Di sebalik peningkatan prestasi pemain muda negara, jaguh perseorangan Datuk Lee Chong Wei tetap berkeyakinan dapat bersaing untuk merebut slot ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.
Mengakui berdepan persaingan sengit, khususnya daripada Lee Zii Jia dan pemain profesional Liew Daren yang masing-masing beranking ke-28 dan -29 dunia, Chong Wei yang kini di tangga ke-30, berkata peluangnya tetap ada untuk membaiki kedudukan.
"Jangan kata saya tidak layak (ke Sukan Olimpik). Sasaran saya adalah mahu beraksi di Sukan Olimpik buat kali kelima.
"Apa saja boleh berlaku," kata pemenang pingat perak Sukan Olimpik sebanyak tiga kali itu kepada pemberita selepas menjalani latihan di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, di sini pada Isnin.
Beliau memberi contoh kejayaan dua beregu negara pada temasya Sukan Olimpik Rio 2016, Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang membuat kejutan apabila meraih pingat perak.
"Ketika itu kontinjen dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hanya sasar satu pingat sahaja iaitu saya. Jadi jangan berputus asa. Dalam kejohanan besar, banyak pemain membuat kejutan," katanya.
Pemain berusia 37 tahun itu turut memohon kepada semua pihak agar memberikan sokongan moral kepada pemain negara berbanding membebankan mereka dengan tekanan yang tidak perlu.
Dalam pada itu Chong Wei mengesahkan beliau akan membuat kemunculan semula pada saingan Terbuka Malaysia, April depan selepas berehat panjang susulan kanser hidung yang dihidapinya.
Mengenai perkembangan latihannya, Chong Wei berkata fokusnya ketika ini ialah meningkatkan semula kecergasan otot serta ketahanan fizikalnya.
"Tahun ini sangat penting untuk semua pemain kerana tumpuan adalah layak ke Sukan Olimpik. Jika tiada peningkatan dalam setiap kejohanan tahun ini, peluang untuk perbaiki ranking semakin sukar jadi pemain perlu tunggu empat tahun lagi untuk ke Olimpik.
"Jurulatih telah menerangkan mengenai kejohanan apa yang akan disertai pemain. Bermula Mei ini adalah paling penting untuk pemain mengumpul mata ke Sukan Olimpik. Pemain tidak boleh ambil mudah dalam apa jua kejohanan. Saya percaya beraksi ke Sukan Olimpik adalah impian semua pemain," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 11 2019
CHONG WEI: Apa saja boleh berlaku.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 26 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Kem badminton perlu main peranan masing-masing untuk julang Piala Thomas
Semangat kerjasama ditunjukkan kem badminton ketika itu merupakan kunci kejayaan utama Malaysia berhasil menjulang piala itu, 32 tahun lepas.
Piala Thomas: Ganjaran BAM bakar semangat pemain - Wooi Yik
Wooi Yik berkata kejayaan itu hanya mampu dicapai sekiranya mereka sepakat untuk mempamerkan 'magis' bersama rakan-rakan lain dalam kejohanan berpasukan.
Badminton Masters Malaysia: Lee Zii Jia pilihan ke-8 kejohanan
Lee Zii Jia bakal menjadi pemain pilihan kelapan kejohanan Badminton Masters Malaysia dalam kategori perseorangan lelaki.
Lima pasukan jadi pilihan julang Piala Uber 2024
Koea Selatan boleh menjangkakan saingan sengit daripada kuasa besar seperti China, Jepun serta pasukan baru dalam saingan Piala Uber.
Bekas pemain nombor satu dunia, Kento Momota umum bersara
Juara dunia dua kali Kento Momota berkata dia akan bersara daripada badminton antarabangsa ketika usianya kini 29 tahun.
Rashid tak pernah terbayang Malaysia lalui kemarau panjang menang Piala Thomas
Tidak pernah terdetik dalam hati Datuk Rashid Sidek bahawa Malaysia akan melalui kemarau panjang untuk memenangi semula Piala Thomas.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Pearly-Thinaah cari formula terbaik harungi Sukan Olimpik 2024
Pearly Tan-M Thinaah fokus mencari formula terbaik dalam usaha menampilkan persembahan luar biasa pada Olimpik Paris 2024.
Piala Uber: Tiada istilah mengalah buat Mei Xing
Pemain itu bagaimanapun mengakui sedikit terbeban dengan ketiadaan pasangan utama negara Pearly Tan-M Thinaah dalam kejohanan berkenaan.
Zii Jia bakal terima bayaran 'hak imej' untuk Piala Thomas
Team LZJ dalam satu kenyataan mengesahkan perkara itu dengan menyatakan hak imej adalah aspek penting bagi seorang atlet profesional.