Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) telah memutuskan untuk menjadualkan semula beberapa kejohanan di bawah sanksi mereka bagi tempoh empat bulan akan datang susulan pandemik global COVID-19.
Presiden AFF Mejar Jeneral Khiev Sameth dalam satu kenyataan hari ini berkata keputusan itu dibuat susulan penularan wabak COVID-19 dalam sukan bola sepak yang membabitkan perhimpunan massa, khususnya bagi menjaga dan melindungi keluarga pemain dan juga komuniti.
"Ini adalah masa yang sukar dan tidak pernah berlaku bagi seluruh dunina, termasuk keluarga dan komuniti bola sepak kita, namun kita akan dapat mengharunginya bersama.
"Bagaimanapun, untuk mengharungi situasi ini, kita perlu memainkan peranan masing-masing," katanya.
Empat kejohanan yang akan ditangguh ke satu tarikh lain pada tahun ini ialah Kejohanan Wanita AFF 2020 di Filipina pada Mei.
Tiga lagi kejohanan ialah Kejohanan Wanita (Bawah 18 Tahun) AFF, Kejohanan Lelaki (Bawah 16Tahun) dan Kejohanan Lelaki (Bawah 19 Tahun) AFF, yang sebelum ini dijadualkan berlangsung di Indonesia masing-masing pada Jun, Julai dan Ogos.
Empat lagi acara AFF bagaimanapun akan berlangsung seperti yang dijadualkan iaitu Kejohanan Remaja Wanita Bawah 15 AFF di Indonesia (September) serta tiga lagi iaitu Kejohanan Futsal AFF, Kejohanan Kelab Futsal AFF dan Kejohanan Bola Sepak Pantai AFF di Thailand, yang akan diadakan kemudian pada tahun ini.
Sementara itu, Sameth turut mengumumkan bahawa Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) sulung selepas pelancarannya tahun ini, telah dijadualkan semula pada 2021.
Keputusan itu dibuat oleh anggota majlis AFF selepas mengambil kira beberapa faktor termasuk jadual ketat liga tempatan di negara-negara ASEAN dan pertandingan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
"Memandangkan keadaan semakin buruk, kami akan memantau rapat dan tidak akan teragak-agak untuk melakukan perubahan kepada jadual kami jika perlu.
"Menerusi setiap keputusan yang kami ambil, AFF akan sentiasa mengutamakan kesejahteraan keluarga dan komuniti bola sepak kita," kata Sameth.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 26 2020
Khiev Sameth berkata keputusan itu dibuat susulan penularan wabak COVID-19 dalam sukan bola sepak yang membabitkan perhimpunan massa. -Gambar fail
AWANI Ringkas: Bedah siasat 10 mangsa dijangka selesai hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Laporan kubur besar Gaza membimbangkan' - Jurucakap AS
Pekerja kesihatan Gaza menemui sekurang-kurangnya 283 mayat dalam satu kubur besar di Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis.
PETRA di landasan tepat capai 98 peratus liputan air bersih, pembentungan di luar bandar
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berada di landasan tepat untuk mencapai 98 peratus liputan air bersih dan pembetungan di kawasan luar bandar menjelang akhir 2025.
Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadualkan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 (Rabu) sekali lagi ditangguhkan ke 26 April 2024 (Jumaat).
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang, pada 14 April lalu akan didakwa di Mahkamah Kota Bharu pada Rabu.
Laporan kubur besar Gaza membimbangkan - Jurucakap AS
Laporan mengenai kubur besar di Gaza adalah sangat membimbangkan.
Timbalan Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata demikian susulan Pihak berkuasa Palestin melaporkan menemui ratusan mayat dalam kubur besar di hospital Nasser di Khan Younis minggu ini selepas ia ditinggalkan oleh tentera Israel.
Timbalan Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata demikian susulan Pihak berkuasa Palestin melaporkan menemui ratusan mayat dalam kubur besar di hospital Nasser di Khan Younis minggu ini selepas ia ditinggalkan oleh tentera Israel.
200 hari menyerang Gaza, Israel rancang serang Rafah
Serangan tentera Israel yang membawa kemusnahan ke atas Semenajung Gaza memasuki hari ke-200 diburukkan lagi dengan rancangan Israel.
Dengan kejam rejim itu sedang dalam perancangan untuk menyerang Bandar Rafah di selatan Gaza yang menempatkan hampir 1.4 juta warga Palestin yang kehilangan tempat tinggal.
Dengan kejam rejim itu sedang dalam perancangan untuk menyerang Bandar Rafah di selatan Gaza yang menempatkan hampir 1.4 juta warga Palestin yang kehilangan tempat tinggal.
Polis giat kesan tiga lelaki bakar anak kucing di Kajang
Polis sedang mengesan tiga lelaki tempatan kerana disyaki membakar seekor anak kucing di kawasan tempat letak motosikal Flat Sri Kenari, Sungai Ramal Baru, Kajang, dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata perbuatan berkenaan dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata perbuatan berkenaan dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi berkenaan.
Perbelanjaan ketenteraan global cecah AS$2.44 trilion tahun 2023
Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm mendedahkan, perbelanjaan ketenteraan global meningkat sebanyak 6.8% kepada paras tertinggi dalam sejarah iaitu AS$2.44 trilion pada 2023, berbanding 2022.
Polis giat kesan tiga lelaki bakar anak kucing di Kajang
Perbuatan berkenaan dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi berkenaan.
Skuad Harimau Muda akhiri saingan AFF 2023 di tempat keempat
Skuad Harimau Muda bimbingan E. Elavarasan menyamai rekod terbaik Malaysia menduduki tempat keempat pada edisi sulung 2005.
Harimau Muda enggan berputih mata, buru pingat gangsa di Thailand
Skuad Bawah 23 Tahun ebangsaan bertekad untuk bangkit semula bagi melakar kemenangan ke atas pasukan tuan rumah pada aksi penentuan tempat ketiga dan keempat Kejohanan B-23 AFF esok.
Sampai masa AFF, AFC bergerak ke hadapan?
AFF ataupun AFC perlu mengambil inisiatif untuk memastikan semua ahli gabungannya mendapat manfaat sewajarnya.
AFF: Malaysia U19 bukti kemampuan diri
Sama-samalah kita percaya pada kemampuan skuad Harimau Muda ini dan pengurusan kejurulatihannya.
B-19 AFF: Harimau Muda benam Vietnam, mara ke final
Harimau Muda menewaskan Vietnam 3-0 pada aksi separuh akhir di Bekasi, Indonesia, hari ini.
AFF: Proses pembangunan tidak sistematik punca kegagalan - Teong Kim
Bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Lim Teong Kim mempertahankan prestasi mengecewakan barisan pemain muda negara pada kempen Kejuaraan B-23 AFF.
Kejohanan AFF B23: Laos tambah perit Malaysia
Skuad B23 negara terpaksa berdepan satu lagi kekecewaan apabila kecundang 2-0 di tangan Laos dalam saingan Kejohanan AFF B23, sebentar tadi.
Kejohanan Futsal AFF: Malaysia diundi bertemu Thailand, Indonesia
Skuad futsal kebangsaan bakal berdepan cabaran sengit pada Kejohanan Futsal Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 dari 3 hingga 12 April ini.
FAM optimis kemampuan skuad B-23 raih kemenangan ke atas Laos esok
FAM optimis skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan mampu melakar kemenangan dalam aksi menentang Laos esok.
AFF B-23: Malaysia dikejutkan Laos
Keputusan luar jangka itu menyaksikan skuad bimbingan Brad Maloney menempah laluan sukar untuk mara ke separuh akhir kejohanan berkenaan.