Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei idam untuk menjuarai Kejuaraan Badminton Dunia di Glasgow, Scotland Ogos depan sebelum bersara.
Jaguh badminton negara itu berkata tahun 2017 merupakan tahun terakhir buatnya merealisasikan impian menjuarai kejohanan berkenaan yang belum pernah dimenanginya.
"Fokus saya pada tahun 2017 ini adalah untuk memenangi 'Kejuaraan Dunia' sebelum saya menggantung raket buat selamanya.
Semangat saya tidak pernah luntur dan itu menjadi kunci utama untuk saya mengejar impian tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Kejohanan SS Purple League yang menyaksikan Chong Wei beraksi di dalam kategori beregu campuran bergandingan bersama pemain China, Zhao Yunlei pada Sabtu.
Mewakili Petaling BC, pasangan berkenaan tidak menghampakan penonton yang hadir setelah mudah menewaskan pasukan Ampang Jaya BC yang diwakili Tan Wei Han/Terry Hee Yong dengan keputusan 11-6,11-8, 11-4.
Dalam pada itu, Chong Wei berkata beliau hanya akan menyertai beberapa kejohanan yang menjadi tumpuan sahaja pada tahun ini antaranya Terbuka England, Piala Sudirman dan Terbuka Malaysia.
"Terbuka Indonesia juga menjadi sasaran saya pada tahun ini kerana pada edisi sebelum ini amat susah untuk saya memenanginya.
Saya sudah menang enam kali dalam kejohanan itu dan Taufiq Hidayat juga memenangi enam. Sasaran saya untuk pecahkan rekod berkenaan," katanya.
Untuk rekod, Chong Wei sekadar menjadi tiga kali naib juara dalam Kejohanan Dunia iaitu pada tahun 2011 dan 2013, tewas di tangan Lin Dan dan terbaharu pada 2015, beliau tewas kepada Chen Long dari China.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 08 2017
Datuk Lee Chong Wei idam untuk menjuarai Kejuaraan Badminton Dunia di Glasgow, Scotland Ogos depan sebelum bersara. - Gambar fail
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
'Siakap dari Langkawi pun sanggup saya belikan' - Ucapan ulang tahun perkahwinan Chong Wei cuit hati peminat
Chong Wei ungkap ucapan istimewa buat isteri tercinta dalam sempena ulang tahun kesembilan mereka.
Hebat Chong Wei, memang luar biasa - PM Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei yang menyumbangkan pingat emas dalam final acara perseorangan lelaki pada Sukan Komanwel 2018 hari ini.
Sukan Komanwel 2018: Empat pingat emas dalam genggaman skuad badminton
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) masih menaruh harapan bahawa jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei akan memberi kilauan emas kepada kontinjen negara pada Sukan Komanwel 2018.
Lee Chong Wei nafi terlibat dalam video seks - laporan media
Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menafikan sekeras-kerasnya penglibatan beliau dalam sebuah video seks yang tular baru-baru ini.
Chong Wei jumpa Lin Dan di separuh akhir
Sebagai rekod, kedua-dua pemain ini telah bertemu 38 kali dengan yang terbaru di final Terbuka Malaysia awal bulan ini.
Chong Wei dinobatkan atlet terbaik SAM buat kali kedua
Jaguh badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei dinobatkan sebagai Atlet Terbaik Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) pada Majlis Anugerah SAM-100 PLUS 2016 di sini, hari ini.
Chong Wei sah beraksi di All England Mac ini
Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei tetap bersemangat dan meletakkan keazaman tinggi untuk memburu gelaran keempat pada Kejohanan All England di Birmingham, dari 7 hingga 12 Mac ini.
BAM tubuh projek khas bantu Chong Wei raih gelaran dunia
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini menubuhkan satu projek khas bagi membantu jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei menjuarai Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland, Ogos ini.
Chong Wei pilihan utama kejohanan All England
Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei diletakkan selaku pilihan utama pada Kejohanan All England yang akan berlangsung di Barclaycard Arena, Birmingham, England dari 7 hingga 12 Mac ini.
Morten tiada hak tentukan karier saya - Chong Wei
"(Morten) Frost tidak ada hak menentukan karier saya," tegas pemain utama negara, Datuk Lee Chong Wei.