Anda peminat Liga Perdana Inggeris?

Ini peluang anda untuk menonton kelincahan Mohamed Salah, Harry Maguire dan Aubameyang di stadium Anfield, Old Trafford dan Emirates di United Kingdom!

Jika selama ini peminat Liga Perdana Inggeris di Malaysia hanya berpeluang menyaksikan perlawanan pasukan kegemaran secara langsung di rumah anda, kini anda boleh merebut peluang untuk merasai kehangatan perlawanan kegemaran anda dengan menyertai kempen anjuran Coca-Cola Malaysia dan Astro.

Kempen 'Kickstart Your Football Dreams' bakal memberi peluang kepada enam peminat bola sepak untuk terbang ke United Kingdom bagi menyaksikan pasukan kegemaran mereka berentap.

Menurut Pengarah Komunikasi Pemasaran Bersepadu Coca-Cola Singapura-Malaysia, Lim Kean Yew, Liga Perdana Inggeris mempunyai peminat yang ramai terutamanya dalam kalangan golongan muda.

“Kempen seperti ini dilakukan untuk kami mengetengahkan peminat bola sepak terutamanya dari golongan muda Malaysia, dapat menyatukan rakyat dan melakar pengalaman berharga dengan menyaksikan perlawanan secara langsung di stadium (United Kingdom),” katanya.

Menerusi kempen ini, Astro dan Coca-Cola Malaysia turut memberikan sebanyak 5,000 pas percuma Astro Sports Pack selama sebulan kepada peserta bertuah yang mengambil bahagian dalam peraduan yang sudah bermula sejak awal Ogos sehingga Oktober depan.

Ketua Perniagaan Sukan Astro, Lee Choong Khay berkata pihaknya teruja menjadi rakan kongsi Coca-Cola bagi musim Liga Perdana Inggeris ini.

“Selain membawakan liputan secara langsung, semua perlawanan turut dapat dinikmati oleh menerusi hab Liga Perdana Inggeris yang baharu di kotak set mereka. Astro GO turut memberi peluang kepada peminat bola sepak untuk menonton kandungan eksklusif seperti perlawanan utama, susunan pemain dan gol mingguan," katanya.

Astro juga bakal bekerjasama dengan Coca-Cola Malaysia bagi menyediakan notifikasi berkaitan perlawanan secara langsung dengan maklumat terbaharu mengenai Liga Perdana melalui platform media sosial Stadium Astro.

Pelbagai tawaran yang disediakan bagi menambahkan lagi kehangatan musim Liga Perdana Inggeris yang bakal menjelang Sabtu ini.

Sebanyak 30,000 barangan edisi terhad boleh dimenangi dan para peminat juga akan berpeluang untuk berjumpa dengan pemain legenda dari Liga Perdana Inggeris. Ingatlah untuk menyegarkan semangat bola sepak anda bersama Coca-Cola!

Untuk maklumat lebih lanjut tentang cara penyertaan dan hadiah yang menanti anda, sila layari laman web rasmi Coca-Cola Malaysia.