Selepas mencipta nama di pentas antarabangsa, bintang muda negara, Muhammad Fazriq Mohamad Razif memasang impian besar untuk mengikut jejak langkah Datuk Lee Chong Wei.
Segar daripada kejayaan merangkul gelaran pada Kejohanan Jemputan Shonai Bawah 15 Tahun di Jepun baru-baru ini, anak bongsu kepada legenda beregu lelaki negara, Datuk Razif Sidek itu, mengakui mengimpikan untuk meraih kejayaan sepertimana pernah dinikmati Chong Wei.
Namun, pemain berusia 15 tahun itu berkata bagi merealisasikan hasrat itu, beliau perlu berusaha keras dan menampilkan aksi terbaik pada setiap kejohanan disertainya.
"Untuk mencapai tahap setanding Chong Wei, saya juga perlu menimba lebih banyak pengalaman dan meraih kejayaan demi kejayaan di peringkat antarabangsa.
"Bukan mudah menjadi pemain nombor satu negara pada usia yang masih muda, saya baru berusia 15 tahun. Saya perlu menyusun jadual saya sebaik mungkin, dan dalam tempoh sekurang-kurangnya dua tahun saya akan cuba menjadi wakil negara (di peringkat senior).
"Saya mungkin boleh menjadi seperti Chong Wei jika saya terus mempamerkan aksi terbaik pada setiap kejohanan," katanya ketika ditemui pada Kejohanan Badminton Sirkit Remaja Kebangsaan Grand Prix Final di Kelab Rekreasi Cina Negeri Sembilan (NSCRC) di sini.
Muhammad Fazriq mara ke pentas final kejohanan itu hari ini, selepas menumpaskan rakan sepasukan daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Anson Cheong Yan Feng, 21-16, 21-18 pada aksi separuh akhir semalam.
Pemain muda itu menjadi sebutan antara bintang muda yang bakal menggantikan legenda badminton negara, Chong Wei, setelah merangkul kejuaraan kesembilannya di peringkat remaja di Kejohanan Jemputan Shonai Bawah 15 Tahun, selepas menumpaskan Alex Lenier, 21-16, 21-10 pada final di Jepun, 30 Jun lepas.
Mengenai perancangan masa depan, Muhammad Fazriq mensasarkan untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik pada suatu hari nanti.
Sementara itu, Razif berkata beliau tidak menaruh harapan terlalu tinggi kepada anaknya itu bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Chong Wei selaku pemain nombor satu negara, dalam tempoh singkat kerana Muhmmad Fazriq masih muda dan perlu menimba lebih banyak pengalaman.
"Walaupun saya lihat beliau mempunyai ciri-ciri untuk menjadi pemain bertaraf dunia, buat masa ini saya tidak meletakkan harapan terlalu tinggi, kerana beliau masih muda dan perlu menimba lebih banyak pengalaman terutama di pentas pertandingan.
"Saya berharap dia dapat mengekalkan prestasi, itu amat penting," katanya.
Razif turut berharap pada masa hadapan, Muhammad Fazriq dapat mengecapi kejayaan untuk muncul juara kejohanan All England, Kejohanan Dunia, Sukan Olimpik serta Piala Thomas.
"(pencapaian) itu yang saya harap dan cita-citakan daripada beliau," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 07 2019
Muhammad Fazriq mara ke pentas final kejohanan itu hari ini, selepas menumpaskan rakan sepasukan daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Anson Cheong Yan Feng, 21-16, 21-18 pada aksi separuh akhir semalam. - Bernama
PRK Kuala Kubu Baharu: Parti komponen BN perlu bantu calon Kerajaan Perpaduan - Mohamad Hasan
Mohamad Hasan berkata ini kerana BN menghormati sistem yang diperakukan sebelum ini bahawa parti penyandang akan diberi keutamaan untuk meletakkan calon bertanding dalam PRK.
Percepat proses tapisan keselamatan ejen MM2H - Abdul Karim
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) diminta mempercepat proses tapisan keselamatan ejen program Malaysia My Second Home (MM2H).
Enam ekor lembu mati dipercayai dibaham harimau belang
Seorang penternak terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM10,000 apabila enam ekor lembu peliharaannya mati dipercayai dibaham harimau belang.
AWANI Borneo [20/04/2024] - Tekad MADANI | Pusat aktiviti warga emas | Risiko habuk Gunung Ruang
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan;
#AWANIBorneo 20 April 2024
Rumit, tapi Anwar yakin miskin tegar di Sabah boleh disifarkan
Nancy kecewa tak ramai berminat tubuh PAWE di Sarawak
Jangan ambil ringan jika ada masalah pernafasan, ia mungkin angkara debu Gunung Ruang
#AWANIBorneo 20 April 2024
Rumit, tapi Anwar yakin miskin tegar di Sabah boleh disifarkan
Nancy kecewa tak ramai berminat tubuh PAWE di Sarawak
Jangan ambil ringan jika ada masalah pernafasan, ia mungkin angkara debu Gunung Ruang
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan umum akan bertanding
Gerakan sebulat suara memutuskan untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu yang bakal berlangsung pada 11 Mei depan.
Kerajaan diminta segera buka jalan Serudung-Simanggaris
Naib Pengerusi GRS Tan Sri iew Yun Fah menganggap pembukaan jalan sempadan antarta Serudung, Kalabakan dan Semanggris, Indonesia akan memeri limpahan rezeki kepada penduduk Sabah.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
MOTS bekerjasama dengan pelbagai agensi selesaikan kes penumpang terkandas
Kementerian pengangkutan Sarawak (MOTS) akan terus bekerjasama dengan beberapa agensi dalam menyelesaikanisu penumpang terkandas akibat pembatalan penerbangan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Letusan Gunung Ruang: Penduduk bergejala pernafasan diminta dapatkan rawatan segera
Pengarah JKNS Datuk Dr, Asits Sanna meminta orang ramai yang memiliki tanda dan gejala pernafasan agar segera mendapatkan rawatan kerana dibimbangi tersedut debu Gunung Berapi Ruang.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Komuniti di Sarawak digalakkan mohon tubuh PAWE - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata buat masa ini, Sarawak hanya mempunyai 13 PAWE dan jumlah itu tidak mencukupi bagi sebuah negeri yang besar.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kanak-kanak dua tahun lemas dalam tasik berhampiran masjid
Mangsa terjatuh ke dalam tasik berdasarkan maklumat diperoleh daripada keluarga mangsa yang berada di masjid itu untuk menunaikan solat Zuhur.
Anak Razif Sidek pasang impian ikut jejak Chong Wei
Pemain itu berkata bagi merealisasikan hasratnya, beliau perlu berusaha keras dan menampilkan aksi terbaik pada setiap kejohanan.