“SEJAK bila pula pasukan bola sepak berlatih di stadium?” kata seorang penyokong Liverpool sebagai membalas cakap-cakap mengenai rintangan yang dihadapi skuad Tottenham Hotspur musim ini ialah beraksi tanpa stadium.
Gurau senda ataupun banter penyokong bola sepak adalah satu perkara biasa namun kadang-kadang melampaui batas, namun penyokong Spurs dan Liverpool tidak mempunyai sejarah permusuhan di antara mereka.
Hampir sepanjang musim lalu, Spurs menggunakan Stadium Wembley sebagai home ground pasukan itu, sebelum Stadium Tottenham Hotspur dibuka pada 3 April tahun ini.
Ia merupakan stadium terbesar bagi pasukan yang beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 62,062 tempat duduk, menggantikan White Hart Lane yang dirobohkan pada Mei 2017.
“Banyak rintangan dihadapi Spurs musim ini, beraksi tanpa stadium, tanpa pemain baru, berjaya lepas kumpulan maut, berjaya kalahkan Dortmund, Manchester City tanpa Harry Kane, dan bangkit menentang Ajax di separuh akhir, peluang untuk menang ada tidak kira apa jumlah jaringan,” kata Presiden Malaysia Spurs Syahizan Amir.
Malaysia Spurs adalah kelab penyokong rasmi bagi Tottenham dan hampir kesemua ahli penyokong yakin, mereka akan menjadi Raja Eropah yang baru musim ini.
“Saya rasa Spurs akan menang 3-0,” kata Suhaila, salah seorang ahli Malaysia Spurs.
“Mudah sangat sebab nasib banyak kepada kami. 7-0 nanti orang marah, bagi 2-0 sajalah,” luahan keyakinan Mariss Khan, yang belum menjadi ahli Malaysia Spurs tetapi merupakan penyokong tegar pasukan itu sejak lahir lagi.
Namun, bagi yang lebih realistik, perlawanan menentang Liverpool tidak semudah disangka.
“Liverpool memang kuat tapi berbekal pemain lama, keghairahan dan semangat, Spurs boleh menang 2-1.” kata Azeril, salah seorang ahli Malaysia Spurs.
Manakala bekas penyampai berita dan editor Astro AWANI, Mahmood Razak percaya skuad bimbingan Mauricio Pochettino cukup kuat untuk mengatasi Liverpool.
“Peluang untuk menang agak bagus kerana momentum dari perlawanan suku akhir dan separuh akhir masih ada, dengan semangat dan kembalinya Harry Kane dan Harry Winks, kita boleh menang 3-1,” kata Mahmood.
Bagi penyokong Liverpool pula, mara ke final untuk tahun kedua berturut-turut adalah bukti kekuatan skuad itu dan pengalaman akan menjadi pemisah antara dua skuad di final itu.
“Tampil di perlawanan akhir untuk dua musim berturut-turut tentu bukan kerana nasib. Kekuatan kedua-dua pasukan agak seimbang namun konsistensi adalah kunci utama. Saya percaya kemenangan akan berpihak kepada LFC dengan jaringan 3-1.” kata Muzili Aznor Musa, Presiden All Reds Malaysia (ARM), kelab penyokong rasmi Liverpool di negara ini.
Liverpool mempunyai rekod yang baik menentang Spurs, namun apa sahaja boleh berlaku di pentas akhir.
“Apa saja boleh berlaku dalam perlawanan bola sepak moden, separuh akhir lawan Barcelona sebagai contoh, dengan semangat permain-pemain yang ada sekarang dan “Bring Anfield To Madrid” saya yakin Liverpool menang 3-0,” pandangan Muhd Naza, salah seorang ahli ARM.
Salah seorang penyokong Liverpool dari Malaysia, Nathan yang berada di Madrid untuk menyaksikan perlawanan itu turut yakin the Reds akan menang tahun ini, selepas kecewa musim lepas.
“Saya yakin Liverpool akan menang, walaupun sengit, Liverpool akan menang 3-1,” kata Nathan.
Nathan yang kini menetap di Singapura, bersama-sama dengan tiga generasi ahli keluarganya yang menyokong Liverpool berada di Madrid untuk menyaksikan perlawanan akhir itu.
Saksikan perlawanan akhir antara Tottenham dan Liverpool di Astro, saluran 841 beIN Sports Max, pada Ahad, jam 3 pagi.
Ian Johan Ariff
Sat Jun 01 2019
Madrid sudah bersedia untuk menjadi hos perlawanan akhir, Tottenham lawan Liverpool. - Foto Senthilnathan
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
[TERKINI] Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Pemilik akaun X hantar komen jelik didakwa pada Jumaat
Pemilik Akaun platform X, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak yang mengorbankan 10 mangsa akan didakwa di Mahkamah Sesyen Taaiping, Perak pada Jumaat.
Sorotan pakar-pakar sempena #PHAM2024 dalam mendepani realiti berkaitan kesihatan planet
Penganjuran #PHAM2024 yang menutup tirainya pada Jumaat lalu terus menjadi platform merapatkan jurang perbincangan antara pakar pelbagai bidang dari seluruh dunia bagi mencari penyelesaian dalam isu berkaitan kelestarian bumi. Ini antara sorotan pakar-pakar yang bersama mendepani realiti kesihatan planet. #PHAM2024 #AWANINews
10 Berita Pilihan - (25 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
#AWANIFinalUCL: Penyokong Spurs dan Liverpool mulakan banter
Mana ada penyokong yang akan kata pasukan mereka akan kalah, ini ramalan penyokong Spurs dan Liverpool.