Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad malam ini diberi penghormatan untuk merasmikan lampu limpah yang ekstensif menerangi keseluruhan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini.
Dr Mahathir merupakan penggerak industri pembangunan sukan permotoran negara apabila beliau melancarkan litar canggih itu ketika menjadi perdana menteri pada 1999.
"Ia satu penghormatan yang hebat untuk melancarkan komponen tambahan yang penting kepada fasiliti di Litar SIC," katanya.
Sementara itu, Pengerusi SIC, Tan Sri Mohamed Azman Yahya berkata SIC telah mengambil inisiatif untuk memasang lampu limpah di litar sepanjang 5.543 kilometer berikutan tempahan tinggi bagi penggunaan kemudahan tersebut.
Menurutnya, kemudahan terbaru itu akan membolehkan SIC menjual lebih banyak masa trek terutama pada hujung minggu serta pelumbaan waktu malam yang semakin popular dalam kalangan peminat dan penganjur sukan permotoran.
"Kami merasakan bahawa satu-satunya peluang untuk meningkatkan tempahan adalah menerusi pembukaan trek di waktu malam... jadi kami memutuskan untuk melakukannya dengan memasang lampu limpah di sepanjang trek," katanya.
Beliau berkata kemudahan pencahayaan litar itu dapat dilaksanakan dengan menggunakan kepakaran mereka yang terlibat dalam projek seumpama ini di Litar Yas Marina di Abu Dhabi, Litar Antarabangsa Losali di Qatar, Litar Jukasa Motor Speedway di Kanada dan Litar Antarabangsa Bahrain.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 01 2018
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memandu sendiri kereta Ferrari di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) selepas menyempurnakan perasmian lampu limpah SIC malam ini. - Foto Bernama
PM ucap selamat raikan Good Friday, Easter Sunday kepada penganut Kristian
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut hari Good Friday dan Easter Sunday kepada seluruh penganut Kristian.
Singapura rampas 1.5 tan produk segar dan makanan proses dari Malaysia
Kira-kira 1.5 tan produk segar dan makanan diproses yang diimport secara haram dari Malaysia dirampas Agensi Makanan Singapura (SFA).
AWANI Ringkas: Jumlah hari tol percuma kekal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kemarau: KADA anggar 40,000 tan metrik hasil padi terjejas
Kawasan tersebut sangat kering, mengakibatkan tanah merekah dan tanaman rosak teruk.
Pemuda Dong warisi perniagaan buah kabung
Proses mendapatkan buah yang turut dikenali sebagai buah nau dalam kalangan masyarakat utara itu rumit dan memerlukan kesabaran tinggi.
[KOLUMNIS] Malaysia perlu bijak tangani isu diplomatik, jangan biarkan dibuli negara besar
Sekiranya Malaysia hendak mengekalkan status sebagai sebuah negara berkecuali di samping menjaga kepentingan ekonomi negara, kepimpinan negara perlu untuk mempertahankan kedaulatan negara.
Ada keperluan pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN
Terdapat keperluan untuk PDRM melakukan pindaan terhadap Seksyen 21 Akta Polis 1967, yang berkaitan dengan tugasan mengiring di jalan raya.
Kegiatan haram di KL: Lebih daripada seorang pegawai kanan polis dipercayai terlibat - Azam Baki
Lebih daripada seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia dipercayai terlibat dalam aktiviti melindungi kegiatan haram di ibu negara, tegas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.
Tular titah lama Sultan Nazrin di luar konteks, Pejabat Dewan Negara Perak buat laporan polis
Pejabat Dewan Negara Perak membuat laporan polis berhubung penularan kenyataan berunsur perkauman yang memetik titah diraja Sultan Perak, Sultan Nazrin Shahdalam konteks yang salah.
Bubur pedas, juadah tradisi meriahkan Ramadan di Sarawak
Setiap kali Ramadan, juadah bubur lambuk pasti menjadi 'fenomena' di Semenanjung, sejak sekian lama.
Habuan lumayan buat pemain 'bintang' di Arab Saudi
Habuan itu diberikan oleh kelab-kelab ternama sebagai tanda terima kasih kepada para pemain 'kesayangan' mereka.
Ferrari lancar EV pertama hujung 2025
Ferrari SpA sedang merancang untuk memperkenalkan model kenderaan elektrik penuh (EV) pertamanya di seluruh dunia menjelang akhir 2025.
Carlos Sainz Ferrari muncul juara Grand Prix F1 Singapura
Carlos Sainz melakar kemenangan untuk Ferrari dalam Grand Prix Formula 1 Singapura 2023.
F1: Nafi bakal sertai Ferrari, Hamilton jangka bakal perbaharui kontrak bersama Mercedes
Dilaporkan Ferrari sedang menyediakan bidaan untuk mendapatkan Hamilton dalam perpindahan blockbuster.
F1: Mana mungkin Hamilton sertai Ferrari - Ecclestone
Masa depan Hamilton dalam sukan itu masih dalam penelitian dengan enam bulan untuk menjalankan perjanjian GBP40 juta setahun di Mercedes.
Charles Leclerc sayangkan Ferrari, nafi ganti Lewis Hamilton di Mercedes
Pemandu Monegasque itu masih memburu podium pertama musim 2023 selepas membuat permulaan yang hambar.
F1: Leclerc rayu peminat berhenti datang ke rumahnya
Pemandu F1 pasukan Ferrari itu tidak tahu bagaimana alamat rumahnya di Monaco boleh diketahui umum.
Naza tamatkan perkongsian dengan Ferrari
Naza menamatkan perkongsiannya dengan Ferrari SpA berikutan harapan pengeluar kereta mewah Itali itu yang tidak selari dengan strategi Naza.
Ferrari lantik Vasseur sebagai ketua pasukan F1
Ferrari melantik bekas ketua Alfa Romeo Frederic Vasseur sebagai ketua pasukan Formula Satu (F1) baharunya, menggantikan Mattia Binotto, kata pasukan Itali itu.
Bekas juara F1 Patrick Tambay meninggal dunia
Tambay memenangi dua perlumbaan bersama Ferrari, selain menduduki tempat keempat dalam kejohanan dunia 1983.