Jaguh perseorangan Malaysia, Datuk Lee Chong Wei memberi bayangan pemain remaja negara, Lee Zii Jia, Cheam June Wei dan Tan Jia Wei, bakal menjadi penggantinya apabila beliau bersara daripada arena badminton antarabangsa.
Pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 36 tahun itu, berkata beliau gembira menyaksikan beberapa pemain remaja negara menunjukkan peningkatan dalam permainan dan berjaya memenuhi harapan yang disandarkan kepada mereka terutamanya Zii Jia, June Wei dan Jia Wei.
"Kita perlu mengasah pemain muda ini, menggalakkan mereka berusaha keras untuk mencapai matlamat dan saya gembira melihat mereka berjaya meningkatkan permainan masing-masing dalam beberapa tahun kebelakangan ini," katanya kepada pemberita selepas menerima insentif tunai daripada kerajaan Pulau Pinang di sini hari ini.
Beliau juga berharap kesemua pemain muda negara terus berusaha keras dan memperbaiki ranking dunia masing-masing bagi membolehkan mereka beraksi pada lebih banyak kejohanan Terbuka.
Pemain ranking ketujuh dunia itu juga menggesa rakan sepasukan dalam skuad negara supaya melupakan kekecewaan apabila tumpas 1-3 kepada Indonesia di peringkat suku akhir Piala Thomas, dan membuat persediaan rapi bagi menghadapi kejohanan besar seterusnya.
"Kita harus menerima kekalahan pada Piala Thomas dan bangkit bertenaga bagi menghadapi kejohanan akan datang," katanya.
Pada saingan Piala Thomas di Bangkok minggu lepas, Chong Wei masih menjadi sandaran skuad negara apabila beliau memenangi kesemua perlawanan dalam aksi peringkat Kumpulan D menentang Rusia dan Denmark, dan ketika berdepan Indonesia di peringkat suku akhir.
Chong Wei, bagaimanapun memberi bayangan beliau akan bersara selepas Sukan Asia di Jakarta, Indonesia, dari 19 hingga 28 Ogos depan.
Katanya, selepas ini beliau akan beraksi pada Terbuka Malaysia dari 26 Jun-1 Julai di Axiata Arena, Bukit Jalil; diikuti Terbuka Indonesia dari 3-8 Julai; Kejohanan Dunia di Nanjing, China dari 30 Julai-5 Ogos; dan Sukan Asia di Jakarta, Indonesia dari 19-28 Ogos.
"Saya akan berusaha menampilkan aksi terbaik pada Sukan Asia di Jakarta yang merupakan Sukan Asia terakhir bagi saya sebelum bersara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 31 2018
Chong Wei berkata berkata beliau gembira menyaksikan beberapa pemain remaja negara menunjukkan peningkatan dalam permainan dan berjaya memenuhi harapan yang disandarkan kepada mereka.- Gambar fail
Kerajaan Kelantan salur RM300,000 untuk jemaah haji
Bantuan disalurkan menerusi Tabung Haji untuk membantu melancarkan urusan jemaah bagi Musim Haji 1445H/2024M.
Kumpulan pertama 282 jemaah haji berlepas ke Tanah Suci
Kumpulan pertama 282 jemaah haji Malaysia berlepas ke Tanah Suci pada tengah malam tadi dengan penerbangan Malaysia Airlines.
Tiga remaja sesat di Gunung Keriang semasa cari batu kristal
Dua lagi pendaki menemui jalan keluar dan bergegas turun untuk meminta bantuan.
Faisal seorang yang ‘kebal’ - Ayah
Doa Abdul Halim buat anaknya tidak pernah putus selain berterima kasih kepada semua pihak yang turut prihatin dengan apa yang menimpa Faisal.
Lelaki OKU maut, ibu cedera dalam kejadian samun di rumah
Mangsa yang juga OKU bisu ditemui maut dalam keadaan mulutnya ditampal pita pelekat manakala ibunya yang berusia 70 tahun luka pada jari kanan.
103 projek bekalan air Pahang libatkan kos RM121.2 juta telah disiapkan
Sebanyak 103 projek pembangunan bekalan air Pahang membabitkan kos sebanyak RM121.2 juta telah disiapkan setakat ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Inndeks Harga Pengeluar Perkhidmatan naik 1.0 peratus pada suku pertama
IHPRP mencatatkan 115.8 mata pada suku pertama 2024 (S1 2024), meningkat satu peratus, yang sama seperti suku keempat 2023 (S4 2023), kata DOSM.
Perancang kewangan perlu lapor kegiatan meragukan kepada pihak berkuasa
Perancang kewangan perlu memainkan peranan untuk melaporkan sebarang kegiatan mencurigakan yang menjurus kepada pengubahan wang haram kepada pihak berkuasa.
Negeri Sembilan arah PBT kenal pasti pokok risiko tumbang di tanah persendirian
Kesemua PBT di Negeri Sembilan diarah mengenal pasti semua pokok yang berbahaya dan berisiko tumbang terutama di kawasan tanah persendirian.
PKNP kenal pasti kawasan berpotensi dibangunkan sekitar ECRL
PKNP kenal pasti beberapa kawasan berpotensi dibangunkan di sekitar stesen ECRL yang sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi penduduk setempat dan negeri Pahang.
Piala Thomas: BAM akui Malaysia terlalu bergantung kepada pemain utama
Malaysia terlalu mengharapkan konsistensi prestasi Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei.
Badminton: China julang Piala Uber buat kali ke-16
China berjaya merangkul kejuaraan Piala Uber buat kali ke-16 apabila menewaskan juara tiga kali, Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir.
Separuh akhir Piala Thomas: Aaron-Wooi Yik bangkit ikat kedudukan buat negara
Malaysia bangkit daripada ketinggalan apabila mengikat China 1-1 dalam separuh akhir Piala Thomas di Chengdu ketika ini.
Piala Uber: Indonesia kejutkan Korea Selatan untuk ke final pertama sejak 2008
Indonesia mengejutkan juara bertahan Korea Selatan pada aksi separuh akhir hari ini.
Separuh akhir Piala Thomas: Lee Zii Jia akur kehebatan Shi Yuqi
Lee Zii Jia, gagal membutirkan mata pertama negara apabila tewas secara set langsung kepada pemain nombor dua dunia dari China, Shi Yuqi.
Piala Thomas: Lee Chong Wei seru penyokong banjiri tayangan skrin besar
"Jom beri sokongan kepada pasukan Piala Thomas Malaysia petang ini di tempat masing-masing."
Piala Thomas: Misi skuad negara padam reputasi atas kertas
Jika dinilai daripada segi kedudukan ranking dan rekod pertemuan, pasukan negara tidak memiliki banyak kelebihan.
Badminton: Terima kasih, selamat bersara Kento Momota!
Fanatik badminton dunia akan terlepas aksi menarik dan lakaran emosi tersendiri ditampilkan oleh bekas pemain nombor satu dunia, Kento Momota.
Piala Uber: Tiada daya juang tinggi, Rexy kesal dengan pemain perseorangan wanita negara
Kem perseorangan wanita negara perlu memiliki semangat juang tinggi sekiranya mahu mencabar pemain lain dalam saingan antarabangsa selepas ini.
Kemunculan Momota di gelanggang pastinya dirindui - Pemain badminton dunia
Momota bakal bersara daripada arena sukan badminton antarabangsa selepas Piala Thomas 2024 yang sedang berlangsung di Chengdu.