<![CDATA[Foto - Astro Awani]]> http://english.astroawani.com/ http://static.astroawani.com/images/astro_awani_logo.png Astro Awani 248 146 <![CDATA[Sambutan Syawal di seluruh dunia meriah]]> (11 Foto)
Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diraikan selepas sebulan umat Islam menunaikan ibadah puasa yang diwajibkan kepada mereka hendaklah disambut mengikut lunas syarak dan tidak dicampur aduk dengan perkara yang diharamkan oleh Islam. Warga Islam di Malaysia meraikan hari pertama sambutan Syawal dengan menunaikan sembahyang sunat Aidilfitri pada Jumaat. - Foto AP/Vincent Thian Warga Islam di Malaysi menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri dengan tawaduk sebagai tanda kejayaan selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadan pada hari Jumaat, 15 Jun, 2018. - Foto AP/Vincent Thian Seorang kanak-kanak sedang menunggu kedua ibu-bapanya selesai menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri di ibu negara pada Jumaat (15 Jun, 2018). Warga Islam di seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Jumaat, sebagai meraikan kejayaan selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadan. -
Foto AP/Vincent Thian Warga Muslim di Indonesia meraikan kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri selepas menunaikan sembahyang sunat Hari Raya di Sunda Kelapa di Jakarta, Indonesia pada Jumaat. - Foto AP/Tatan Syuflana Warga Islam di Filipina menutupi wajah masing-masing di luar premis Masjid Biru ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri pada Jumaat, 15 Jun, 2018. Masjid Biru terletak di pinggir bandar Taguig di Barat Manila, Filipina. - Foto AP/Bulilit Marquez Warga Islam di Bosnia menunaikan sembahnya sunat Aidilfiri di Masjid Begova, Sarajevo pada awal Jumaat (15 Jun, 2018). Warga Islam di sana khusyuk sambil mendengar khutbah solat Hari Raya Aidilfitri. - Foto AP/Amel Emric Simboliknya perayaan Hari Raya Aidilfitri di Kaherah, Mesir apabila warga Islam setempat melepaskan belon dari unit pangsapuri masing-masing. Cukup istimewa! - Foto AP/Amr Nabil Warga Islam di Kenya menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri di Kibera, Nairobi pada Jun 15, 2018 untuk meraikan kejayaan selepas berakhirnya berpuasa selama sebulan di bulan Ramadan. - Foto AP/Khalil Senosi Orang ramai menunaikan solat sunat Jumaat sebagai tanda kejayaan berpuasa selama sebulan di Rawalpindi, Pakistan pada Jun 15, 2018. - Foto AP/B.K Bangash Remaja lelaki Palestin memegang belon di Baitulmaqdis pada Jumaat, sebelum menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri. - Foto AP/Mahmoud Illean Warga Islam di Turki menunaikan sembahyang sunat Hari Raya pada hari pertama sambutan Hari Raya Aidilfitri sebagai tanda berakhirnya bulan Ramadan  di Masjid Suleymaniye di Istanbul, pada hari Jumaat, 15 Jun, 2018. - Foto AP/Emrah Gurel ]]>
http://english.astroawani.com/photos/album/sambutan-aidilfitri-di-seluruh-dunia-meriah-4798 Sat, 16 Jun 2018 16:38:14 +0800 4798
<![CDATA[Upacara perasmian Piala Dunia FIFA 2018 Rusia]]> (5 Foto)
Pemandangan dari atas stadium ketika upacara perasmian Piala Dunia FIFA 2018 di Stadium Luzhniki pada 14 Jun 2018 di Russia. - REUTERS / Carl Recine Penyanyi Robbie Williams membuat persembahan ketika upacara perasmian Piala Dunia FIFA 2018 di Stadium Luzhniki pada 14 Jun 2018 di Russia. - REUTERS/Maxim Shemetov Legenda bola sepak Brazil, Ronaldo, melambai tangan ketika upacara perasmian Piala Dunia FIFA 2018 di Stadium Luzhniki pada 14 Jun 2018 di Russia. REUTERS/Kai Pfaffenbach Persembahan ketika upacara perasmian Piala Dunia FIFA 2018 di Stadium Luzhniki pada 14 Jun 2018 di Russia. REUTERS/Grigory Dukor Soccer Football - World Cup - Opening Ceremony - Luzhniki Stadium, Moscow, Russia - June 14, 2018 Robbie Williams performs during the opening ceremony REUTERS/Kai Pfaffenbach Penyanyi opera Rusia, Aida Garifullina membuat persembahan ketika upacara perasmian Piala Dunia FIFA 2018 di Stadium Luzhniki pada 14 Jun 2018 di Russia. REUTERS/Carl Recine ]]>
http://english.astroawani.com/photos/album/upacara-perasmian-piala-dunia-fifa-2018-rusia-4797 Sat, 16 Jun 2018 09:02:15 +0800 4797
<![CDATA[Ambang Aidilfitri, meriah tak terperi!]]> (16 Foto)
