KETUA jurulatih Chelsea, Antonio Conte memuji pengaruh yang dipamerkan oleh John Terry serta menegaskan pertahanan tersebut merupakan tulang belangkan kejayaan Chelsea musim ini.

Terry jarang diturunkan beraksi pada musim ini, ketika meraih kemenangan 4-3 ke atas Watford, ia merupakan perlawanan kelapan Liga Perdana Inggeris (EPL) bagi saingan musim 2016-17 tetapi Conte mengakui pemain berusia 36 tahun itu banyak membantu pasukan di luar padang.

"Saya tidak sabar menyaksikan Terry menjulang takhta liga selepas perlawanan berdepan Sunderland pada Ahad dan saya percaya ia merupakan perkara yang mahu dilihat oleh semua pemain. Ini merupakan pengakhiran terbaik buat Terry," kata Conte.

"Terry banyak membantu saya dalam musim pertama ini, di dalam dan luar padang. Dia sentiasa menyampaikan mesej yang betul kepada pemain-pemain musim ini.

Terry telah mendedahkan selepas tamat perlawanan berdepan Watford, dia mungkin menamatkan kariernya pada penghujung musim ini, tetapi Conte berasakan pertahanan itu masih mampu beraksi.

"Tidak, dia tidak seharusnya bersara," kata Conte.

"Saya mengucapkan yang terbaik buat dia dan keluarganya.

"Chelsea sentiasa menjadi tempat untuk Terry kembali, dia adalah seorang pemain yang terbaik, seorang legenda Chelsea."

Terry membuka jaringan pada minit ke-22 sebelum Etienne Capoue menyamakan kedudukan dua minit kemudian.

Cesar Azpilicueta memastikan Chelsea menamatkan separuh masa kedua dengan keputusan 2-1.

Bersambung di babak kedua, Watford menggandakan usaha mereka dengan dua jaringan oleh Daryl Janmaat dan Stefano Okaka sebelum Mitchy Batshuayi dan Cesc Fabregas memastikan The Blues meraih kemenangan.

Chelsea akan berdepan Sunderland pada aksi terakhir musim ini.