Enam pemain baharu daripada sebuah kelab tempatan akan dibawa masuk ke dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak lama lagi.
Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata keenam-enam pemain berkenaan akan memperkuatkan kem beregu campuran dan beregu lelaki negara.
“Dalam tempoh seminggu atau dua minggu lagi kita akan buat pengumuman mengenai kemasukan enam pemain kelab itu.
“Buat masa ini, kita tidak dedahkan dahulu nama mereka kerana masih berbincang. Yang penting prestasi mereka amat baik ketika ini. Mereka akan diserapkan ke bahagian-bahagian yang relevan,” katanya.
Mohamad Norza turut menjelaskan bahawa keputusan untuk memasukkan enam pemain luar ke BAM itu dipersetujui jawatankuasa kejurulatihan dan latihan (CT).
Katanya, dalam kalangan enam pemain berkenaan ada yang pernah berada di bawah naungan BAM, namun enggan mendedahkan nama barisan pemain ekoran masih dalam proses perbincangan.
Sementara itu, Mohamad Norza berkata tiada perubahan berlaku dalam struktur kejurulatihan seperti yang dipersetujui dalam CT sebelum ini, selepas pengarah teknikal Morten Frost Hansen melepaskan jawatannya.
Katanya, beliau telah maklumkan kepada semua ketua jurulatih bahawa tempoh ‘bulan madu’ untuk skuad badminton negara telah tamat.
“Kami mengekalkan struktur sedia ada yang mana lima jurulatih akan melaporkan kepada CT. Jurulatih juga gembira dengan struktur sedia ada ini. Mereka perlu mengkaji dan memahami pemain dan pembantu mereka.
“Saya sudah beritahu mereka bahawa tempoh bulan madu sudah tamat dan jurulatih juga faham. Buat pertama kalinya ia permainan Malaysia. Saya yakin mereka akan membawa perubahan yang diperlukan tidak lama lagi,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 30 2017
MOHAMAD NORZA: Jurulatih juga gembira dengan struktur sedia ada ini; mereka perlu mengkaji dan memahami pemain dan pembantu mereka. - Gambar fail
AWANI 7:45 [24/04/2024] – Penghormatan terakhir | Anak MB direman | Didakwa tujuh pertuduhan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tradisi tentera laut iringi perjalanan terakhir wira negara
- Anak seorang Menteri Besar direman kes palsu dokumen lebih setengah juta
- Suspek kes tembak KLIA mengaku tak salah, cari peguam untuk perbicaraan
- Tekanan memuncak, sekali lagi pelayaran misi Flotila ke Gaza ditunda
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tradisi tentera laut iringi perjalanan terakhir wira negara
- Anak seorang Menteri Besar direman kes palsu dokumen lebih setengah juta
- Suspek kes tembak KLIA mengaku tak salah, cari peguam untuk perbicaraan
- Tekanan memuncak, sekali lagi pelayaran misi Flotila ke Gaza ditunda
#AWANInews
Basmi kemiskinan: Sabah tingkat akses peluang ekonomi penduduk luar bandar
Usaha itu bukan sahaja memberi tumpuan kepada lapan daerah yang mengalami miskin tegar tetapi juga ke seluruh daerah di Sabah.
Sindiket beli ganja 100kg seminggu dari Thailand tumpas
Sindiket itu membuat pesanan ganja yang diseludup masuk ke negara ini dari Thailand dengan menggunakan perkhidmatan kurier.
Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadualkan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 (Rabu) sekali lagi ditangguhkan ke 26 April 2024 (Jumaat).
Ringgit ditutup rendah susulan indeks dolar AS kukuh
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7765/7780 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7820 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh dua tahun
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 777 berbanding 327 manakala 480 kaunter tidak berubah, 780 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.
Umat Islam perlu celik digital untuk tunaikan umrah
Kerajaan Arab Sudi terus komited untuk mempermudahkan urusan umrah sekaligus dapat menggalakkan lebih ramau umat Islam mengerjakannya.
Justeru itu, proses adaptasi teknologi terkini diperlukan bagi membolehkan pengurusan di lapangan mahupun di peringkat pembuatan dasar dapat dijalankan dengan cekap.
Hilal Azmi berkongsi rangkuman hari kedua Forum Umrah dan Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah .
#ForumUmrahZiarah2024
Justeru itu, proses adaptasi teknologi terkini diperlukan bagi membolehkan pengurusan di lapangan mahupun di peringkat pembuatan dasar dapat dijalankan dengan cekap.
Hilal Azmi berkongsi rangkuman hari kedua Forum Umrah dan Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah .
#ForumUmrahZiarah2024
Kempen ‘We Care For Society’ diteruskan untuk tahun kelima
Sepanjang Ramadan Hada Labo meneruskan kempen amal “We Care For Society” untuk tahun kelima menyumbang kepada golongan yang memerlukan di Malaysia.
Kerajaan Perpaduan tidak pernah tahan wartawan, tutup media - Fahmi
Menurut Fahmi, sehingga kini mana-mana wartawan masih boleh menulis laporan termasuk memberikan kritikan terhadap kerajaan.
Pengebumian jenazah Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal
Umavathi Ramayah membawakan perkembangan terkini pengebumian Allahyarham Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Kuala Lumpur.
Kem badminton perlu main peranan masing-masing untuk julang Piala Thomas
Semangat kerjasama ditunjukkan kem badminton ketika itu merupakan kunci kejayaan utama Malaysia berhasil menjulang piala itu, 32 tahun lepas.
Piala Thomas: Ganjaran BAM bakar semangat pemain - Wooi Yik
Wooi Yik berkata kejayaan itu hanya mampu dicapai sekiranya mereka sepakat untuk mempamerkan 'magis' bersama rakan-rakan lain dalam kejohanan berpasukan.
Badminton Masters Malaysia: Lee Zii Jia pilihan ke-8 kejohanan
Lee Zii Jia bakal menjadi pemain pilihan kelapan kejohanan Badminton Masters Malaysia dalam kategori perseorangan lelaki.
Lima pasukan jadi pilihan julang Piala Uber 2024
Koea Selatan boleh menjangkakan saingan sengit daripada kuasa besar seperti China, Jepun serta pasukan baru dalam saingan Piala Uber.
Bekas pemain nombor satu dunia, Kento Momota umum bersara
Juara dunia dua kali Kento Momota berkata dia akan bersara daripada badminton antarabangsa ketika usianya kini 29 tahun.
Rashid tak pernah terbayang Malaysia lalui kemarau panjang menang Piala Thomas
Tidak pernah terdetik dalam hati Datuk Rashid Sidek bahawa Malaysia akan melalui kemarau panjang untuk memenangi semula Piala Thomas.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Pearly-Thinaah cari formula terbaik harungi Sukan Olimpik 2024
Pearly Tan-M Thinaah fokus mencari formula terbaik dalam usaha menampilkan persembahan luar biasa pada Olimpik Paris 2024.
Piala Uber: Tiada istilah mengalah buat Mei Xing
Pemain itu bagaimanapun mengakui sedikit terbeban dengan ketiadaan pasangan utama negara Pearly Tan-M Thinaah dalam kejohanan berkenaan.
Zii Jia bakal terima bayaran 'hak imej' untuk Piala Thomas
Team LZJ dalam satu kenyataan mengesahkan perkara itu dengan menyatakan hak imej adalah aspek penting bagi seorang atlet profesional.