Pengendali Juventus, Antonio Conte enggan memandang rendah keupayaan Celtic menjelang aksi pertama pusingan 16 terakhir, pagi nanti.

Meskipun dilabel sebagai pilihan, Conte tidak melihat ia satu kelebihan buat Kelab Serie A itu.

Malah Tegasnay, Juventus perlu beraksi di tahap terbaik bagi memastikan kemenangan dapat diperoleh.

Conte berkata, “Kami hormat Celtic kembali ke peringkat tertinggi, Liga Juara-Juara. Musim ini kita adalah ‘orang luar’ kerana kita telah tidak mengambil bahagian untuk jangka masa yang panjang. Jadi kami seperti Celtic kita mahu pergi sejauh mungkin dalam pertandingan itu. "

Untuk aksi ini, Juventus kehilangan tonggak pertahanan Daolo De Ceglie yang mengalami kecederaan otot.

Bagaimanapun skuad Bianconeri itu akan diperkuatkan dengan pemain tengah Ghana, Kwadwo Asamoah yang kembali daripada saingan Piala Negara-Negara Afrika, Afcon 2013.