Orang ramai berehat seketika daripada membeli-belah di Jalan Tunku Abdul Rahman sambil menikmati dendangan lagu raya yang dipersembahkan oleh penyanyi jalanan pada minggu terakhir Ramadan. - Astro AWANI/Shahir Omar Kuih raya moden dan tradisional pelbagai jenis disusun rapi bagi menarik perhatian pelanggan yang berkunjung di bazar Jalan Tuanku Abdul Rahman. - Astro AWANI/Shahir Omar Baju Melayu berwarna-warni dilihat dijual di bazar Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk memancing citarasa pelanggan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri Jumaat ini. - Astro AWANI/Shahir Omar Pelbagai ragam manusia dapat dilihat di kawasan jualan bazar Aidilfitri di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman pada malam-malam terakhir Ramadan. - Astro AWANI/Shahir Omar Orang ramai yang mengunjungi bazar di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman pada malam-malam terakhir Ramadan tentunya mengharapkan diskaun terbaik untuk berbelanja sempena sambutan Syawal. - Astro AWANI/Shahir Omar Seorang pelanggan sedang mencuba pakai sehelai tudung di salah satu kedai di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Pastinya ramai mahu tampil bergaya pada Hari Raya Aidilfitri. - Astro AWANI/Shahir Omar Ibu bapa tidak ketinggalan membawa anak-anak masing-masing ke kawasan bazar sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman kerana pelbagai barangan keperluan diri dan kelengkapan untuk seisi keluarga ditawarkan. - Astro AWANI/Shahir Omar Kompleks Terminal Bersepadu Selatan dipenuhi dengan warga kota yang mahu kembali ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri Jumaat ini. - Astro AWANI/Shahir Omar Warga kota tertib beratur di kaunter pelbagai kompleks pengangkutan Terminal Bersepadu Selatan bagi membeli tiket untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. - Astro AWANI/Shahir Omar Setiap seorang ada destinasi dan cerita masing-masing sempena penghujung Ramadan ini. Apakah agaknya cerita mereka ini yang sempat dirakam lensa kamera? - Astro AWANI/Shahir Omar Suasana awal pagi di terminal feri di Kompleks Datuk Shaari Jihin, Pelabuhan Klang. Warga Indonesia bersiap sedia untuk pulang menyambut Lebaran di kampung halaman masing masing. - Astro AWANI / Shahir Omar Seorang lelaki Indonesia tertidur ketika menunggu feri di Kompleks Dato Perjalanan yang panjang, tapi berbaloi untuk ditempuhi. Sebahagian daripada penumpang, yang kebanyakannya warga Indonesia, beratur membeli tiket di Kompleks Datuk Shaari Jihin, Pelabuhan Klang. - Astro AWANI/Shahir Omar Seorang wanita warga Indonesia memeluk anak patung beruang ketika menunggu feri di Kompleks Datuk Shaari Jihin, Pelabuhan Klang. Entah siapa agaknya yang bakal menerima hadiah istimewa itu di kampung halaman? - Astro AWANI/Shahir Omar Lampu hiasan rumah pelbagai warna dan bentuk digantung pada sebuah gerai di Jalan Tuanku Abdul Rahman, tentunya untuk menarik perhatian pelanggan yang lalu-lalang. - Astro AWANI/Shahir Omar Bazar di Jalan Tuanku Abdul Rahman sesak dengan pelanggan yang ingin menikmati diskaun terakhir sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Jumaat ini. - Astro AWANI/Shahir Omar ]]>
http://english.astroawani.com/photos/album/aidilfitri-2018-4796 Tue, 12 Jun 2018 21:03:58 +0800 4796
<![CDATA[Lakar masa depan dengan Jepun]]> (7 Foto)
Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe mempelawa Tun Dr Mahathir Mohamad ke tempat perbincangan di kediaman rasmi pemimpin Jepun itu pada 12 Jun 2018. - Foto AFP/Pool/Toshifumi Kitamura Tun Dr Mahathir Mohamad dan rakan sejawatnya Shinzo Abe berjabat tangan selepas pemimpin Jepun itu menyerahkan bukunya di Tokyo pada 12 Jun 2018. - Foto Toshifumi Kitamura/Pool Photo via AP Tun Dr Mahathir Mohamad menerima jersi bola sepak pasukan kebangsaan Jepun yang tertera namanya dari rakan sejawatnya Shinzo Abe semasa pertemuan mereka di Tokyo pada 12 Jun 2018. - Foto AFP/Pool/Toshifumi Kitamura Tun Dr Mahathir Mohamad membincangkan sesuatu bersama rakan sejawatnya Shinzo Abe semasa pertemuan mereka di kediaman rasmi pemimpin Jepun itu di Tokyo pada 12 Jun 2018. - Foto AFP/Pool/ Toshifumi Kitamura Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Tokyo pada 11 Jun 2018 bagi menghadiri Persidangan Antarabangsa "Masa Depan Asia". - Foto AP/Shuji Kajiyama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tekun mendengar moderator semasa Persidangan Antarabangsa mengenai "Masa Depan Asia" di Tokyo pada 11 Jun 2018. - Foto AP/Shuji Kajiyama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan rakan sejawatnya Shinzo Abe sebelum adakan sidang media di kediaman rasmi pemimpin Jepun itu pada 12 Jun 2018. - Foto AFP/Pool/Toshifumi Kitamura ]]>
http://english.astroawani.com/photos/album/tun-dr-mahathir-mohamad-di-persidangan-antarabangsa-masa-depan-asia-ke-24-4795 Tue, 12 Jun 2018 14:38:59 +0800 4795
<![CDATA[Pertemuan bersejarah! Trump dan Jong Un]]> (6 Foto)
