KETUA jurulatih Chelsea, Antonio Conte, mengakui mahu mendapatkan Virgil Van Dijk sebelum pemain Belanda itu muncul pertahanan termahal dunia apabila berhijrah ke Liverpool.
Van Dijk berpindah ke Anfield dengan yuran perpindahan GBP75 juta (RM407 juta) bulan lalu dan pantas memberikan impak apabila menanduk gol kemenangan buat The Kop dalam aksi pertamanya ketika bertemu Everton dalam saingan Piala FA.
Conte menyifatkan pertahanan itu sebagai pemain yang "amat bagus" dan walaupun hanya Manchester City yang mencatat rekod pertahanan paling bagus dalam saingan liga berbanding Chelsea dengan 16 gol, pengurus dari Itali itu tetap berhasrat mendapatkan khidmat Van Dijk.
"Ini adalah bola sepak dan inilah kehidupan. Dia semestinya sasaran kami tetapi anda perlu tahu, inilah bola sepak.
"Kami memiliki banyak nama sebagai sasaran tetapi anda perlu berjaya mendapatkan mereka. Pasaran perpindahan bukan sesuatu yang mudah untuk mana-mana pasukan," kata Conte.
"Liverpool mendapatkan Van Dijk dan dalam masa sama melepaskan Philippe Coutinho. Kedua-duanya adalah pemain yang sangat hebat dan ia dilakukan untuk meningkatkan kualiti pasukan.
"Bagi saya, pasaran perpindahan bukan sesuatu yang mudah, terutama apabila melibatkan wang yang banyak," tambahnya.
Chelsea bakal bertemu Arsenal dalam aksi pertama separuh akhir Piala EFL, awal pagi esok dan Conte mengakui tumpuan pastinya terarah kepada dua pemain yang menimbulkan persoalan mengenai masa depan mereka, iaitu Alexis Sanchez dan Eden Hazard.
"Sudah tentu kita bercakap tentang seorang pemain (Sanchez) yang bagus dan penting. Saya rasa dia akan kekal bersama Arsenal sehingga akhir musim. Ini hanyalah pendapat saya.
"Hazard juga adalah pemain yang penting buat saya. Dia tampak gembira untuk kekal bersama kami."
Astro Arena
Wed Jan 10 2018
Van Dijk berpindah ke Anfield dengan yuran perpindahan GBP75 juta (RM407 juta) bulan lalu. - Gambar fail
Nahas helikopter Lumut: Joanna seorang penyayang, sentiasa dahulukan keluarga
Sedih dan muram namun reda, itu yang dapat dilihat pada wajah ahli keluarga mendiang Joanna Felicia Rohna sejurus mendapat perkhabaran duka tragedi pemergiannya pada pagi Selasa.
Meta tawarkan sistem operasi yang menguasakan Quest kepada pengeluar lain
Ini sekali gus menjadikan Horizon OS akan menerajui arena set realiti maya, lebih kurang seperti Android yang menguasakan telefon pintar.
Nahas helikopter Lumut: Sepupu suami pelakon Eyra Hazali turut terkorban
Pelakon Eyra Hazali memaklumkan salah seorang mangsa nahas helikopter melibatkan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berlaku di Lumut pagi tadi merupakan ahli keluarganya.
Penggunaan ‘wilayah’ bagi Sarawak bertepatan dengan MA63
Penggunaan wilayah bagi merujuk Sarawak menggantikan negeri adalah bertepatan kerana di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) Sarawak diiktiraf sebagai wilayah dan bukannya negeri.
Nahas helikopter Lumut: Salah seorang mangsa anak jati Bukit Kepong
Komander Muhamad Amir Mohamad, Pegawai Memerintah Skuadron 502 TLDM yang berpangkalan di Lumut merupakan anak jati Bukit Kepong.
Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual
Sejumlah 2,300 kilogram (kg) jongkong emas bernilai RM585 juta telah dijual hasil perlombongan emas di Bukit Mantri, Tawau yang mula beroperasi pada 2018.
RM651 juta pampasan dibayar kepada pemilik tanah
Sebanyak RM651 juta jumlah pampasan telah dibayar kepada 1,591 pemilik tanah dan struktur yang terlibat dalam pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah.
Jabatan Perhutanan Sabah kutip hasil RM155.32 juta pada 2023
Jabatan Perhutanan Sabah berjaya mengutip hasil sebanyak RM155.32 juta pada 2023, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu pada Selasa.
Nahas helikopter Lumut: 'Tak sangka Farah dalam helikopter terhempas'
Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy adalah antara mangsa terkorban dalam nahas pesawat di Pangkalan TLDM Lumut pada Selasa.
Australia mahu perkukuh hubungan dengan Sabah
Australia berminat untuk mengukuhkan hubungan sedia ada dengan Sabah, selain melihat kepada peluang perdagangan baharu.
Liverpool tumbang lagi, Crystal Palace terbang tinggi di Anfield
Pada Ahad, gol minit ke-14 Eberechi Eze menyaksikan Liverpool sekali lagi direbahkan The Eagles asuhan Oliver Glasner di Anfield.
Ramadan: Laungan azan bergema di Anfield
Majlis berbuka puasa Share Ramadan anjuran pasukan Liverpool FC menerima kunjungan hampir 2,800 komuniti muslim yang menduduki bumi Anfield.
Salah lebar rekod jaringan di Anfield
Bintang Liverpool itu meledak dua gol ketika kemenangan 3-0 ke atas Brentford.
EPL: Gol Van Dijk, Salah buka peluang Liverpool rebut kelompok empat teratas
Kemenangan itu juga menyaksikan Liverpool kini melonjak ke tangga keenam EPL dalam pemburuan mereka untuk mendapatkan penamat empat teratas.
Jiwa Salah masih Liverpool
Salah bakal menjadi ejen bebas pada hujung musim depan jika dia tidak menyambung kontraknya.
Zidane tabik kekentalan Los Blancos di Anfield
Pemain-pemain Real Madrid berdepan tekanan cukup hebat Liverpool yang tampil dengan misi keajaiban pada perlawanan tersebut.
UCL: Zidane akui Real mahu lebih daripada separuh akhir
Real layak ke separuh akhir buat pertama kali sejak 2018 selepas seri tanpa jaringan di tempat lawan dengan Liverpool bagi memastikan kemenangan 3-1 secara agregat.
Masa untuk tinggalkan Liverpool? Kita lihat apa akan berlaku - Salah
Salah memiliki kontrak bersama Liverpool sehingga 2023, tetapi masa depannya menjadi topik perbualan dan enggan menolak prospek menyertai Real atau Barca.
Chelsea tewaskan Liverpool di Anfield, rekod terburuk The Reds
Ia merupakan kali pertama Liverpool yang juga penyandang juara tewas lima aksi berturut-turut di gelanggang sendiri.
EPL: Everton tewaskan Liverpool, kemenangan pertama di Anfield sejak 1999
Richarlison meletakkan Everton di depan hanya selepas tiga minit permainan bermula.