Petarung MMA negara, Ev 'E.T.' Ting kini berada dalam keadaan yang baik dan semangat yang cukup tinggi.
Ia susulan kemenangan ke atas petarung Jepun, Daichi Abe pada pertarungan terakhirnya ketika acara ONE: Masters of Destiny yang berlangsung pada 12 Julai lepas di Kuala Lumpur.
Ting berjaya mencatat kemenangan menerusi kuncian 'rear naked choke' pada pusingan kedua. Ia sekali gus melebarkan rekod tanpa kalah Ting di laman sendiri kepada 10-0.
Bercakap kepada ONE Championship, Ting menyatakan hasrat menentang juara dalam divisyen lightweight bagi pertarungannya selepas ini.
BACA: MMA: Ev Ting tewaskan Daichi Abe, lakar kemenangan untuk Malaysia
"Semua petarung inginkan Christian Lee, termasuklah saya", katanya.
"Jika Lee tidak boleh bertarung, saya inginkan pemenang bagi pertarungan (Eddie) Alvarez dan (Eduard) Folayang."
Pertarungan di antara Alvarez dan Folayang dijadualkan berlangsung pada 2 Ogos ini di Manila, Filipina.
Sebagai rekod, Ting pernah bertarung bagi pertarungan merebut kejuaraan pada April 2017. Dia mencabar Folayang yang merupakan juara lightweight ketika itu.
Namun keputusan tidak menyebelahinya apabila tewas di tangan Folayang menerusi keputusan sebulat suara juri.
Walaupun tewas, Ting akui dia telah banyak memperbaiki cara dan skil pertarungannya.
"Saya telah berlatih dengan beberapa jurulatih terbaik di dunia seperti Hamish, David dan Mike. Mereka semua telah membantu saya memperbaiki pergerakan saya," tegasnya.
Ting yang akan menyambut hari lahirnya yang ke-30 pada 11 Ogos ini, kini memegang rekod keseluruhan MMA 17-6.
Hilmi Ismail
Thu Jul 25 2019
Ting menyatakan hasrat menentang juara dalam divisyen lightweight bagi pertarungannya selepas ini. - Gambar fail/ONE
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Ev Ting mahukan Christian Lee, sasar kejuaraan dunia lightweight
Petarung MMA negara, Ev 'E.T.' Ting kini berada dalam keadaan yang baik dan semangat yang cukup tinggi.