EJEN Pep Guardiola percaya pengurus itu akan sentiasa mengikut kontrak walaupun wujud spekulasi mengenai masa depan pengendali Manchester City susulan hukuman Peraturan Kewangan Adil (FFP) UEFA.

Minggu lalu, City dikejutkan dengan penggantungan dua musim daripada saingan di Eropah selepas melanggar undang-undang FFP tatkala hukuman itu diberikan selepas siasatan mendapati juara Liga Perdana Inggeris itu bersalah dalam menyatakan tajaan keuntungan dalam akaun yang dihantar kepada UEFA di antara 2012 dan 2016.

City menafikan kesalahan itu dan bercadang untuk membuat rayuan, termasuk denda EUR30 juta (RM134 juta) tetapi penggantungan itu menimbulkan persoalan mengenai masa depan pemain dan pengurus pasukan.

Berdepan hukuman UEFA, Guardiola menegaskan dia mahu menamatkan kontraknya bersama City dan akan kekal di Manchester sehingga 2021 sambil ejennya, Josep Maria Orobitg, mendakwa tiada apa yang berubah.

"Guardiola sentiasa memenuhi kontraknya," katanya.

"Kontraknya bersama City sehingga Jun 2021."

Guardiola meninggalkan Barcelona untuk menamatkan kontraknya pada 2012 selepas mengharungi empat musim bersama kelab yang diwakili ketika kecil.

Dia kemudian mengendalikan Bayern Munich selama tiga tahun sebelum meninggalkan kelab Bundesliga itu susulan kontrak tamat.

Dia dilantik pengurus City pada 2018 dan diberikan tawaran baru, tidak lama selepas mengungguli Liga Perdana Inggeris dengan catatan rekod 100 mata.