Organisasi seni bela diri campuran terulung di dunia, UFC hari ini mengumumkan kerjasama jangka panjang merentasi pelbagai wilayah bersama syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia, sebagai ‘Syarikat Penerbangan Rasmi’ pertama jenama global tersebut.
Kerjasama yang merangkumi rantau Asia dan Australia ini, akan bermula pada hari Sabtu, 4 November, sempena acara UFC 217: Bisping lwn St-Pierre, di Madison Square Garden, New York.
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, Naib Presiden UFC Asia Pasifik, Kevin Chang menyifatkan berkata kerjasama tersebut menunjukkan bahawa UFC dan sukan seni bela diri campuran telah berkembang dengan pesat di Asia dan di seluruh dunia.
“AirAsia merupakan jenama yang inovatif dan terus berkembang, jadi kami berterima kasih di atas sokongan mereka dan kami berharap dapat mencipta kandungan berjenama untuk semua peminat sukan ini dan para tetamu AirAsia,” kata Chang.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes menyifatkan perkembangan pesat UFC sebagai fenomena global yang selari dengan perjalanan AirAsia.
“Dalam erti kata lain, UFC telah berkembang daripada acara sulung mereka di Denver hingga ke seluruh Amerika Syarikat dan seterusnya ke Asia-Pasifik dan seluruh dunia, sementara AirAsia pula telah berkembang daripada sebuah syarikat penerbangan domestik hingga menjadi sebuah syarikat penerbangan tambang rendah terbesar di Asia yang kini turutr terbang ke Amerika Syarikat.
"Walau berlainan arah, tetapi impian kami tetap sama - jadi kami amat teruja untuk bekerjasama dengan sebuah jenama yang berkongsi impian dan visi kami,” katanya.
AirAsia bakal memulakan acara antarabangsanya semasa acara bersejarah UFC yang pertama di China iaitu UFC Fight Night: Silva lwn Gastelum pada hari Sabtu, 25 November di Arena Mercedes-Benz di Shanghai.
Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, AirAsia memperoleh hak untuk memaparkan jenamanya di dalam gelanggang Octagon® UFC yang terkenal di dunia di Shanghai dan beberapa acara UFC antarabangsa terpilih pada tahun 2018.
Melalui kerjasama ini, AirAsia juga akan menjadi penaja utama bagi UFC Fan Experience yang terpilih di seluruh rantau ini dan mempromosikan kempen undian nasional yang mana dua peminat akan memenangi pas UFC VIP Experience bagi acara pada tahun 2018.
Jenama syarikat penerbangan itu juga akan diintegrasikan menerusi pelbagai platform sosial dan digital UFC, serta menerusi siaran langsung perlawanan dan UFC.com.
UFC dan AirAsia juga akan menjadi penaja bersama untuk kandungan yang dipaparkan di platform Weibo dan WeChat di China.
Selain daripada integrasi semasa acara antarabangsa UFC, kerjasama ini juga menawarkan kandungan berjenama bersama kepada peminat sukan ini di Asia melalui platform media AirAsia dan UFC.
Inisiatif ini juga memaparkan sesi latihan bulanan yang bersama atlet UFC dan ahli kakitangan Institut Prestasi UFC.
UFC dan AirAsia juga akan melakar sejarah dengan memilih seorang penerima program biasiswa UFC buat julung kalinya. Sebagai sebahagian daripada program ini, seorang atlet dari Asia akan dianugerahkan biasiswa penuh termasuklah perjalanan ke Amerika Syarikat dan latihan di Institut Prestasi UFC di Las Vegas, Nevada.
Haider Yutim
Sat Nov 04 2017
Presiden UFC, Dana White (kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes.
ICJ perintahkan Israel ambil tindakan tangani kebuluran di Gaza
Panel hakim di ICJ sebulat suara memerintahkan Israel untuk mengambil tindakan segera bagi menjamin penghantaran bekalan makanan asas kepada warga Palestin di Gaza.
Jangan ambil tindakan sendiri, Malaysia ada undang-undang
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran dan peringatan keras kepada orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri berhubung apa jua insiden yang berlaku di negara ini.
