Aksi 59 minit yang mendebarkan akhirnya berpihak kepada beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk mara ke final kejohanan badminton All England 2019.
Gandingan Aaron-Wooi Yik membuktikan gelaran 'pembunuh gergasi' yang menyaksikan pasangan Indonesia Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto menjadi mangsa pada aksi separuh akhir awal pagi ini.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Arena Birmingham, pasangan negara mengetepikan beregu Indonesia yang berada di ranking kesembilan dunia dengan 12-21, 22-20, 21-19.
Aaron-Wooi Yik yang bermula dengan baik pada set pertama bagaimanapun mendapat tekanan dan serangan hebat daripada pasangan Indonesia itu tewas pada set pertama, bagaimanapun bangkit di set kedua hingga mengikat kedudukan 20-20.
Pasangan negara yang menghuni ranking ke-18 dunia, turun tanpa tekanan bijak mencuri peluang untuk mengheret perlawanan ke set penentuan apabila menang set kedua 22-20.
Di set ketiga, Aaron-Wooi Yik meningkatkan serangan demi serangan untuk memenangi set ketiga dengan 21-19 sekali gus menempah slot akhir All England pada penampilan sulung mereka.
"Sudah tentu kami sangat gembira hari ini, kami tidak sangka dapat pergi sejauh ini sehingga ke peringkat akhir.
"Saya bagitahu dia (Wooi Yik) untuk tidak fikirkan kemenangan tetapi fikirkan bagaimana untuk mendapatkan mata (perlawanan)," kata Aaron dalam rakaman temu bual di akaun twitter @YonexAllEngland.
Menanti Aaron-Wooi Yik di final, pasangan mantap dari Indonesia Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan yang menduduki ranking ketujuh dunia.
"Agak lama Malaysia tidak memasuki final acara beregu lelaki di All England.
"Kami harap dapat tunjukkan kepada peminat Malaysia kemenangan kami," kata Wooi Yik.
Terdahulu, Mohamad Ahsan-Hendra menewaskan pasangan Jepun Takeshi Kamura-Keigo Sonoda 21-19, 21-16 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 10 2019
Pasangan negara yang menghuni ranking ke-18 dunia ini, Soh (kiri) dan Chia, turun tanpa tekanan bijak mencuri peluang untuk mengheret perlawanan ke set penentuan apabila menang set kedua 22-20 ke atas pasangan Indonesia. - Gambar fail
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
[TERKINI] Laporan interim dalam tempoh dua minggu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan komitmen tersebut pada mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
AFPPD pilih Malaysia jadi tuan rumah pejabat sekretariat
Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) memilih Malaysia sebagai pilihan utama untuk menempatkan pejabat sekretariatnya.
Nahas helikopter Lumut: "Nampaknya dia yang 'pergi' dulu..." - Ibu Allahyarham Komander Firdaus
Komander Muhammad Firdaus anak yang bertanggungjawab serta contoh yang baik kepada adik-adik yang lain, malah sangat mengambil berat tentang keperluan keluarga.
EPL: Dua bintang remaja ditahan kerana disyaki merogol
Dua pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris telah ditangkap pada hujung minggu kerana disyaki merogol dan melakukan serangan.
Paul Yong fail rayuan kes rogol amah di Mahkamah Persekutuan
Paul Yong memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 5 Mac lalu, berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia.
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim siap dalam masa dua minggu - Fahmi
Menteri Pertahanan akan membuat pengumuman berhubung bantuan yang akan diberikan pada Rabu.
Kurang tenang antara faktor Aaron-Aooi Yik terlepas gelaran sulung Seluruh England - Rexy
Aksi kurang tenang diperagakan beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik merupakan antara punca mereka terlepas peluang mendakap gelaran pertama Seluruh England.
SELBATC: Aaron-Wooi Yik bangkit pastikan kemenangan kedua Malaysia
Aaron Chia-Soh Wooi Yik, melakar kebangkitan luar biasa untuk memastikan mata kedua sekali gus hanya selangkah untuk mara ke final Kejohanan Badminton Berpasukan Asia.
Aaron-Wooi Yik persiap senjata rahsia untuk BATC 2024
Aaron Chia-Soh Wooi Yik, mempunyai 'senjata rahsia' apabila enggan mendedahkan rejim latihan baharu, dalam menghadapi Kejohanan Berpasukan Badminton Asia (BATC) 2024.
Terbuka India: Aaron-Wooi Yik wakil tunggal Malaysia di separuh akhir
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjadi wakil tunggal negara mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir Terbuka India di New Dehli, hari ini.
Terbuka India: Aaron-Wooi Yik, Zii Jia tempah slot ke suku akhir
Tiga wakil Malaysia, beregu Aaron Chia-Soh Wooi Yik serta pemain perseorangan lelaki Lee Zii Jia, berjaya menempah slot ke suku akhir di kejohanan badminton Terbuka India 2024.
Badminton Terbuka Malaysia: Aaron-Wooi Yik dapat rating 7/10
Jurulatih beregu lelaki negara Tan Bin Shen, memberi skala markah 7/10 kepada Aaron Chia-Soh Wooi Yik, berhubung persembahan pada Terbuka Malaysia.
Terbuka Malaysia: Harapan Aaron-Wooi Yik teruskan cabaran negara punah
Kemarau kejuaraan dalam kejohanan terbuka di laman sendiri masih lagi tiada noktahnya.
Badminton: Aaron-Wooi Yik buru final Terbuka Malaysia
Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik tekad untuk mara ke final kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2024 bermula 9-14 Jan ini.
Aaron-Wooi Yik fokus aksi konsisten hadapi Paris 2024
Antara kelemahan yang perlu ditangani terutama sebelum Sukan Olimpik Paris 2024 adalah aspek mental di gelanggang.
Wooi Yik cedera, beregu lelaki tarik diri Badminton Terbuka Perancis
Aaron Chia-Soh Wooi Yik menarik diri sebelum memasuki gelanggang pada pusingan pertama Terbuka Perancis 2023 sebentar tadi.