Presiden AS Donald Trump bersalaman dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un di Hotel Capella yang terletak di pulau Sentoasa, Singapura pada 12 Jun 2018. - Reuters/Jonathan Ernst Presiden AS Donald Trump duduk di sebelah pemimpin Korea Utara Kim Jong-un sebelum pertemuan dua hala mereka di Hotel Capella, Sentosa, Singapura pada 12 Jun 2018. - Reuters/Jonathan Ernst Pertemuan ini merupakan yang pertama antara pemimpin negara Uncle Sam dengan Korea Utara yang sebelum ini mengamalkan sikap yang sangat tertutup. - Reuters/Jonathan Ernst Pertemuan bersejarah di antara Presiden AS Donald Trump dan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un diharap dapat mengakhiri permusuhan tujuh dekad AS-Korea Utara serta menguburkan aktiviti senjata nuklear Pyongyang. - Reuters/Jonathan Ernst Warga Korea Utara mengikuti rapat liputan berita pertemuan pemimpin negara itu, Kim Jong-un bersama Presiden AS, Donald Trump di pejabat Persatuan Korea di Singapura pada 12 Jun 2018. - Reuters/Tyrone Siu Rombongan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un menuju ke Sentosa bagi menghadiri persidangan bersama Presiden AS, Donald Trump pada 12 Jun 2018. - Reuters/Tyrone Siu ]]>
http://english.astroawani.com/photos/album/pertemuan-bersejarah-trump-dan-jong-un-4794 Tue, 12 Jun 2018 11:53:02 +0800 4794
<![CDATA[Foto klasik Piala Dunia FIFA]]> (8 Foto)
Pemain pertahanan Itali, Giorgio Chiellini menunjukkan bahunya yang didakwa digigit oleh penyerang Uruguay, Luis Suarez semasa perlawanan Kumpulan D semasa Piala Dunia FIFA 2014. - Reuters Pemain pertahanan Jerman, Philipp Lahm menenangkan penyerang Brazil, Oscar selepas perlawanan Piala Dunia FIFA mereka pada 2014. - Reuters/Marcos Brindicci Pemain pasukan Argentina, Diego Maradona meraikan jaringan gol sebaik sahaja pengadil Romualdo Arppi Filho meniup wisel penamat semasa perlawanan akhir Piala Dunia menentang Jerman Barat pada 1986. - Reuters Pemain tengah pasukan Jerman, Bastian Schweinsteiger menjulang trofi Piala Dunia FIFA selepas memenangi temasya itu pada 2014. - Reuters Kapten pasukan Brazil, Dunga menjulang trofi Piala Dunia selepas memenangi temasya tersebut pada 1994. - Reuters Pemain pasukan England, Geoff Hurst melengkapkan hatrik dan menjaringkan gol keempat dalam perlawanan akhir menentang Jerman Barat pada 1966. - Reuters Ratu Elizabeth II menyampaikan trofi Piala Dunia kepada kapten pasukan England, Bobby Moore di Stadium Wembley pada 1966. - Reuters Pemain Brazil Pele, meraikan selepas menjaringkan gol pembukaan dalam perlawanan menentang Itali semasa perlawanan akhir pada 1970. Perlawanan tersebut pertama kali disiarkan secara langsung di seluruh dunia dalam warna. - Reuters ]]>
http://english.astroawani.com/photos/album/foto-klasik-piala-dunia-fifa-4793 Sun, 10 Jun 2018 09:33:07 +0800 4793
<![CDATA[Persiapan Hari Raya]]> (6 Foto)
Pembantu jualan Huzaifah Cookies Nor Hidayu Aziz, 23, menunjukkan tart nanas gulung yang dijual di Cherang sempena Hari Raya Aidilfitri. Kulit biskut yang lembut, gebu dengan intinya diperbuat daripada nanas asli menjadikan biskut itu antara yang menjadi kegemaran ramai ketika sambutan Hari Raya.-fotoBERNAMA (2018) Pembantu jualan Huzaifah Cookies Nor Hidayu Aziz, 23, melayan pelanggan yang membeli tart nanas gulung di Cherang sempena Hari Raya Aidilfitri.-fotoBERNAMA (2018) Pekerja Sri Anang Enterprise, Mohd Amirul Basit menyusun pelbagai jenis kerepek yang dijual ketika tinjauan di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, ibu negara. Kerepek itu dijual dengan harga RM15 sebungkus.-fotoBERNAMA (2018) Pekerja Sri Anang Enterprise, Mohd Amirul Basit menyusun balang biskut raya yang dijual ketika tinjauan di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, ibu negara. Lebih 50 jenis biskut raya dijual di kedainya dengan harga serendah RM25 sebalang.-fotoBERNAMA (2018) Hiasan lampu dan bintang yang menghiasi sebuah pusat beli-belah terkemuka ketika tinjauan kemeriahan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut pada pertengahan bulan ini. -fotoBERNAMA (2018) Hiasan lampu dan bintang yang menghiasi sebuah pusat beli belah terkemuka ketika tinjauan kemeriahan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut pada pertengahan bulan ini. -fotoBERNAMA (2018) ]]>
http://english.astroawani.com/photos/album/persiapan-hari-raya-4792 Tue, 05 Jun 2018 17:37:31 +0800 4792
<![CDATA[Amukan gunung berapi Fuego]]> (7 Foto)
Letusan ganas Gunung Berapi turut memuntahkan debu asap tebal yang boleh dilihat dari Alotenango, Guatemala pada 3 Jun, 2018. Gunung berapi Feugo merupakan salah satu gunung berapi paling aktif di Amerika Tengah yang memuntahkan ledakan berapi dan batu lebur selain menutupi ruang udara kampung sehingga puluhan terkorban serta ribuan tercedera pada Ahad. - Foto AP/Santiago Billy Askar sedang menyapu debu asap yang menutupi jalan raya di Lapangan Antarabangsa La Aurora di Guatemala City selepas letusan ganas gunung berapi Fuego pada 3 Jun, 2018.  Agensi Pengurusan Bencana Nasional (Conred) berkata aliran lava yang melanda perkampungan El Rodeo memusnahkan kediaman dan mengancam nyawa penduduk. - Foto REUTERS/Luis Vargas Sebahagian pemadam api ditutupi dengan debu asap selepas letusan ganas Gunung Berapi Feugo di San Juan Alotenango, Guatemala City pada 3 Jun, 2018.  