Menerapkan unsur kemerdekaan dalam diri anak muda bukan satu perkara mudah memandangkan generasi kini sering dipengaruhi dengan budaya barat terutama bagi mereka yang dibesarkan di luar Malaysia.

Tidak ketinggalan jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang yang berusaha memupuk nilai-nilai ketimuran dalam diri anak-anaknya yang kini menetap di Melbourne, Australia.

Seiring dengan 62 tahun sambutan kemerdekaan yang bakal disambut tidak lama lagi, Azizulhasni turut berkongsi cerita pahit manis serta kesukaran memberi didikan dan memupuk semangat sayangkan Malaysia dalam diri dua puterinya.

Meskipun telah merantau di negara orang hampir 12 tahun atas tuntutan kerjaya namun pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio itu mengakui ia bukan penghalang buat dirinya dan isteri Athiah Ilyana Abd Samat untuk memastikan Amna Mariyam, 7, dan Amna Khadeeja, 4, tidak melupakan asal usul mereka yang berasal dari Malaysia.

"Saya di rumah memang akan sentiasa bercakap dalam Bahasa Malaysia dengan mereka sebab kami duduk di Australia sudah lama, anak-anak semua sekolah di sana. Jadi, kami suami isteri akan cuba untuk terapkan nilai-nilai Malaysia dalam diri mereka agar tidak lupa asal usul walaupun berada di perantauan.

"Saya juga selalu ajar mereka tentang geografi dan sejarah Malaysia, buat aktiviti mewarna bendera dan tampal di dinding rumah. Saya tunjuk iklan atau cerita berkisar tentang kemerdekaan untuk beri mereka lebih kefahaman walaupun mereka masih kecil," katanya kepada Bernama.


Saya pernah dijaga oleh keluarga Cina sewaktu kecil apabila ibu dan opah saya meniaga di kedai makan dulu


Azizulhasni sebelum ini mengikuti pengajian dalam bidang sains sukan di Victoria University di Melbourne dan beliau atlet bukan warganegara Australia pertama menerima Blue Award daripada universiti itu pada 2015.

Isterinya, Athiah Ilyana pula merupakan lulusan Deakin, Geelong University dalam bidang seni bina, merupakan suri rumah, menemani Azizulhasni yang berpangkalan di Melbourne sejak 2007.


Menceritakan detik paling bermakna buat dirinya selaku atlet kebangsaan, bekas juara dunia keirin itu berbangga apabila mampu menghadiahkan kejayaan meraih pingat emas acara pecut individu bersempena Hari Kebangsaan yang ke-61 di Sukan Asia, Jakarta-Palembang tahun lalu.

Beliau yang dikenali dengan gelaran 'The Pocket Rocketman' itu mengakui sukan menjadi medium terbaik dalam usaha menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Beliau sendiri gemar bergaul dengan rakan-rakan yang berlainan kaum dan agama, seperti kehidupan yang diamalkan di negara ini sejak sekian lamanya.

"Atlet kita terdiri daripada berbilang kaum dan agama, jadi saya memang suka duduk satu meja dengan mereka semua namun ada sesetengah atlet duduk mengikut kaum atau sukan tertentu, tapi saya tidak. Saya akan pergi ke meja atlet lain untuk mewujudkan suasana sukan yang lebih harmoni," katanya.

・・・ Well today is not just an ordinary day because I have got a chance to meet up with John White. John is an ex-British Marine who served his country and was sent to Afghanistan before his life changed 360 degree after he stepped onto a landmine. As you can see, John has lost both of his legs and his right arm. . The story of his journey of becoming a Marine and the experience in Afghanistan has really captured my interest but his story on how he tried to recover from the injuries and to make adjustment in his new life with the prosthetic legs and arm has made a big impact in my life. . Many of us wake up in the morning and still complaining a lot of things. “Why my job sucks” “Why i can’t afford luxury life” “Why i don’t have a bigger car” And the list goes on. . The annoyances of everyday life can easily overshadow the intention to count our blessings. Those optical illusions where we put our focus so much on the dark space resulted us hardly to see the light. It really reminds me to what Oprah Winfrey said: . “Be thankful for what you have; you’ll end up having more. If you concentrate on what you don’t have, you will never, ever have enough.” . And way earlier than that, Al Quran has told us in Surah Ibrahim: . “If you are grateful, i will certainly give you more; but if you are ungrateful, my chastisement is truly severe.” (14:7) . . #teamazizul #azizulawang #teamcimb #cimb #forward #airasia #daretodream #allatars #daikin #daikinmy #daikinmalaysia #tumi #tumiglobalcitizens #nike #nikemy #oakley #oakleymy #ogk #ogkkabuto #wattbike

A post shared by Azizul | Awang (@azizulhasniawang) on


Atlet berasal dari Dungun, Terengganu itu berharap seluruh rakyat Malaysia mampu mengekalkan konsep hidup aman damai dan bersatu padu seperti yang telah diamalkan sejak bertahun lamanya agar keharmonian sejagat dapat dicapai tanpa perlu ada perbalahan kaum.

"Sebenarnya tiada sebab untuk kita berpecah belah. Kita duduk dalam satu negara, pelbagai kaum dan bangsa jadi kita kena hidup saling memahami dan melengkapi antara satu sama lain. Jangan disebabkan ada sesetengah individu yang mencucuh api cakap itu ini (isu perkauman), kita senang sahaja ikut.

"Kita perlu tahu hala tuju hidup dan negara kita kerana Malaysia memang dari dulu hidup tiada masalah. Saya masih ingat datuk saya cerita, dulu satu kampung ada Melayu, Cina dan India semua boleh duduk sekali minum di kedai kopi. Malah, saya sendiri pernah dijaga oleh keluarga Cina sewaktu kecil apabila ibu dan opah saya meniaga di kedai makan dulu," katanya menutup bicara.

-- BERNAMA