Berita baik bagi persatuan sukan di Kuala Lumpur.
Ini berikutan, Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa sedia bertemu dengan persatuan sukan berkenaan, untuk mencari penyelesaian menerusi perbincangan untuk persatuan yang menghadapi isu atau masalah seperti penggunaan fasiliti sukan milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
"Saya tidak berapa jelas apa isu dan masalah dihadapi mereka. Prinsipnya, DBKL bersedia memberi keutamaan untuk persatuan nasional dan persatuan negeri, terutamanya di Kuala Lumpur sendiri menggunakan fasiliti yang dibina dan dimiliki oleh DBKL.
"Cuma ia perlu dibuat secara ikut peraturan, dulu ada juga bila DBKL bagi, ada sesetengah persatuan tidak membayar bil elektrik dan penyelengaraan tidak dijaga.
"Bukan hanya bagi hak menggunakan, kita bagi peruntukan lagi untuk mengurus dan penyelenggaran.
"Tunggakan sampai berpuluh-puluh ribu tak pernah dibayar, tak boleh begitu...Jadi kita kena ubah cara itu. DBKL akan terus berbaik dengan semua persatuan sukan," katanya pada sidang media selepas majlis pertukaran dokumen dan penyampaian insentif sukan Wilayah Persekutuan di sini pada Selasa.
Persatuan Hoki Kuala Lumpur (KLHA) dilapor perlu mengosongkan Stadium Hoki Kuala Lumpur, manakala Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), tidak tahu jika mereka boleh terus kekal di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras, selepas kontrak sedia ada tamat pada awal tahun depan.
Persatuan Badminton Kuala Lumpur (KLBA) pula meminta DBKL mempercepatkan pembinaan stadium baharu, selepas Stadium Badminton Kuala Lumpur dirobohkan untuk pembangunan pada 2017.
Terdahulu Annuar menyampaikan insentif wang tunai berjumlah RM93,700 kepada lebih 40 atlet dari 27 jenis sukan yang meraih pingat pada Sukan SEA ke-30 di Filipina, Disember tahun lepas.
Atlet dari Wilayah Persekutuan yang terdiri dari Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan meraih hampir separuh daripada 55 pingat emas negara, apabila membawa pulang 23 pingat emas, 11 perak dan 15 gangsa.
Sementara itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, buat masa ini tiada keputusan mengenai kebenaran untuk atlet kebangsaan menyertai kejohanan di luar negara.
"Belum ada maklumat rasmi daripada Kementerian Belia dan Sukan mahupun Majlis Keselamatan Negara mengenai prosedur operasi standard dan kebenaran bertanding di luar negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 16 2020
Annuar sedia berbincang mencari penyelesaian menerusi perbincangan untuk persatuan yang menghadapi isu atau masalah. - Bernama
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Bekas pemain nombor satu dunia, Kento Momota umum bersara
Juara dunia dua kali Kento Momota berkata dia akan bersara daripada badminton antarabangsa ketika usianya kini 29 tahun.
Rashid tak pernah terbayang Malaysia lalui kemarau panjang menang Piala Thomas
Tidak pernah terdetik dalam hati Datuk Rashid Sidek bahawa Malaysia akan melalui kemarau panjang untuk memenangi semula Piala Thomas.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Pearly-Thinaah cari formula terbaik harungi Sukan Olimpik 2024
Pearly Tan-M Thinaah fokus mencari formula terbaik dalam usaha menampilkan persembahan luar biasa pada Olimpik Paris 2024.
Piala Uber: Tiada istilah mengalah buat Mei Xing
Pemain itu bagaimanapun mengakui sedikit terbeban dengan ketiadaan pasangan utama negara Pearly Tan-M Thinaah dalam kejohanan berkenaan.
Zii Jia bakal terima bayaran 'hak imej' untuk Piala Thomas
Team LZJ dalam satu kenyataan mengesahkan perkara itu dengan menyatakan hak imej adalah aspek penting bagi seorang atlet profesional.
Zii Jia gagal mara ke separuh akhir BAC 2024
Lee Zii Jia tewas di tangan Jonatan Christie setelah mencatatkan lima kemenangan dalam pertemuan sebelum ini.
BAC 2024: Aaron-Wooi Yik, Sze Fei-Nur Izzuddin melangkah ke suku akhir
Pasangan Aaron-Wooi Yik, menang kali kedua ke atas pasangan Jepun itu, selepas kemenangan 21-10, 21-14, pada pusingan kedua Trebuka India 2024.
Zii Jia cari semangat Manila 2022 di Ningbo 2024
Lee Zii Jia tekad memastikan momentum beliau kembali berada pada tahap terbaik dalam Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 di Ningbo, China.
Badminton: Tiket Masters Malaysia dijual mulai Isnin ini
BAM juga telah memperkenalkan kategori 'Platinum' untuk tiket harian dan bermusim dengan menggantikan kategori 'Superfan'.