
Undian semula itu bagi mengekalkan keseimbangan bilangan pasukan di semua kumpulan selepas Korea Utara menarik diri daripada pertandingan.
Pengadil kebangsaan dicabar bukti kewibawaan
Subkhiddin Mohd Salleh menggalakkan setiap pengadil kebangsaan membuat persediaan rapi dari segi mental dan fizikal.
FAM setuju lanjut tempoh penswastaan kelab kepada KFA
Ia susulan negeri berkenaan masih terlibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran.
Perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 ditunda
FIFA dan AFC dalam satu kenyataan berkata, penundaan tarikh itu sebagai langkah pencegahan COVID-19 yang menular di seluruh dunia.
Harimau Malaya fokus baki perlawanan kelayakan Piala Dunia
Pembatalan Piala AFF Suzuki pada tahun ini akibat COVID-19, memudahkan Tan Cheng Hoe untuk merangka persiapan terbaik.
Lang Merah layak beraksi dalam saingan Piala AFC
Sebelum ini terdapat spekulasi bahawa pasukan Lang Merah tidak dapat beraksi kerana gagal kemukakan penyata kewangan beraudit kepada FAM.
Stadium moden bakal dibina bersama pejabat FAM di Putrajaya
Presiden FAM berkata ia selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan presint itu sebagai pusat sukan menerusi kewujudan Bandar Bola Sepak.
Piala AFC: Perlawanan Malaysia - Korea Utara ditunda
Penangguhan kali kedua dibuat selepas mempertimbangkan beberapa faktor terutamanya aspek keselamatan.
FAM cadang skuad Harimau Muda C beraksi di Sukan Sea 2017
Acara bola sepak di Sukan Sea 2017 Kuala Lumpur, kini kemungkinan akan dihadkan kepada bawah 21 tahun berbanding bawah 23 tahun dalam edisi temasya dwi tahunan itu sebelum ini.
FAM tunggu jawapan AFC berhubung isu visa pemain import Pahang - Hamidin
FAM masih menunggu keputusan AFC berhubung masalah visa tiga pemain import Pahang yang gagal memasuki Indonesia sebelum menghadapi pusingan kedua Piala AFC menentang Persipura Jayapura.