Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang dan juara dunia olahraga para, Muhammad Ziyad Zolkefli masing-masing meraih anugerah Atlet Terbaik dan Atlet Paralimpik Terbaik pada Majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100Plus 2017.
Hadiah untuk kedua-dua kategori disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam majlis gilang-gemilang di sebuah hotel di sini, malam ini.
Bagaimanapun Mohd Azizulhasni dan Muhammad Ziyad tidak dapat hadir pada majlis berkenaan kerana masing-masing menghadapi kejohanan dan latihan intensif di luar negara.
Pelumba berusia 30 tahun dari Dungun, Terengganu, yang terkenal dengan jolokan ‘The Pocket Rocketman’ itu meraih Anugerah Atlet Terbaik buat kali kedua selepas memenangi Anugerah SAM-100Plus 2009.
Selepas sekian lama menanti, sukan berbasikal negara akhirnya menyaksikan juara dunia pertama berjaya dilahirkan menerusi Mohd Azizulhasni pada 13 April 2017 melalui acara kegemarannya, keirin, pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI di Hong Kong.
Mohd Azizulhasni kini berada di Apleldorn, Belanda, dalam misi untuk mempertahankan kejuaraan dunia di Kejohanan Trek Dunia UCI, yang kini sedang berlangsung hingga 4 Mac ini.
Sementara itu, Muhammad Ziyad pula kini sedang menjalani latihan intensif di Leipzig, Jerman, dalam mempersiapkan diri untuk Kejohanan Grand Prix Olahraga Para Dunia di Dubai, pada 13 hingga 16 Mac ini.
Jaguh lontar peluru lelaki F20 (masalah pembelajaran) itu mencipta pelbagai kejayaan sepanjang tahun 2017 di mana beliau meraih pingat emas di samping mencipta rekod baharu dunia pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London selepas cemerlang memegang rekod dunia pada temasya Sukan Paralimpik Rio de Janeiro 2016.
Sekembalinya dari London, beliau mencipta kejutan dengan meraih pingat gangsa pada penampilan sulungnya dalam temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) dan seterusnya mempertahankan pingat emas temasya Sukan Para Asean buat kali keempat berturut-turut.
Pada majlis itu juga, atlet cilik sukan ski air, Aaliyah Yoong Hanifah, yang mencipta pelbagai kejayaan sepanjang tahun 217 dinobatkan sebagai penerima Anugerah Atlet Muda.
Selepas menilai prestasi atlet-atlet negara, baik atlet kebangsaan mahupun atlet profesional, sepanjang tahun lepas, SAM menobatkan pasukan boling elit wanita dan juga pemain golf profesional, Gavin Kyle Green sebagai penerima Anugerah Khas sempena Majlis Anugerah SAM-100Plus 2017 kali ini.
Sementara itu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pula dipilih untuk Anugerah Persatuan Dinamik berdasarkan kepada pengiktirafan bahawa pelbagai program pembangunan bakat muda yang diusahakan oleh Persatuan itu kini nyata di landasan yang tepat.
Kejayaan tiga pasukan muda negara itu ialah skuad Bawah 23 Tahun, Bawah 19 Tahun dan Bawah 16 Tahun melakar sejarah tahun lalu apabila melangkah ke pusingan akhir Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memang memberangsangkan dan kini mampu menempatkan diri dalam kelompok elit benua Asia.
Pada majlis itu, SAM turut memberi penghargaan kepada Presiden Majlis Olimpik Malaysia Tunku Tan Sri Imran Tuanku Jaafar sebagai menghargai sumbangannya terhadap pembangunan sukan di negara ini.
SENARAI PEMENANG ANUGERAH SAM-100PLUS 2017:
Anugerah Atlet Terbaik: Mohd Azizulhasni Awang (berbasikal)
Anugerah Atlet Paralimpik Terbaik: Muhammad Ziyad Zolkefli (olahraga para)
Anugerah Atlet Muda Terbaik: Aaliyah Yoong Hanifah (ski air)
Anugerah Khas: Gavin Kyle Green (golf) dan skuad tenpin boling wanita
Augerah Persatuan Sukan Dinamik: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)
Astro Awani
Thu Mar 01 2018
Mohd Azizulhasni Awang dan Muhammad Ziyad Zolkefli masing-masing meraih anugerah Atlet Terbaik dan Atlet Paralimpik Terbaik pada Majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100Plus 2017.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.7785/7815 berbanding dolar AS daripada 4.7680/7730 semasa ditutup pada Jumaat.
Malaysia sedia jadi hab pusat untuk Pejabat Keluarga di ASEAN
ASEAN semakin mendapat fokus daripada firma pejabat keluarga berikutan kestabilan ekonomi dan pertumbuhan di rantau ini.
LRT Pulau Pinang: Mobiliti, pemangkin pelancongan dan tidak ancam perkhidmatan feri
Pelaksanaan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang, dilihat sebagai pengangkutan alternatif penduduk negeri ini bagi mengatasi masalah trafik.
Jenama “Kuasa Tenaga Boleh Diperbaharui Asia” bakal lonjak Sarawak ke persada global - Abang Jo
Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak berpotensi menjadi hab inisiatif peralihan kepada penggunaan tenaga tanpa karbon ketika dunia bergerak ke arah -net-zero- menjelang 2050.
ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.
Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.