Gunung berapi tersebut turut mengeluarkan asap hitam serta abu ke udara dan memaksa lapangan terbang antarabangsa La Aurora menutup landasan tunggalnya.- Foto Reuters/Luis Echeverria Kanak-kanak bermain di gelanggang bola keranjang selepas letusan ganas Gunung Berapi Feugo yang terletak berdekatan bandar Guatemala, Guatemala pada 3 Jun, 2018. - Foto Reuters/Luis Echeverria Debu asap kelihatan mayat mangsa letusan Gunung Berapi Feugo di dalam bilik mayat di San Juan Alotenango, Guatemala pada 3 Jun 2018. Jumlah kematian akibat letusan gunung berapi di Guatemala terus meningkat kepada 62 orang, menurut pihak berkuasa negara Amerika Tengah pada 6 Jun, 2018. - Foto Reuters/Luis Echeverria Tiga orang wanita kelihatan sedang meratap di sebuah pusat perlindungan selepas Gunung Berapi Feugo meletus di San Juan Alotenango, Guatemala pada 3 Jun lalu. Jumlah kematian akibat letusan gunung berapi di Guatemala terus meningkat kepada 62 orang, menurut pihak berkuasa negara Amerika Tengah itu hari ini. - Foto Reuters/Luis Echeverria Amukan Gunung Berapi Fuego pada 3 Jun, 2018 telah memuntahkan ledakan lava dan batu lebur, dan asap tebal dapat dilihat sehingga ke Alotenango, Guatemala. Gunung Berapi Feugo merupakan salah satu gunung berapi paling aktif di Amerika Tengah yang memuntahkan ledakan berapi dan batu lebur selain menutupi ruang udara kampung berhampiran sehingga puluhan terkorban serta ribuan tercedera pada Ahad. - Foto AP/Luis Soto ]]>
http://english.astroawani.com/photos/album/amukkan-gunung-berapi-fuego-4791 Tue, 05 Jun 2018 16:06:23 +0800 4791
<![CDATA[Sambutan Hari Wesak 2018]]> (7 Foto)
Seorang sami merestui penganut yang hadir sempena sambutan Hari Wesak di Maha Vihara di Brickfields, Kuala Lumpur. - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR Penganut Buddha Malaysia menjalankan ritual mereka di Maha Vihara, Brickfields sempena sambutan Hari Wesak pada 29 Mei 2018. - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR Antara ritual yang dijalankan para penganut Buddha di Maha Vihara di Brickfields, Kuala Lumpur sempena menyambut Hari Wesak pada 29 Mei 2018 - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR Penganut Buddha pelbagai lapisan usia bersama bahan persembahan mereka di Kuil Maha Vihara dekat Brickfields, Kuala Lumpur sempena sambutan Hari Wesak. - Astro AWANI/Shahir Omar Seorang sukarelawan kuil mengisi semula minyak pada pelita sempena sambutan Hari Wesak di Maha Vihara, Brickfields. - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR Penyerahan jiwa untuk merefleksi diri. Itulah falsafah yang dihayati para penganut Buddha semasa menjalankan ritual sempena Hari Wesak. - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR Seorang kanak-kanak berdiri di hadapan dekorasi sambutan Hari Wesak di Kuil Maha Vihara di Brickfieldsm, Kuala Lumpur. - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR ]]>
http://english.astroawani.com/photos/album/sambutan-hari-wesak-2018-4790 Tue, 29 May 2018 17:14:49 +0800 4790
<![CDATA[Menggalas amanah: Menteri-menteri kabinet baharu mulakan tugas]]> (8 Foto)
Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika memulakan tugas pada hari pertama di Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada 22 Mei 2018. - fotoBERNAMA Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin menurunkan tandatangan pada plak Menteri Pertahanan Mohamad Sabu memeriksa perbarisan kawalan kehormatan ketika memulakan tugas rasmi sebagai menteri di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur pada 22 Mei 2018. - fotoBERNAMA Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo (kiri) memulakan tugas sebagai menteri baharu di kementerian itu di Putrajaya pada 22 Mei 2018. Beliau diberikan taklimat dan pengenalan daripada Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) Tan Sri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad (dua, kiri) serta ketua-ketua agensi di bawah kementerian berkenaan. - fotoBERNAMA Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (empat, kiri) mengadakan pertemuan pertama dengan pegawai pengurusan Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Pejabat Menteri Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya pada 22 Mei 2018. - fotoBERNAMA Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengetik kad perakam waktu bagi memulakan tugas sebagai menteri di pejabat Kementerian Pendidikan di Kompleks E8, Putrajaya pada  22 Mei 2018. - fotoBERNAMA PUTRAJAYA, 23 Mei - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub mengetik kad perakam waktu ketika memasuki pejabat pada hari pertama di kementerian itu hari ini.- fotoBERNAMA (2018) PUTRAJAYA, 22 Mei - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tersenyum ketika hadir ke sidang media selepas memulakan tugas pertama sebagai Menteri Kewangan di pejabatnya di Kementerian Kewangan Malaysia, hari ini. - fotoBERNAMA (2018) ]]>
