Calon akhir anugerah Puskas FIFA 2016 Mohd Faiz Subri mengakui debaran yang dirasainya semakin hebat sebelum berlepas ke Zurich, Switzerland pagi esok.
Faiz yang ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ( LTAPP) petang tadi berkata, dia bagaimanapun bersedia menerima sebarang keputusan yang akan disampaikan pada Anugerah Bola Sepak FIFA di Zurich, Switzerland pada 9 Jan ini.
Ujarnya, tersenarai sebagai tiga calon akhir merupakan pencapaian terbaik sepanjang kariernya dan akan positif terhadap sebarang kemungkinan.
“InsyaAllah kalau rezeki itu berpihak pada saya akan bawa balik trofi itu untuk Pulau Pinang dan Malaysia,” katanya ketika ditemui di LTAPP sebelum berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang tadi.
Faiz ditemani isteri, Norzawanis Hashim dan dua anaknya Akif Fayyad dan Mohd Aqil Zayyan.
Selain itu, Faiz diiringi Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) Mohd Azizudin Mohd Shariff.
Terdahulu, ahli keluarga dan ratusan peminat pasukan bola sepak Pulau Pinang menyambut ketibaan Faiz sebaik tiba LTAPP kira kira jam 6.30 petang.
Turut hadir memberi sokongan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mohd Rashid Hasnon dan barisan kepimpinan Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang ( FAP).
Jaringan yang disifatkan 'melanggar hukum fizik' itu dilakukan Mohd Faiz ketika membantu skuad harimau kumbang menewaskan Pahang 4-1 pada aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 16 Februari tahun lepas.
Nasib pemain tengah itu ditentukan melalui undian secara terbuka dan peluangnya untuk menjulang anugerah berprestij dunia itu dilihat cerah berdasarkan sambutan ramai terhadap video sepakannya.
Dua lagi calon bagi anugerah itu ialah Jonath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain wanita, Danisuka Rodriguez dari Venezuela.
Astro Awani
Sat Jan 07 2017
Sadiah Ishak mencium anaknya, pemain tengah Pasukan bolasepak Pulau Pinang, Faiz Subri sebelum bertolak ke Kuala Lumpur dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, hari ini. - Foto Bernama
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 24 April 2024.
Universiti Malaya dikecam kerana jemput pensyarah pro-Israel
Universiti Malaya mendapat kecaman kerana membenarkan seorang ahli akademik Amerika Syarikat menyebarkan propaganda Zionis.
Tragedi helikopter: Jenazah mangsa di Perak selamat dikebumi, jasad Sivasutan disemadi esok
Urusan pengebumian dua mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut di Perak selesai kira-kira 9.25 malam ini.
Tumpuan Khamis - 25 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jenazah dua mangsa tragedi helikopter selamat dikebumikan di Kedah
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan sepanjang proses pengebumian berlangsung.
Malaysia alu-alukan laporan akhir kumpulan penilai bebas berkenaan UNRWA
Menurut kenyataan itu, laporan tersebut menolak dengan tegasnya tuduhan Israel yang mengaitkan penglibatan kakitangan PBB dengan organisasi pengganas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Lebih 400 kes difailkan di mahkamah terhadap kerajaan Sabah
Sebanyak 110 kes dimenangi oleh kerajaan negeri termasuk kes yang telah dibuang dan diketepi oleh mahkamah, manakala tiga kes lagi berkeputusan kalah.
Permohonan pekebun Musang King cabar notis kosongkan tanah ditolak
Hakim Datuk Mohd Radzi Harun memutuskan bahawa pekebun terbabit tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk berada di tanah berkenaan.
Kerajaan Pulau Pinang beri RM50,000 kepada Faiz Subri
Kerajaan Pulau Pinang hari ini mengumumkan imbuhan sebanyak RM50,000 kepada Mohd Faiz Subri atas kejayaannya memenangi Anugerah Puskas FIFA 2016 di Zurich, Switzerland, Isnin lepas.
Jangan pertikai kejayaan Mohd Faiz Subri rangkul anugerah Puskas FIFA - Khairy
Kejayaan pemain tengah Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri memenangi Anugerah Puskas FIFA 2016 di Zurich, Switzerland tidak sepatutnya dipersoalkan oleh sesetengah pihak.
Anugerah Puskas 2016: Faiz Subri terima ganjaran RM150,000
Pemain Pulau Pinang yang juga pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016 Mohd Faiz Subri, bakal menerima ganjaran keseluruhan RM150,000.
Jumlah tontonan jaringan Faiz Subri tertinggi menjelang Anugerah Puskas 2016
Ia jauh meninggalkan video aksi jaringan Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain bola sepak wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez.
Mohd Faiz terima persalinan tradisional Melayu
Pemain tengah Pulau Pinang Mohd Faiz Subri menerima persalinan lengkap busana tradisional Melayu berserta tanjak Mahkota Alam daripada Armada Melaiu Malaysia.
Anugerah Puskas: Faiz Subri akui debaran semakin hebat
Calon akhir anugerah Puskas FIFA 2016 Mohd Faiz Subri mengakui debaran yang dirasainya semakin hebat sebelum berlepas ke Zurich, pagi esok.
FAM taja tiket penerbangan isteri, anak Faiz Subri ke Zurich
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan menaja tiket penerbangan untuk keluarga Mohd Faiz Subri ke Zurich, Switzerland bagi menghadiri Majlis Anugerah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016.
Faiz tonton Ronaldo, Messi buat sepakan percuma melalui YouTube - Bapa
Subri berkata bakat Mohd Faiz dalam bola sepak sudah dikesan seawal usia dua tahun lagi, apabila dia boleh menggelecek bola dengan begitu baik sekali di usia semuda itu.
Anugerah Puskas: Ayuh rakyat Malaysia, viralkan undian untuk Faiz Subri - Khairy
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin meminta rakyat negara ini mengundi gol cantik Mohd Faiz Subri yang tersenarai dalam Anugerah Puskas FIFA 2016.