Pada tahun 2013, kedudukan Malaysia dalam ranking ragbi dunia berada pada kedudukan ke-71 dan tahun ini, prestasi Malaysia melonjak pada kedudukan ke-46.

Peningkatan drastik ini adalah rentetan kejayaan skuad negara menjuarai Kejohanan Ragbi Asia Divisyen 1 yang diadakan di Ipoh, Perak tahun lalu.

Skuad bimbingan Lee Nyuk Fah dilihat mampu bergelar juara ARC Premier 2018 di atas lima faktor ini.

1. Corak latihan dan pendidikan ragbi

Sebagai satu persediaan untuk berdepan dengan Hong Kong dan Korea Selatan. Corak latihan pasukan negara berubah kepada lebih moden dan intensif. Pasukan negara kini dilengkapi dengan alat peranti digital dan diet yang seimbang bagi mengurangkan jurang fizikal dengan pihak lawan.

Skuad negara juga akan berlepas ke New Zealand 13 Mac depan untuk memantapkan pasukan dalam aspek taktikal, kekuatan, dan ketahanan pemain.

BACA: Tiga latihan mampu ubah persembahan skuad ragbi negara


2. Kombinasi pemain berkualiti

Menurut Pengurus Pasukan Malaysia 15s, Rahimi Muhd Yusof, pemilihan pemain untuk kejohanan ini adalah lebih sukar daripada tahun sebelum ini.

“Proses yang dijalankan adalah ketat dan sukar bagi mendapat pemain yang cukup berkualiti untuk bersaing dengan dalam kejohanan tersebut,” katanya.

Beliau berkata, pemain naturalisasi sedia ada adalah berdedikasi dan komited terhadap pasukan.

Bagi pemain naturalisasi dari Fiji, Aporosa Duwaile, bermain untuk Malaysia merupakan satu kebanggaan bagi dirinya.

“Kita sudah cuba untuk layak ke Liga Premier ARC 2018 sejak 2014, dan kami bagi tahun ini, ia adalah satu kejayaan besar untuk arena ragbi Malaysia,” jelas beliau.


3. Aura SNBJ

Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bakal menjadi venue rasmi bagi skuad negara untuk menentang Korea Selatan pada 28 April dan Hong Kong pada 5 Mei.

Sememangnya, stadium keramat ini akan memberi aura dan suntikan semangat kepada pasukan lebih dengan kehadiran penyokong seluruh negara.

Pemain kebangsaan paling muda, Amirul Mukminan Amizan, 22 tahun, kehadiran penyokong diharapkan bagi menyuntik semangat kepada pasukan.

Amirul Mukminan Bin Amizan, kehadiran penyokong diharapkan bagi menyuntik semangat kepada pasukan.



Baca disini: Demi lencana didada, skuad Bunga Raya tidak gentar pasukan lawan

4. Faktor Lee Nyuk Fah

Bercakap mengenai prestasi pasukan ragbi Malaysia, kita tidak boleh melupakan sumbangan besar daripada Ketua Jurulatih, Lee Nyuk Fah.

Pengurus Besar Kesatuan Ragbi Malaysia, Muhd Mazuri Salehuddin menjelaskan, kehadiran Lee Nyuk Fah sememangnya melengkapkan serta mengubah prestasi pasukan ke tahap lebih baik.

“Jurulatih Nyuk Fah mempunyai pasukan kejurulatihan yang sendiri. Apabila beliau masuk ke skuad kami, beliau sudah mempunyai pembantu jurulatih, pakar pemakanan, dan jurulatih kecergasan,” katanya.

5.Mentaliti Juara

Skuad ragbi negara bukan sahaja bersedia secara fizikal malah secara mental. Menurut Ketua Pasukan Kebangsaan, Syahir Asraf Rosli, persediaan semua pemain berada pada tahap positif.

Walaupun pemain sedikit gementar untuk berdepan Hong Kong dan Korea Selatan, beliau sering menaikkan mentaliti rakan sepasukannya.

“Saya selalu ingatkan pemain, jangan terlalu risau tentang kekuatan pasukan lawan tetapi lebih fokus terhadap prestasi diri sendiri seterusnya untuk kemantapan pasukan,” katanya.

Tambahnya, beliau tidak menolak kemungkinan pasukannya mampu layak ke Piala Dunia Ragbi 2019 di Jepun.