http://english.astroawani.com/photos/album/menggalas-amanah-menteri-menteri-kabinet-mulakan-tugas-4789 Tue, 22 May 2018 13:53:41 +0800 4789
<![CDATA[Tun Dr Mahathir Hadir Perhimpunan Pertama Warga JPM]]> (5 Foto)
YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia memberi ucapan ketika menghadiri Ke Majlis Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga JPM bagi Bulan Mei 2018 di Dataran Perdana Bangunan Perdana Putra Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya pada 21 Mei 2018. - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia menghadiri Ke Majlis Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga JPM bagi Bulan Mei 2018 di Dataran Perdana Bangunan Perdana Putra Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya pada 21 Mei 2018. - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia menghadiri Ke Majlis Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga JPM bagi Bulan Mei 2018 di Dataran Perdana Bangunan Perdana Putra Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya pada 21 Mei 2018. - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia menghadiri Ke Majlis Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga JPM bagi Bulan Mei 2018 di Dataran Perdana Bangunan Perdana Putra Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya pada 21 Mei 2018 - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia menghadiri Majlis Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga JPM bagi Bulan Mei 2018 di Dataran Perdana Bangunan Perdana Putra Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya pada 21 Mei 2018. - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR ]]>
http://english.astroawani.com/photos/album/perjumpaa-tun-m-bersama-warga-jpm-sebagai-perdana-menteri-kali-kedua-4788 Mon, 21 May 2018 09:57:23 +0800 4788
<![CDATA[Tetamu selebriti perkahwinan diraja Putera Harry - Meghan Markle]]> (6 Foto)
George Clooney dan Amal Clooney tiba di Gereja St George di Istana Windsor untuk menghadiri majlis perkahwinan Putera Harry dan Meghan Markle, 19 Mei, 2018. REUTERS Lady Kitty Spencer tiba di Gereja St George di Istana Windsor untuk menghadiri majlis perkahwinan Putera Harry dan Meghan Markle, 19 Mei, 2018. REUTERS Pemain tennis Serena Williams dan suami Alexis Ohanian tiba di Gereja St George di Istana Windsor untuk menghadiri majlis perkahwinan Putera Harry dan Meghan Markle, 19 Mei, 2018. REUTERS Abigail Spencer (kiri) dan Priyanka Chopra tiba di Gereja St George di Istana Windsor untuk menghadiri majlis perkahwinan Putera Harry dan Meghan Markle, 19 Mei, 2018. REUTERS Idris Elba dan Sabrina Dhowre tiba di Gereja St George di Istana Windsor untuk menghadiri majlis perkahwinan Putera Harry dan Meghan Markle, 19 Mei, 2018. REUTERS David dan Victoria Beckham tiba di majlis perkahwinan Putera Harry dan Meghan Markle di Windsor, 19 Mei, 2018. REUTERS ]]>
http://english.astroawani.com/photos/album/tetamu-selebriti-di-perkahwinan-diraja-4787 Sun, 20 May 2018 14:02:40 +0800 4787
<![CDATA[Perkahwinan Diraja Putera Harry-Meghan Markle]]> (9 Foto)
Abang Putera Harry, Putera William (kanan) hadir pada majlis perkahwinan bersama beliau. William turut menjadi pengapit buat Harry pada majlis yang berlangsung penuh gilang gemilang. - Foto Ian West/Pool via REUTERS Antara 600 tetamu yang hadir termasuk Oprah Winfrey, George dan Amal Clooney, David dan Victoria Beckham serta Sir Elton John. - Foto Dominic Lipinski/Pool via REUTERS Meghan Markle diihat menggayakan gaun pengantin putih salju hasil sentuhan pereka Britain, Clare Waight Keller. - Foto Brian Lawless/pool photo via AP Mengenakan busana rekaan pereka Britain, Clare Waight Keller, Markle diiringi oleh bapa Harry, Putera Charles ketika berjalan selepas bapanya tidak dapat hadir ekoran masalah kesihatan. - Foto Brian Lawless/pool photo via AP Diangkat sebagai Pewaris kelima dalam keluarga diraja Britain itu hampir mengalirkan air mata apabila melihat cinta hatinya buat kali pertama dalam gaun putih yang menawan hasil rekaan pereka British, Clare Waight Keller. - Foto Ian West/Pool via REUTERS Terdahulu, Ratu Elizabeth II turut menganugerahkan gelaran Duke of Sussex kepada Putera Harry, sekali gus Markle menjadi Duchess of Sussex. - Foto Jonathan Brady/pool photo via AP Gereja St George menjadi saksi kepada tempatnya pasangan diraja ini mengikat tali percintaan sebelum diarak menaiki kereta kuda tidak berbumbung melalui semua jalan di Windsor. - Foto Dominic L Putera Harry dan buah hatinya, aktres Amerika Syarikat, Meghan Markle akhirnya mengikat tali percintaan mereka dengan perkahwinan di Gereja St George yang terletak di Istana Windsor, di London - Foto Danny Lawson/pool photo via AP ]]>