34 penjawat awam ditahan, sebabkan ketirisan RM2 bilion
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan jumlah ketirisan akibat kegiatan sindiket penyeludupan babitkan beberapa anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang mencecah 2 bilion ringgit bagi tempoh tiga tahun lepas.
[KOLUMNIS] Penyesuaian pesakit dengan stoma: 5 perkara yang perlu anda ketahui
STOMA merupakan bukaan usus di bahagian badan pesakit yang terhasil selepas pesakit menjalani pembedahan berkaitan usus.
Pasangan suami isteri, dua lelaki didakwa perdagang wanita Malaysia di Peru
Sepasang suami isteri dan dua lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdagang dua wanita Malaysia di Peru.
PM ucap selamat raikan Good Friday, Easter Sunday kepada penganut Kristian
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut hari Good Friday dan Easter Sunday kepada seluruh penganut Kristian.
Singapura rampas 1.5 tan produk segar dan makanan proses dari Malaysia
Kira-kira 1.5 tan produk segar dan makanan diproses yang diimport secara haram dari Malaysia dirampas Agensi Makanan Singapura (SFA).
AWANI Ringkas: Jumlah hari tol percuma kekal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kemarau: KADA anggar 40,000 tan metrik hasil padi terjejas
Kawasan tersebut sangat kering, mengakibatkan tanah merekah dan tanaman rosak teruk.
Pemuda Dong warisi perniagaan buah kabung
Proses mendapatkan buah yang turut dikenali sebagai buah nau dalam kalangan masyarakat utara itu rumit dan memerlukan kesabaran tinggi.
AirAsia tawar menu nasi lemak dua kali saiz
Santan memperkenalkan Nasi Lemak Pak Nasser Terpaling Istimewa (Double Special), hidangan ikonik yang kini bersaiz dua kali ganda berbanding asal.
Trafik penumpang udara diunjur berkembang 2% menjelang akhir 2024 - MIDF
Tinjauan menunjukkan bahawa faktor muatan selepas wabak adalah setanding dengan, jika tidak lebih tinggi daripada, tahap prapandemik.
Aidilfitri: AirAsia tawar lebih 22,000 tempat duduk tambang tetap ke Sabah, Sarawak
AirAsia menawarkan lebih 22,000 tempat duduk pada tambang rendah tetap untuk penerbangan lewat malam sempena sambutan Hari Raya antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
AirAsia sasar hak trafik dua hala ke beberapa bandar di India
Tumpuan untuk meluaskan rangkaian penting bagi AirAsia kerana bandar utama di India telah mencapai puncak pengembangan.
Pesawat Airbus A321LR jadi pilihan pengembangan armada AirAsia
Fernandes berkata, daripada 362 pesawat A321neo (pilihan enjin baharu), 36 pesawat telah ditukar kepada A321LR (jarak jauh).
AirAsia tawar tambang promosi lapan jam ke Almaty
Tambang promosi boleh ditempah melalui aplikasi airasia Superapp atau laman web untuk tempoh perjalanan bermula 14 Mac hingga 26 Okt, 2024.
Tambang tetap penerbangan tambahan tengah malam, Loke hargai AirAsia
Loke juga telah memberikan kemeja-T merah percuma kepada penumpang penerbangan AK9070 ke Sibu, Sarawak pada 7 Feb lepas.
AirAsia lancar kempen 'This Is India', tawar tambang bermula RM329 ke 12 destinasi di India
Pengembara dari India juga boleh membuat tempahan penerbangan untuk mengunjungi Kuala Lumpur dengan tambang bermula INR7,835 termasuk semua sehala.
AirAsia tambah penerbangan laluan Jakarta-Kuching bermula 8 Februari
AirAsia akan mempertingkatkan kekerapan penerbangan laluan Jakarta-Kuching bermula 8 Februari.
AirAsia antara syarikat penerbangan tambang rendah paling selamat di dunia bagi 2024
AirlineRatings.com mengumumkan AirAsia Aviation Group, termasuk syarikat penerbangan jarak sederhana AirAsia X dan Thai AirAsia X sebagai antara syarikat penerbangan tambang rendah paling selamat.