Lionel Messi ledak gol ke-100 dalam aksi Liga Juara-juara Eropah, untuk membantu pasukannya Barcelona tundukkan Chelsea 3-0.

Aksi di Nou Camp membolehkan Barcelona layak ke suku akhir piala berprestij itu, dengan bekal agregat 4-1.

Jaringan Barcelona dibuka Messi seawal minit ke-2, jaringan paling pantas dalam kariernya.

Barcelona layak ke suku akhir Liga Juara-juara Eropah selepas benam Chelsea dengan agregat 4-1 - Foto AP

Ini merupakan kali ke-11 berturut-turut Barcelona layak ke suku akhir Liga Juara-juara Eropah.

Sementara Chelsea, menyertai kelab Liga Perdana Inggeris lain, Manchester United dan Tottenham Hotspur, tersingkir awal di pusingan kalah mati.