http://english.astroawani.com/photos/album/britain-royal-wedding-4786 Sat, 19 May 2018 20:43:40 +0800 4786
<![CDATA[Sambutan awal Ramadan di seluruh dunia]]> (12 Foto)
Menjelang Ramadan, penjaja menjual buah kurma secara terbuka di jalanan di Kabul, Afghanistan, 16 Mei 2018. (Foto AP) Rakyat Maghribi membeli barangan di pasar souk pada hari pertama Ramadan di Casablanca, Maghribi, 17 Mei 2018. (Foto AP) Umat Islam berdoa sebelum berbuka puasa pada hari pertama Ramadan, di Islamabad, Pakistan, 17 Mei 2018. (Foto AP) Tukang masak mengaut nasi dari kawah untuk dihidangkan pada hari pertama Ramadan di Kabul, Afghanistan, 17 Mei 2018. (Foto AP) Umat Islam di sebuah pusat penempatan pencari suaka menunaikan solat Maghrib pada hari pertama Ramadan di pinggir bandar Bangkok, Thailand, 17 Mei 2018. (Foto AP) Pelajar asrama sedang mendirikan solat di Sekolah Agama Ar-Raudhatul Hasanah, Medan, Sumatera Utara, Indonesia, 17 Mei 2018. (AP Photo) Seorang buruh tidur di dalam kereta sorongnya ketika berehat pada hari pertama Ramadan di Kabul, Afghanistan, 17 Mei 2018. (AP Photo) Kanak-kanak perempuan memegang obor ketika majlis perayaan menyambut kedatangan Ramadan di Jakarta, Indonesia, 12 Mei 2018. (Foto AP) Wanita Muslim membaca Al-Quran menyambut ketibaan Awal Ramadan di Brooklyn, New York, A.S., 16 Mei 2018. REUTERS. Seorang pekerja kilang menyiapkan tempahan kuih pada hari pertama Ramadan di Kabul, Afghanistan, 17 Mei 2018. REUTERS Seorang budak lelaki melakukan persiapan menjelang berbuka puasa pada hari pertama Ramadan di sebuah masjid di Karachi, Pakistan, 17 Mei 2018. - REUTERS Seorang lelaki membaca Al-Quran di sebuah masjid pada hari pertama Ramadan di Sanaa, Yaman, 17 Mei 2018. - REUTERS. ]]>
http://english.astroawani.com/photos/album/kemeriahan-ramadan-di-seluruh-dunia-4785 Sat, 19 May 2018 10:37:07 +0800 4785
<![CDATA[Himpunan Merdeka Rakyat]]> (7 Foto)
Ribuan rakyat yang hadir pada Himpunan Merdeka Rakyat di Padang Timur, Petaling Jaya, bagi menyambut pembebasan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, 16 Mei, 2018. Astro AWANI / SHAHIR OMAR Ketibaan Datuk Seri Anwar Ibrahim kira-kira jam 10 malam disambut penyokongnya yang begitu gembira sehingga menitiskan air mata pada Himpunan Merdeka Rakyat di Padang Timur, Petaling Jaya, 16 Mei, 2018. ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR Penyokong memakai baju dengan imej wajah Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berkumpul pada Himpunan Merdeka Rakyat di Padang Timur, Petaling Jaya, 16 Mei, 2018. ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR Penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim mengibarkan bendera PKR ketika berkumpul pada Himpunan Merdeka Rakyat di Padang Timur, Petaling Jaya, 16 Mei, 2018. ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR Penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim khusyuk mendengar ucapan Ketua Umum PKR itu susulan hari pertama pembebasan beliau selepas mendapat pengampunan Yang di-Pertuan Agong pada Himpunan Merdeka Rakyat di Padang Timur, Petaling Jaya, 16 Mei, 2018. ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR Salah seorang penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim duduk bersendirian sambil mendengar ceramah Ketua Umum PKR itu pada Himpunan Merdeka Rakyat di Padang Timur, Petaling Jaya, 16 Mei, 2018. ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR Majlis meraikan Datuk Seri Anwar Ibrahim dimulakan dengan solat Magrib, Isyak dan tarawih secara berjemaah sebelum beberapa pemimpin tertinggi Pakatan Harapan menyampaikan ucapan pada Himpunan Merdeka Rakyat yang diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya, 16 Mei, 2018. Astro AWANI / SHAHIR OMAR ]]>
http://english.astroawani.com/photos/album/himpunan-merdeka-rakyat-4784 Thu, 17 May 2018 09:59:55 +0800 4784
<![CDATA[Datuk Seri Anwar Ibrahim: Dari Penjara ke Istana]]> (8 Foto)
