Peserta remaja Britain, Donovan "F2Tekkz" Hunt, berjaya menjuarai kejohanan Piala Juara-Juara FIFA Ultimate Team (FUT) yang diadakan pada Ahad lalu di Singapura, seterusnya mencipta nama sebagai pemain FIFA terbaik di dunia.

Setakat ini, anak muda berusia 17 tahun itu telah memenangi tiga daripada lima Piala Juara-Juara FUT musim ini.

Dia berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM204,000 ($50,000) dan 1,500 mata ganjaran dalam Siri Global EA SPORTS FIFA 2019.

Sebagai tambahan kepada tiga kemenangan Piala Juara-Juara FUT musim ini, remaja itu juga telah menggondol trofi Piala Dunia FIFA eClub pada Februari 2019 dan Piala PGF FIFA 19 pada Disember 2018.

Kejohanan di Singapura itu adalah yang kelima daripada enam Piala Juara-Juara peringkat teratas dalam Siri Global FIFA 19 yang membawa kepada Piala Dunia FIFA yang berlangsung pada musim panas ini.

Acara itu diadakan dengan kerjasama PGL dan rangkaian EGG.