ALVARO Morata memohon maaf terhadap reaksi berangnya kerana digantikan dalam kemenangan 2-1 Chelsea ke atas Burnley dalam Liga Perdana di Turf Moor, awal pagi tadi.
Morata dikeluarkan ketika perlawanan berbaki 19 minit untuk membuka peluang kepada Eden Hazard yang pada awalnya direhatkan bagi menghadapi Southampton dalam separuh akhir Piala FA di Wembley, Isnin ini.
Pengurus Blues, Antonio Conte, jarang menggandingkan Morata dengan Olivier Giroud di bahagian depan dan kedua-duanya memberi kesukaran kepada skuad Sean Dyche yang mencatat lima kemenangan berturut-turut sebelum ini.
Morata terlepas peluang ketika berdepan satu lawan satu dengan penjaga gol -- ulangan perlawanan menunjukkan Nick Pope mungkin berjaya menepis keluar -- dan ternyata arahan untuk keluar sangat mengecewakannya apabila dilihat menendang bangku, melempar kasut dan shinpad.
Dan selepas perlawanan, pemain antarabangsa Sepanyol itu menulis di Twitter menyatakan kekesalannya mengenai reaksi itu.
Dia menulis: "Tiga mata penting bagi kami. Cara terbaik untuk bersiap ke perlawanan Ahad ini adalah kemenangan hari ini.
"Saya mahu memohon maaf di atas reaksi saya apabila saya dihantar ke bangku simpanan. Apabila saya gagal, saya sangat marah dengan diri saya sendiri."
Conte, bagaimanapun, mengatakan bahawa dia memahami mengapa Morata -- yang hanya menjaringkan satu gol dalam Liga Perdana pada 2018 -- tersinggung.
"Morata mesti marah, kerana apabila kamu mempunyai peluang untuk menjaringkan gol, kamu perlu menyudahkannya dan ia dapat mengubah keyakinan kamu," katanya dalam sidang media selepas perlawanan itu.
"Dia marah dengan dirinya sendiri kerana terlepas peluang itu. Tetapi saya perlu melihat keseluruhan prestasinya dan tidak mungkin pada masa lalu kami boleh bermain dengan dua penyerang.
"Sekitar 70 minit saya fikir lebih baik menggunakan kekuatan segar dengan Hazard. Dia adalah pemain yang mempunyai karakter berbeza berbanding Morata. Saya gembira kerana persembahan mereka, mereka bermain dengan baik."
Astro Arena
Fri Apr 20 2018
Morata (kanan) memohon maaf di atas reaksinya apabila dihantar ke bangku simpanan, sementara Conte (kiri) berkata dia faham kenapa pemain itu tersinggung. Foto Astro ARENA
10 Berita Pilihan - (25 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando
AirAsia X menimbang kemungkinan untuk menawarkan penerbangan ke negara di Eropah Timur dan menyambung semula laluan ke London serta menggunakan hak pendaratannya di Orlando.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Richarlison kesal dituduh punca Antonio Conte tinggalkan Tottenham
Dua minggu lalu, Richarlison secara terbuka mempersoalkan mengenai minit permainannya yang terhad di sebalik prestasi buruk kelab itu.
EPL: Son Heung-min rasa bertanggungjawab dengan pemergian Conte
Conte meninggalkan Spurs hujung minggu lalu selepas seminggu yang penuh spekulasi mengenai masa depannya.
Antonio Conte-Tottenham setuju berpisah
Antonio Conte mengosongkan jawatannya di Tottenham atas persetujuan bersama, seminggu selepas mengkritik kelab dan barisan pemain.
Conte hanya bersikap jujur, dedah realiti sebenar Spurs - Ibrahimovic
Ibrahimovic mempertahankan jurulatih yang memenangi pelbagai gelaran itu kerana menyatakan fikirannya di khalayak ramai.
Conte undang pemecatan kepada dirinya sendiri
Pengerusi kelab, Daniel Levy sedang pertimbang pecat pengurus Tottenham Hotspurs itu susulan kelancangannya mengkritik pemainnya.
Tottenham perlu berbelanja demi ulangi keajaiban, kata Conte
Percubaan Spurs untuk menamatkan saingan di kedudukan empat teratas sekali lagi kian goyah.
Mustahil 12 bintang Piala Dunia Tottenham dapat cukup rehat - Conte
Spurs akan beraksi menentang Brentford pada Boxing Day, selang lapan hari selepas pemain mereka berjuang dalam final Piala Dunia.
Conte akur mustahil Son Heung-min kembali sebelum Piala Dunia Qatar
Susulan pembedahan akibat keretakan di sekitar mata kiri, Conte mengesahkan Son tidak akan mengambil bahagian dalam masa terdekat.
EPL: Conte bangga dengan cara Tottenham tewaskan Everton
Kecederaan yang dialami Richarlison menyaksikan Yves Bissouma dibawa masuk dan Spurs mengubah corak permainan mereka, membenam Everton.
'Tottenham, tolonglah kekal fokus'
Tottenham terus memperkukuh kedudukan dengan mengumpul tujuh mata selepas mengharungi empat perlawanan.