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akhirnya dibebaskan hari ini, 16 Mei, 2018, selepas dijatuhkan hukuman penjara lima tahun pada Februari 2015. Foto REUTERS Datuk Seri Anwar Ibrahim melambai kepada media ketika memasuki kereta untuk meninggalkan Hospital Rehabilitasi Cheras sebelum bergerak untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, 16 Mei, 2018. Foto REUTERS Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Timbalan Perdana Menteri, setia menemani suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim, saat beliau dibebaskan pada 16 Mei, 2018. Foto REUTERS Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan isteri, yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, hadir menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara, 16 Mei, 2018. fotoBERNAMA Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hadir menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara, 16 Mei, 2018. fotoBERNAMA Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan menerima menghadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara, 16 Mei, 2018. Turut hadir, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. fotoBERNAMA Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan menerima menghadap Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas memberi pengampunan penuh kepada Ketua Umum PKR itu dan kebebasan serta-merta terhadapnya di Istana Negara, 16 Mei, 2018. fotoBERNAMA Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan menerima menghadap Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas memberi pengampunan penuh kepada Ketua Umum PKR itu dan kebebasan serta-merta terhadapnya di Istana Negara, 16 Mei, 2018. fotoBERNAMA ]]>
http://english.astroawani.com/photos/album/datuk-seri-anwar-ibrahim-dari-penjara-ke-istana-4783 Wed, 16 May 2018 17:29:35 +0800 4783
<![CDATA[Detik bersejarah! Anwar Ibrahim dibebaskan]]> (8 Foto)
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akhirnya dibebaskan hari ini, 16 Mei, 2018, selepas dijatuhkan hukuman penjara lima tahun pada Februari 2015. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diiringi ke keretanya senyum gembira saat bertemu media ketika meninggalkan Hospital Rehabilitasi Cheras di mana dia menerima rawatan akibat kecederaan terdahulu. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar Keadaan sesak di perkarangan Hospital Rehabilitasi Cheras ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan kerana pihak media tidak mahu melepaskan peluang merakam detik bersejarah ini. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Timbalan Perdana Menteri, setia menemani suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim, saat beliau dibebaskan pada 16 Mei, 2018. - Foto REUTERS Datuk Seri Anwar Ibrahim melambai kepada jurugambar sebelum keretanya bergerak meninggalkan Hospital Rehabilitasi Cheras, 16 Mei, 2018. Foto ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR Datuk Seri Anwar Ibrahim gembira disatukan kembali dengan ahli keluarganya, termasuk isteri dan anak menantu serta cucunya, di kediaman mereka di Bukit Segambut, Kuala Lumpur, 16 Mei, 2018. - Foto ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama salah seorang anak mereka melemparkan senyuman ceria kepada pihak media di kediaman mereka di Bukit Segambut, Kuala Lumpur. - Foto ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiahkan ciuman kepada isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail saat-saat gembira bertemu semula dengan ahli keluarga di rumah mereka di Bukit Segambut, Kuala Lumpur, 16 Mei, 2018. - Foto ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR ]]>
http://english.astroawani.com/photos/album/pembebasan-datuk-seri-anwar-ibrahim-4782 Wed, 16 May 2018 12:02:48 +0800 4782
<![CDATA[Wajah-wajah Menteri Kewangan dari tahun 1957-2018]]> (11 Foto)
Menteri Kewangan kedua Malaysia, Tun Tan Siew Sin (gambar) menjadi Menteri Kewangan Malaysia bermula pada tahun 1959 sehingga 1969. Menteri Kewangan pertama Malaysia adalah Tun H.S.Lee sekitar tahun 1957 sehingga 1959. - Foto Sumber Arkib Negara. Perdana Menteri Malaysia kedua Malaysia iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein pernah menjadi Menteri Kewangan pada tahun 1969 sehingga 1970. - Foto Sumber Arkib Negara. Mendiang Tun Tan Siew Sin ketika membawa dokumen pembentangan bajet ke Parlimen. Tun Tan Siew Sin sekali lagi dilantik menjadi Menteri Kewangan Malaysia pada tahun 1970 sehingga 1974. - Foto Sumber Arkib Negara Perdana Menteri ketiga Malaysia, Allahyarham Tun Hussein Onn pernah menjadi Menteri Kewangan Malaysia sekitar tahun 1974 sehingga 1976. - Foto sumber Arkib Negara Tengku Razaleigh Hamzah ketika sedang bersiap sedia sebelum pembentangan bajet di Parlimen. Tengku Razaleigh pernah menjadi Menteri Kewangan pada tahun 1976 sehingga 1984. - Foto Sumber Arkib Negara Pembentangan Bajet tahun 2000: Tun Daim Zainuddin pernah dilantik menjadi Menteri Kewangan pada tahun 1985 sehingga 1990 dan sekali lagi menjadi Menteri Kewangan negara pada tahun 1999 sehingga 2001. - Foto Sumber Arkib Negara Pembentangan bajet tahun 1996: Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menjadi Menteri Kewangan Malaysia pada tahun 1991 sehingga 1998 - Foto Flickr Pembentangan Bajet 2004: Perdana Menteri keempat negara, Tun Mahathir pernah menjadi Menteri Kewangan sekitar tahun 1998 sehingga 1999 dan sekali lagi pada tahun 2001 sehingga 2003 -  Foto AFP / Jimin LAI Pembentangan bajet pada tahun 2007: Perdana Menteri Malaysia yang kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah menjadi Menteri Kewangan sejak tahun 2003 sehingga 2008 - Foto AFP Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merangkap Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2015 di Dewan Rakyat, Parlimen. Turut kelihatan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai (kiri). Najib menjadi Menteri Kewangan sejak tahun 2008 - fotoBERNAMA (2014) Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Sabtu mengumumkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan dalam Kabinet baharu kerajaan Malaysia. - Foto Bernama ]]>
http://english.astroawani.com/photos/album/menteri-kewangan-dari-tahun-1957-2018-4781 Sat, 12 May 2018 21:54:52 +0800 4781
<![CDATA[Najib letak jawatan Pengerusi BN & Presiden UMNO]]> (10 Foto)
Najib berpelukan sebagai tanda sokongan bersama Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang kini menggalas tugas sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional. -Astro AWANI / SHAHIR OMAR Reaksi Datuk Seri Najib Tun Razak ketika umum melepaskan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) dalam sidang media khas di Bangunan UMNO, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Sabtu. -Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kini memegang jawatan sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN). -Foto ASTRO Awani / SHAHIR OMAR Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi BN. -Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan mengajak rakan-rakan seperjuangan UMNO untuk membina semula nama baik parti itu. -Astro AWANI/SHAHIR OMAR Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, juga Naib Presiden UMNO, menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi BN. -Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak umum melepaskan jawatan Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional serta-merta dalam sidang media khas di Bangunan UMNO, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Sabtu. -Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR Bekas Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak melemparkan senyuman kepada pengamal media setelah umum melepaskan jawatan sebagai pemimpin tertinggi parti itu. -Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR Datuk Seri Najib Tun Razak berpelukan dengan Datuk Seri Tengku Adnan bin Mansor selepas mengumumkan melepaskan jawatan Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional dalam sidang media khas di Bangunan UMNO, PWTC pada Sabtu. -Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak umum melepaskan jawatan Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional serta-merta dalam sidang media khas di Bangunan UMNO, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Sabtu. -Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR ]]>
http://english.astroawani.com/photos/album/najib-razak-letak-jawatan-sebagai-pengerusi-bn-presiden-umno-4780 Sat, 12 May 2018 18:39:40 +0800 4780
<![CDATA[Tun M solat Jumaat di Masjid Negara]]> (5 Foto)
KUALA LUMPUR, 11 Mei - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengaminkan doa sebelum menunaikan Solat Jumaat di Masjid Negara hari ini. Solat Jumaat hari ini dipimpin Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syeikh Ismail Muhammad yang juga khatib dengan khutbah bertajuk KUALA LUMPUR, 11 Mei - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengaminkan doa ketika menunaikan Solat Jumaat di Masjid Negara hari ini. Solat Jumaat hari ini dipimpin Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syeikh Ismail Muhammad yang juga khatib dengan khutbah bertajuk KUALA LUMPUR, 11 Mei - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melambaikan tangan kepada orang ramai selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid Negara hari ini. -fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA KUALA LUMPUR, 11 Mei - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersalaman dengan orang ramai selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid Negara hari ini. Beliau yang baharu mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketujuh semalam, menunaikan solat Jumaat bersama 10,000 jemaah.
-fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA KUALA LUMPUR, 11 Mei - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (berdiri dua, kiri) menunaikan Solat Sunat di Masjid Negara hari ini. Solat Jumaat hari ini dipimpin Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syeikh Ismail Muhammad yang juga khatib dengan khutbah bertajuk ]]>
http://english.astroawani.com/photos/album/tun-m-solat-jumaat-di-masjid-negara-4779 Fri, 11 May 2018 21:09:28 +0800 4779